Tular Video Greenwood Diganggu Dan Dimaki Hamun Oleh Peminat

Bintang Manchester United, Mason Greenwood telah didatangi oleh seorang penyokong yang memaki hamun beliau di depan mukanya.

Ia merupakan kali pertama Greenwood dilihat berada di hadapan umum sejak dari awal beliau ditangkap atas pelbagai pertuduhan termasuk merogol dan kekasaran domestik.

Greenwood telah didakwa pada awal Februari lalu selepas kekasihnya yang berusia 18 tahun memuat naik video di laman instagram yang menunjukkan bagaimana beliau disiksa oleh bintang England itu.

Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan oleh pihak polis atas dakwaan gangguan seksual dan ancaman bunuh sebelum dilepaskan atas ikat jamin tidak lama selepas itu.

Menurut laporan terbaru, Greenwood akan tahu tentang nasibnya sama ada beliau bakal dihukum atau tidak dalam tempoh beberapa hari dari sekarang.

Tular satu video di laman media sosial pada ketika ini yang mana pemain berusia 20 tahun itu dilihat sedang diganggu oleh peminat ketika beliau berada di tempat umum.

Pemain kebangsaan England itu memakai seluar hitam, berbaju putih dan turut memakai topi dengan beliau dilihat selain diganggu oleh peminat itu beliau turut teruk dimaki hamun.

Dalam rakaman pendek yang sedang tular di TikTok dan pelbagai media sosial lain itu, Greenwood dilihat sedang menggunakan telefon dan beliau kemudian berpaling kepada peminat yang sedang menghampiri beliau itu.

Merasa diri terganggu, Greenwood meminta peminat itu untuk pergi meninggalkan beliau dan berhenti merakam apa yang berlaku pada ketika itu.

Greenwood sebelum ini pernah dilihat berada di dalam keretanya dan ini merupakan kali pertama beliau dilihat berjalan di hadapan umum sejak dari awal beliau ditangkap.

Isu berkait kes tersebut nampak semakin sepi pada ketika ini, namun media UK mendedahkan yang pihak Polis ketika ini bersedia untuk menyerahkan kes tersebut kepada CPS (Crown Prosecution Service) dalam masa terdekat ini.

Sumber terdekat mendedahkan kepada media bahawa:

“Dia masih di bawah jaminan tapi masalah sudah di tahap lebih advanced. Pihak polis dan CPS ketika ini sedang membincangkan sama ada masih ada kes atau tidak yang boleh didakwa ke atasnya.”

“Ia tiba pada satu titik yang mana keputusan itu perlu diambil dan kes dia sudah sampai di tahap itu.”

Greenwood telah digantung oleh pihak kelab, Manchester United selepas beliau ditangkap sebelum ini, namun baru-baru ini setan merah telah mengeluarkan dakwaan yang pemain muda itu masih lagi pemain mereka.

Ketika ramai mempersoalkan mengapa profile Greenwood masih ada pada laman rasmi, pihak kelab kemudian menegaskan yang hal itu berlaku kerana beliau masih lagi pemain Manchester United.

Manchester United jawab persoalan mengapa profile Greenwood masih ada pada laman rasmi kelab

Manchester United telah mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan yang status Mason Greenwood bersama kelab masih tidak berubah sehingga ke hari ini.

Mason Greenwood telah digantung oleh pihak kelab sejak Januari selepas beliau ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan merogol dan mengugut.

Pemain berusia 20 tahun itu kemudiannya berdepan beberapa pertuduhan lagi termasuklah keganasan domestik, gangguan seksual dan ugutan bunuh.

Beliau kemudiannya dibenarkan untuk diikat jamin namun masih kekal digantung oleh pihak kelab dan tak dibenarkan untuk sertai sesi latihan atau bermain bersama kelab lagi hingga selesai pertuduhan.

Selepas lama tidak ada khabar berita, baru-baru ini ada peminat yang mempersoalkan mengapa profile Greenwood masih ada di laman rasmi kelab.

Melihat hal itu, ramai yang menjangkakan yang Greenwood sudah boleh sertai skuad dan akan kembali beraksi semua menghabiskan baki kempen musim ini.

Walau bagaimanapun juga, setan merah kini tampil mengeluarkan kenyataan, untuk mengesahkan yang status Greenwood masih sama dengan beliau masih lagi menjalani hukuman penggantungan.

“Tak ada perubahan sama sekali pada status Mason Greenwood.”

Tulis kenyataan dari Manchester United.

“Kami sudah singkirkan profile dia dari aplikasi rasmi kelab selepas beliau digugurkan dari skuad pada Januari lalu.”

“Hal ini adalah kerana kami mahu mengeluarkan Mason dari element interactive seperti ramalan skuad dan sebagainya.”

“Walau bagaimanapun, profile dia tak akan dipadam kerana dia masih lagi pemain Manchester United, cuma beliau tidak ada dalam skuad pada ketika ini sehingga selesai pertuduhan yang beliau hadapi.”

Manchester United turut tidak lagi menjual apa-apa merchandise kelab yang melibatkan Mason Greenwood dengan Nike sendiri turut membatalkan tajaan mereka kepada pemain kebangsaan England itu.

Greenwood turut diketepikan dari FIFA 22 dan Konami, sementara football Manager 2022 turut mengesahkan yang Greenwood tak akan ada dalam sistem terbaru mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kenyataan Rasmi Man Utd Mengenai Masa Depan Greenwood