UFC terpaksa memindahkan acara ‘UFC 232’ ke California selepas pencabar tali pinggang ‘Lightweight’, Jon Jones disahkan positif dadah sekali lagi.
UFC 232 pada asalnya dijadualkan bakal berlangsung pada 31 Disember ini sempena malam tahun baru di T-Mobile Arena, Las Vegas.
Walau bagaimanapun, tarikan utama untuk acara tersebut, Jon Jones sekali lagi gagal dalam ujian dadah mengakibatkan Nevada State Athletic Commision (NSAC) enggan memberikan beliau lesen untuk bertarung dalam acara tersebut.
Menurut laporan dari ESPN, NSAC berjaya mengesan tinggalan bahan terlarang yang masih lagi berada dalam badan Jones.
Mujur buat UFC kerana California State Athletic Commision (CSAC) memberikan lesen kepada Jones untuk bertarung di California.
Direktor Eksekutif CSAC, Andy Foster berkata pihaknya memberikan lesen kepada Jones selepas petarung tersebut berjaya melepasi ujian air kencing mengejut yang dilakukan pihaknya.
Dalam UFC 232 nanti, Jones akan turun ke dalam octagon untuk bertarung dengan seorang lagi pencabar utama kategori Lightweight, Alexander Gustafsson. Kedua-duanya pernah bersua di dalam gelanggang sebelum ini dan pertarungan tersebut berjaya dimenangi Jones melalui kiraan mata pengadil.
Keputusan UFC untuk memindahkan venue UFC 232 dari Las Vegas ke California dianggap mengejutkan kerana acara tersebut sudah tidak lama, lebih kurang 7 hari dari sekarang.
Ramai peminat sudah membeli tiket kapal terbang dan menempah tempat penginapan bagi menghadiri acara tersebut. Keputusan UFC mengecewakan banyak pihak dan ramai peminat, termasuk petarung UFC yang lain meluahkan perasaan tidak puas hati mereka menerusi Twitter.
Musuh ketat Jones yang juga pemegang tali pinggang UFC ‘Lighweight’ dan ‘Heavyweight’, Daniel Cormier (DC) turut memberikan response mengenai Jones yang gagal dalam ujian dadah.
He tested positive again!
— Daniel Cormier (@dc_mma) December 23, 2018
Smh….. pic.twitter.com/7ANsAIL0jf
— Daniel Cormier (@dc_mma) December 24, 2018
Komen DC menjadi viral di Twitter dan ia tidak diterima dengan baik oleh Jones. Menerusi akaun Instagram, Jones ‘menyerang’ DC dengan menghamburkan kata-kata kejian sambil memetik bini DC. Not cool Jones, not cool.
Thanks for the laugh, I needed that night. $150,000 to any charity in Lafayette if he accepts my challenge. Let’s see if his IG stops working again ? https://t.co/6LdQW9LfAU
— Jon Bones Jones (@JonnyBones) December 24, 2018
Meanwhile this exchange just happened on Daniel Cormier’s Instagram account after he posted about tonight’s news: pic.twitter.com/VT3luF5G0q
— Ariel Helwani (@arielhelwani) December 24, 2018