United Bakal Lepaskan Lima Pemain Untuk Mendapatkan Sancho

Manchester United bakal melepaskan lima pemain skuad sedia ada sekarang untuk mendapatkan dana bagi menandatangani Jadon Sancho pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain sayap Borussia Dortmund itu merupakan sasaran utama Manchester United tetapi memandangkan Sancho bernilai lebih dari £100 juga dan juga mungkin meminta gaji £170,000 seminggu, United perlu mendapatkan dana yang mencukupi.

Ed Woodward telah meminta Ole Gunnar Solskjaer untuk melepaskan mana-mana pemain yang jadi kayu mati dalam pasukan untuk mendapatkan dana tambahan bagi menandatangani Jadon Sancho.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Alexis Sanchez, Jesse Lingard, Phil Jones, Chris Smalling dan Andreas Pereira antara lima pemain yang munkin bakal dilepaskan oleh setan merah pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Sanchez merupakan antara pemain yang dianggap paling gagal di United sejak ketibaannya pada tahun 2018 dari Arsenal.

Peminat menganggap Sanche sebagai penandatanganan paling teruk dalam sejarah United dengan aksinya yang sangat hambar serta gaji yang sangat besar.

Bintang United itu kini dipinjamkan ke Inter Milan dan pendapatan beliau bersama setan merah adalah sekitar £400,000 seminggu. Inter secara terang-terangan telah menolak untuk menandatangani beliau secara tetap selepas tamat perjanjian pinjamannya.

Inter Milan akan memulangkan beliau ke United semula sebaik jendela perpindahan pemain musim panas dibuka nanti.

Jesse Lingard pula menunjukkan prestasi yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. Produk dari akademi United itu akan dilepaskan pada jendela musim panas ini kepada mana-mana pasukan yang memerlukan khidmatnya.

Terdapat kata-kata yang melaporkan bahawa AS Roma dan Atletico Madrid bersedia untuk mendapatkan khidmatnya dan United berharap akan mendapat £20 juta dari penjualan beliau.

Sama seperti Lingard, Andreas Pereira turut bakal dilepaskan oleh United kerana persembahan buruk yang dipamerkan dan sejak ketibaan Bruno Fernandes, sepertinya beliau sudah tidak mempunyai masa hadapan di sana.

Sementara pemain pertahanan, Chris Smalling dan Phil Jones juga dijangka bakal dilepaskan dengan United mengharapkan supaya mendapat £25 juta dari penjualan kedua-dua pemain tersebut.

Bekas bintang muda Manchester City, Sancho telah berjaya menjaringkan 17 gol dan 16 Assist dalam saingan Bundesliga musim ini dan terdapat laporan mengatakan beliau sudah sangat berminat untuk beraksi di Old Trafford.

Setakat ini Manchester United jelas mendahului persaingan dalam usaha untuk menandatangani Jadon Sancho dan ia sepertinya hampir pasti untuk berlaku.

BACA:  Dortmund Sudah Menemui Pengganti Sancho