UEFA Nations League: Perancis 4-2 Sweden

Perancis telah mengesahkan tempat kepusingan akhir UEFA Nations League lebih awal selepas menumpaskan Portugal bebebrapa hari lalu dan mara berdasarkan peraturan head-to-head.

Pusingan akhir UEFA Nations League akan menyaksikan pertembungan empat pasukan dan setakat ini hanya Perancis dan Sepanyol yang telah mengesahkan kemaraan.

Perlawanan terakhir kumpulan 3 League A ini penting bagi Sweden untuk sekurang-kurangnya seri bagi mengelakkan penyingkiran.

Namun Sweden akhirnya tersingkir dengan aksi kebangkitan Perancis di mana Olivier Giroud telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Sweden bermula baik apabila mendahului seawal minit ke-4 melalui Vuktor Claesson dengan satu tolakan yang meleleh selepas terbias kaki pemain Perancis dalam situasi kelam kabut.

Olivier Giroud memulakan aksi kebangkitan Perancis dengan gol penyamaan 12 minit kemudian melalui satu rembatan leret.

Benjamin Pavard menggandakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu rembatan leret yang cantik melencong.

Olivier Giroud terus menjarakkan kedudukan dengan satu gol sundulan terbang selepas menyempurnakan umpanan Kylian Mbappe.

Robin Quaison cuba merapatkan jurang bagi meneruskan perjuangan untuk kekal di liga A namun Kingsley Coman mematikan semangat itu dengan gol keempat Perancis.

Gol Coman terhasil ketika gawang Sweden tanpa penjaga gol yang naik untuk sepakan percuma yang sangat lemah dan mudah dipatahkan untuk serangan balas pantas.

France: Lloris; Pavard, Varane (Zouma 46), Kimpembe, Hernández (Digne 46); Sissoko, Pogba, Rabiot (Nzonzi 78), Thuram (Mbappé 57); Giroud (Coman 84), Griezmann

Sweden: Olsen; Lustig (Krafth 67), Lindelöf (Helander 66), Danielson, Bengtsson; S. Larsson (Cajuste 87), Olsson, Claesson (Quaison 66), Forsberg; Kulusevski, Berg (Isak 86)

BACA:  Piala Dunia 2022: England 1-2 Perancis