Tular Video Rangkuman Aksi Hambar Fernandes Bertemu Newcastle

Tular di media sosial pada ketika ini, video rangkuman aksi mengecewakan Bruno Fernandes ketika bertemu Newcastle United awal pagi semalam.

Manchester United tidak dinafikan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat mendukacitakan ketika terikat 1-1 bertemu pasukan kedua tercorot dalam carta liga, Newcastle semalam.

Setan merah jelas gagal mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka walau aksi semalam merupakan perlawanan pertama mereka selepas 16 hari.

Mereka sudah berada di belakang sejak minit ke-7 permainan selepas Allan Saint-Maximin meledak gol yang sungguh cantik untuk Newcastle mendahului perlawanan.

United berjaya menjaringkan gol penyamaan pada aksi babak kedua permainan, hasil jaringan dari Edinson Cavani.

Setidak-tidaknya Man Utd mampu pulang dengan satu mata walau mempamerkan aksi yang hambar, ada pasukan main cantik tapi balik tangan kosong.

Walau bagaimanapun juga, pengurus interim kelab, Ralf Rangnick jelas sangat kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan ini.

Boleh dikatakan semua pemain United kecuali De Gea tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan yang dilangsungkan di St James Park itu.

Bruno Fernandes merupakan antara pemain paling mengecewakan dengan beliau antara yang paling banyak memberikan bola kepada pasukan lawan.

Bahkan Fernandes dilihat sepanjang musim ini beliau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya, dengan semua peminat sedia maklum tentang impak yang beliau tunjukkan pada musim lalu.

Beliau bermain di peranan yang sedikit berbeza dengan Fernandes lebih deep untuk bergandingan dengan Cristiano Ronaldo.

Pada musim ini, beliau baru mampu menjaringkan lima gol dan mencatatkan tiga assists untuk setan merah, dan ia jelas bukan sesuatu yang kebiasaannya dicatatkan oleh Fernandes.

Kesukaran beliau sepanjang musim ini jelas terlihat ketika aksi bertemu Newcastle semalam, dengan beliau sama sekali tidak menyumbang apa-apa yang positif sepanjang perlawanan.

Tular di media sosial pada ketika ini, sebuah video nganjing yang dibuat oleh pengguna twitter bernama @Tranquillo yang memperlihatkan aksi-aksi mengecewakan Fernandes sepanjang perlawanan tersebut.

Video dua minit itu menunjukkan aksi bagaimana kerapnya Fernandes hilang bola dan bagaimana teruknya hantaran-hantaran beliau sepanjang permainan.

Rakaman tersebut turut berlatar belakangkan lagu Disney yang berjudul, ‘We dont talk about Bruno’.

Berikut merupakan rangkuman aksi Fernandes sepanjang perlawanan tersebut.

Fernandes pada musim ini jelas sangat berbeza berbanding beliau pada musim lalu, dengan bintang Portugal itu telah menjadi nadi penting United sejak ditandatangani dari Sporting Lisbon pada tahun 2020 yang lalu.

Beliau jelas tak sama lagi seperti pemain yang mampu menjaringkan 40 gol untuk setan merah dari dua musim pertamanya bersama kelab.

Fernandes pemain paling banyak hilang bola

Manchester United mencatatkan statistik yang sangat teruk ketika aksi terikat 1-1 bertemu Newcastle United awal pagi tadi.

Skuad setan merah merekodkan 167 kali ‘lost possession’ yang mana ia merupakan catatan tertinggi mereka dalam saingan Premier League musim ini.

Ia jelas sekali antara aksi yang mahu segera dilupakan oleh skuad kendalian Ralf Rangnick itu, yang bergelut untuk bersaing dengan Newcastle di St James Park.

Newcastle turun dalam perlawanan ini sebagai pasukan yang sedang menunggu masa untuk ditendang keluar dari saingan Premier League musim ini.

Mereka berada di kedudukan kedua tercorot dalam saingan liga, dan juga turut merekodkan 79 bolos dari 41 perlawanan sepanjang tahun 2021 ini.

Ia merupakan angka paling teruk yang dicatatkan oleh sesebuah pasukan dari era saingan Premier League dalam tempoh setahun.

Walaupun sering mempamerkan aksi persembahan hambar sepanjang musim ini, tidak dinafikan yang anak-anak buah Eddie Howe telah mempersembahkan aksi bertahan yang sungguh menakjubkan.

Bahkan mereka juga turut dilihat sangat merbahaya ketika merencana serangan ke kubu United yang dibarisi oleh barisan pemain pertahanan termahal dunia.

Allan Saint-Maximin cemerlang membuka tirai jaringan untuk skuad The Magpies pada awal aksi babak pertama permainan dengan jaringan yang sungguh menakjubkan.

Edinson Cavani berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 permainan, secara tidak langsung telah menyebabkan Newcastle mencipta sejarah baru sebagai pasukan premier league paling banyak dibolosi dalam tempoh setahun.

Namun begitu, sebenarnya masih ramai peminat yang percaya selepas Cavani menjaringkan gol penyamaan, setan merah akan meledak lebih banyak gol lagi.

Hal ini kerana mereka memiliki barisan pemain berkelas dunia dan jentera serangan mereka juga dibarisi oleh pemain berpengalaman, serta turut dianggap sebagai antara yang terhebat dalam dunia bola sepak.

The Magpies bermain high pressing dan menyebabkan pemain cepat koyak seperti Bruno Fernandes hilang bola sebanyak 26 kali sepanjang perlawanan ini.

Marcus Rashford merupakan seorang lagi pemain United yang gagal untuk mengekalkan penguasaan bola, diikuti oleh Diogo Dalot, Jadon Sancho dan Scott McTominay yang hilang bola lebih dari 10 kali dalam perlawanan ini.

Sumber: GMS

BACA:  Bruno Fernandes Hanya Perlukan 5 Perlawanan Untuk Berada Di Dalam Senarai Anugerah BBC