Unai Emery Pengurus Paling Berkuasa Di Premier League

Unai Emery yang kembali ke liga teragung di dunia telah menjadi pengurus paling berkuasa di Premier League mengatasi kuasa yang ada pada pengurus kelab lain yang lebih tersohor dan hebat.

Setiap kelab bola sepak di Inggeris mempunyai heararki tersendiri atau berbeza-beza. Heararki bermaksud susunan individu mengikut kuasa yang diberi kepadanya.

Unai Emery di Aston Villa antara pengurus yang diberi kuasa paling besar di liga itu. Dia merupakan orang kedua paling berkuasa selepas pemilik.

Pengurus berusia 51 tahun itu ketika di Arsenal dilihat sebagai satu detik kegagalan tetapi dia telah membina semula reputasinya di negara asalnya, Sepanyol bersama Villarreal.

Selepas meninggalkan Arsenal, Unai Emery terus mengembalikan sentuhan magisnya terutama di Europa League apabila menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir pada 2021 di penentuan sepakan penalti.

Unai Emery secara solo telah memenangi 4 kejuaraan Europa League dalam lima final berbanding tiga sahaja yang dimenangi oleh pasukan Premier League.

Mr Gud Ebening ini telah memenangi tiga secara hatrik dengan Sevilla pada 2014, 2015, 2016 dan satu bersama Villareal dan kembali ke Premier League bersama Aston Villa.

Erik Ten Hag di Manchester United, Eddie Howe di Newcastle atau Arteta di Arsenal tidak mempunyai kuasa seperti Emery. Sporting director atau CEO masih menjadi perantaranya dengan pemilik.

4 bahagian berada dibawah Emery dan perlu melaporkan kepadanya.

• First team coaching staff
• Analysist department
• Performance staff & medical
• Director of football operation

Dua lagi bahagian berada dibawah Emery walaupun tidak sepenuhnya.

Malah bahagian baru yang dibina untuk diisi oleh Monchi, president of football operation juga berada di bawah Emery.

Walaupun global director of football development international academies boleh berurusan secara terus dengan pemilik, namun mereka masih berada di bawah Emery.

Di Newcastle atau Arsenal, Dan Answorth dan Edu Gaspar yang berada di kerusi sporting director adalah individu yang berurusan dengan pemilik.

Mereka akan membantu Howe dan Arteta untuk memenuhi apa keperluan yang perlukan.

Jawatan sporting director yang digalas oleh John Mourtough adalah setaraf dengan pengurus Ten Hag dan kedua-duanya berada di bawah Richard Arnold.

Jurgen Klopp dan Pep Guardiola antara pengurus paling berkuasa membuat keputusan dalam kelabnya tetapi ada satu peringkat bukan mereka yang memutuskannya.

Ilkay Gundogan antara salah satu contoh, dia tidak dikekalkan kerana keputusan sporting director, Txiki Begiristain.

Guardiola mahu pemain itu dikekalkan tetapi Txixi tidak mahu memberi kontrak panjang kepadanya atas dasar polisi kelab.

Kesemua pengurus diatas masih tidak boleh menandingi kuasa yang di miliki oleh Emery di Aston Villa.

Emery menjadi individu kedua tertinggi kelab itu selepas pemiliknya iaitu Nassef Sawiris dan Wes Edens.

Ia mengingatkan kita kepada zaman Alex Ferguson dan Arsene Wenger yang mempunyai kuasa mutlak di kelab masing-masing.

Mereka tidak gemar berkongsi kuasa dan menolak cara baru yang semakin diamalkan oleh banyak kelab.

BACA:  Unai Emery Hormat Keputusan Ozil, Percaya Arsenal Akan Bantu Ozil Harungi Waktu Sukar Ini