Ekoran kontroversi undian semula UEFA Champions League Roundof 16 menyaksikan 16 pasukan yang mara telah mengalami kerugian dan juga keuntungan dari situasi yang agak tidak masuk akal ini.
Bayern Munich pasukan yang sedia kuat merupakan pasukan yang paling untuk dan mendapat manfaat yang lebih dari proses undian semula ini bersama beberapa pasukan lagi.
Pasukan paling teruk mengalami kerugian dan boleh dikatakan telah dirompak adalah gergasi Sepanyol yang juga pemenang terbanyak dalam sejarah Champions League, Real Madrid.
Juara bertahan, Chelsea dan juga Lille merupakan pasukan yang paling tidak terkesan dengan undian semula ini, tak untung tak rugi. Steady aje.
Berikut merupakan pasukan yang paling untung sehinggalah yang paling rugi seperti yang dipetik dari GMS:
16. Bayern Munich
Dari Atletico Madrid ke Red Bull Salzburg
Sejujurnya, Bayern Munich pasti mengharapkan peluang mereka menentang mana-mana pasukan dan mereka tidak kisah, tetapi mereka telah mendapat manfaat terbesar daripada undian semula kerana tidak perlu bertemu Atletico Madrid.
Keuntungan lebih daripada mana-mana kelab lain kerana mereka kini menghadapi Red Bull Salzburg, salah satu pasukan paling lemah dalam kejohanan itu.
W̶e̶ ̶w̶i̶l̶l̶ ̶f̶a̶c̶e̶ ̶@̶a̶t̶l̶e̶t̶i̶e̶n̶g̶l̶i̶s̶h̶ ̶i̶n̶ ̶t̶h̶e̶ ̶r̶o̶u̶n̶d̶ ̶o̶f̶ ̶1̶6̶!̶ ̶ ̶⚔̶️̶@FCRBS_en it is ‼️#UCL #MiaSanMia #UCLdraw pic.twitter.com/P1EvhEgdXb
— FC Bayern English (@FCBayernEN) December 13, 2021
UEFA ranking: 1
Kumpulan E: Juara (W6 D0 L0 F22 A3)
Musim Lepas: Suku akhir (L on away goals vs Paris)
Rekod Terbaik: Juara (1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01, 2012/13, 2019/20)
15. Atletico Madrid
Dari Bayern Munich ke Manchester United
Ini mungkin kedengaran kasar kepada Manchester United, tetapi jika dilihat prestasi terkini Atletico Madrid seperti memperoleh peluang kedua untuk kembalio bernafas.
Atletico Madrid beralih daripada kekalahan yang hampir pasti di tangan Bayern Munich dan mempunyai peluang besar menentang pasukan Ralf Rangnick.
Perlawanan akan berlangsung pada bulan Februari 2022 mungkin akan ada peningkatan atau penurunan prestasi dari Manchester United dan Atletico Madrid.
BREAKING 🚨
The dates for our #UCL round of 16 fixtures vs Man United have been announced! pic.twitter.com/Vxsv3DOuE6
— Atlético de Madrid (@atletienglish) December 13, 2021
UEFA ranking: 10
Kumpulan B: runners-up (W2 D1 L3 F7 A8)
Musim Lepas: Round of 16 (L 0-3 agg vs Chelsea)
Rekod Terbaik: Naib Juara (1973/74, 2013/14, 2015/16)
14. Villarreal
Dari Manchester City ke Juventus
Satu kelegaan yang besar buat Villarreal si ‘Kapal Selam Kuning’ walaupun berstatus juara Europa League mereka bukanlah pasukan yang kuat namun boleh menjadi pasukan underdog.
Undian semula menemukan Villarreal dengan pasukan Juventus yang nyata tidak konsisten lebih besar peluang untuk dikalahkan daripada pasukan pilihan pertandingan seperti Machester City.
👀 Yellows, we now know the dates for the @ChampionsLeague Round of 16 ⚽!
📆 22nd FEB (La Cerámica)
📆 16th MAR (Juventus Stadium)#UCL #UCLdraw pic.twitter.com/Z9jN72a1kA— Villarreal CF English (@VillarrealCFen) December 13, 2021
UEFA ranking: 21
Kumpulan F: Naib Juara (W3 D1 L2 F12 A9)
Musim Lepas: UEFA Europa League Juara (W on penalties vs Man. United)
Rekod Terbaik: Separuh akhir (2005/06)
13. Benfica
Dari Real Madrid ke Ajax
Boleh dikatakan bertukar lawan dari Real Madrid kepada Ajax sebenarnya merupakan satu penyusunan semula yang cukup baik untuk Benfica.
Namun Ajax merupakan pasukan kuda hitam untuk musim ini dan kekuatan mereka tidak terjangka dan Sebastien Haller merupakan penjaring terbanyak setakat ini dengan 10 gol dalam 6 perlawanan.
The opponent in the Round of 16 of the @ChampionsLeague will be @AFCAjax.#UCLDraw pic.twitter.com/YFY66qyQxA
— SL Benfica (@slbenfica_en) December 13, 2021
UEFA ranking: 29
Kumpulan E: Naib Juara (W2 D2 L2 F7 A9)
Musim Lepas: Kelayakan pusingan ketiga (L 1-2 vs PAOK)
Rekod Terbaik: Juara (1960/61, 1961/62)
12. Ajax
Dari Inter Milan ke Benfica
Walaupun Ajax mungkin akan menjadi pilihan menentang kedua-dua pasukan memandangkan prestasi Liga Juara-Juara mereka musim ini seperti mengulangi prestasi 2019.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Benfica mungkin menjadi laluan yang lebih mudah untuk Ajax mencapai kemenangan.
𝗥𝗘𝗗𝗥𝗔𝗪𝗡 𝗥𝗘𝗦𝗨𝗟𝗧:
So we'll meet again! 🇵🇹#UCL ☓ #UCLdraw pic.twitter.com/Ymi8nWRgPD
— AFC Ajax (@AFCAjax) December 13, 2021
UEFA ranking: 17
Kumpulan C: Juara (W6 D0 L0 F20 A5)
Musim Lepas: Peringkat kumpulan (UEFA Europa League suku akhir)
Rekod Terbaik: Juara (1970/71, 1971/72, 1972/73, 1994/95)
11. Manchester United
Dari Paris Saint-Germain ke Atletico Madrid
Manchester United kini dalam proses pembentukan semula pasukan di bawah Ralf Rangnick yang cuba membantu pemain-pemain berkualiti mendapatkan kembali prestasi terbaik mereka.
Jika diikutkan prestasi semasa di Champions League, Atletico Madrid lawan lebih mudah berbanding Paris Saint-Germain dan jika sentuhan Rangnick menjadi tidak kisah sebenarnya siapa lawan Setan Merah.
Sayang pertembungan Cristiano Ronaldo vs Lionel Messi tidak menjadi kenyataan.
🏆 Coming up in the #UCL last 16: 𝗔𝘁𝗹𝗲𝘁𝗶𝗰𝗼 𝗠𝗮𝗱𝗿𝗶𝗱 🇪🇸#MUFC | #UCLdraw
— Manchester United (@ManUtd) December 13, 2021
UEFA ranking: 9
Kumpulan F: Juara (W3 D2 L1 F11 A8)
Musim Lepas: Peringkat kumpulan (UEFA Europa League Naib Juara)
Rekod Terbaik: Juara (1967/68, 1998/99, 2007/08)
10. Manchester City
Dari Villarreal kepada Sporting CP
Jika diikutkan kepada kekuatan dan prestasi serta reputasi Manchester City selaku naib juara Champions League siapa pun lawan Manchester City pasti mendapat perlawnaan yang sukar.
Mungkin dari segi kesukaran Villarreal akan memberi lebih tentangan berbanding Sporting CP yang akhirnya menyaksikan City menjadi pemenang.
Following the redraw, we will face Sporting CP in the #UCL Round of 16! #ManCity pic.twitter.com/amijcSLVeA
— Manchester City (@ManCity) December 13, 2021
UEFA ranking: 2
Kumpulan A: Juara (W4 D0 L2 F18 A10)
Musim Lepas: Naib Juara (L 0-1 vs Chelsea)
Rekod Terbaik: Naib Juara (2020/21)
8 & 9. Chelsea dan Lille
Tiada sebarang perubahan jodoh Chelsea dan Lille tenyata sangat kuat walaupun undian semula dilakukan UEFA Chelsea dan Lille telah diundi untuk terus bersama.
Chelsea boleh bertepuk tangan melihat pasukan-pasukan handapan dirompak dan rugi besar.
🏴 Chelsea vs LOSC 🇫🇷#UCLdraw | #UCL pic.twitter.com/ks74Hh9g0Z
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 13, 2021
UEFA ranking: 4
Kumpulan H: Naib Juara (W4 D1 L1 F13 A4)
Musim Lepas: Juara (W 1-0 vs Man. City)
Rekod Terbaik: Juara (2011/12, 2020/21)
UEFA ranking: 62
Kumpulan G: Juara (W3 D2 L1 F7 A4)
Musim Lepas: UEFA Europa League round of 32 (L 2-4 agg vs Ajax)
Rekod Terbaik: Round of 16 (2006/07)
7. Juventus
Daripada Sporting CP kepada Villarreal
Juventus merupakan pasukan pilihan walau siapun lawan mereka Villarreal atau Sporting CP, peluang untuk menang menentang Villarreal telah berkurangan berbanding menentang Sporting CP.
Jika mengikut prestasi semasa agak besar juga kerugian Juventus alami.
⚫️⚪️ L'ottavo di finale dei bianconeri sarà contro il @VillarrealCF ⚪️⚫️#UCLDraw pic.twitter.com/acWvyrF8RK
— JuventusFC (@juventusfc) December 13, 2021
UEFA ranking: 8
Kumpulan H: Juara (W5 D0 L1 F10 A6)
Musim Lepas: Round of 16 (L on away goals vs Porto)
Rekod Terbaik: Juara (1984/85, 1995/96)
6. Red Bull Salzburg
Dari Liverpool ke Bayern Munich
Ini merupakan buat pertama kalinya dalam sejarah Red Bull Salzburg mara ke pusingan kalah mati dalam saingan Champions League walaupun berstatus pasukan paling lemah.
Tiada bezanya buat Red Bull Salzburg samada bertemu Liverpool atau Bayern Munich yang pasti akan tetap dibaham. Hanya semangat yang Slazburg miliki ketika ini.
Ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau atau terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sama je kan?
🔂🚨 @FCBayernEN!
They already guessed it😉!
Opinion? 💬#UCLdraw #UCL #shinebright pic.twitter.com/dFTq2J95HD— FC Red Bull Salzburg EN (@FCRBS_en) December 13, 2021
UEFA ranking: 22
Kumpulan G: Naib Juara (W3 D1 L2 F8 A6)
Musim Lepas: Peringkat Kumpulan (UEFA Europa League round of 32)
Rekod Terbaik: Peringkat Kumpulan (1994/95, 2019/20, 2020/21, 2021/22)
5. Liverpool
Dari Red Bull Salzburg ke Inter Milan
Dengan status pasukan bola sepak paling hebat di muka bumi ini, Liverpool tidak kisah sebenarnya diundi bertemu siapa saja kerana pasti musuhnya habis binasa!
Walau sekuat manapun Liverpool sudah pasti mereka akan lebih suka menentang Salzburg yang pastinya jauh lebih mudah berbanding Inter Milan.
Perjalanan yang mudah dapat memberi Liverpool ruang untuk mengutip semua piala musim ini.
After the redraw, we're all set for the #UCL last 16 against @Inter👊⚽️ #UCLdraw pic.twitter.com/eurqK2RKYw
— Liverpool FC (@LFC) December 13, 2021
UEFA ranking: 3
Kumpulan B: Juara (W6 D0 L0 F17 A6)
Musim Lepas: Suku Akhir (L 1-3 agg vs Real Madrid)
Rekod Terbaik: Juara (1976/77, 1977/78, 1980/81, 1983/84, 2004/05, 2018/19)
4. Paris Saint-Germain
Dari Manchester United ke Real Madrid
Real Madrid merupakan pasukan regular di Champions League dan pernah muncul juara secara hatrik ketika Manchester United tenggelam timbul untuk bermain di kejohanan Eropah.
Secara logiknya Paris Saint-Germain pasti lebih suka menentang Manchester United berbanding Real Madrid kerana peluang mereka lebih besar.
Untuk nilai komersil dan pemasaran perlawanan Paris Saint-Germain vs Manchester United (Dibaca: Messi vs Ronaldo) dinanti-nantikan peminat bola sepak.
🆕🗓️🏆
Following the new draw, @PSG_English will face @realmadriden in the Last 16 of the @ChampionsLeague 🇪🇸#UCLdraw pic.twitter.com/AZno0loToK
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 13, 2021
UEFA ranking: 7
Kumpulan A: Naib Juara (W3 D2 L1 F13 A8)
Musim Lepas: Separuh akhir (L 1-4 agg vs Man. City)
Rekod Terbaik: Naib Juara (2019/20)
3. Inter Milan
Dari Ajax ke Liverpool
Ajax adalah calon pasukan yang paling mudah yang boleh diundi bertemu Inter Milan untuk pergi lebih jauh walaupun mereka bukanlah lawan yang mudah.
Ini kerana kebarangkalian lawan-lawan Inter Milan adalah pasukan jerung. Liverpool keluar sebagai lawan selepas undian semula adalah satu tamparan hebat buat Inter.
Pasti Ajax lebih mudah berbanding Liverpool. Hadaplah Inter.
🌟 | #UCLdraw
We will face @LFC in the @ChampionsLeague round of 16#ForzaInter #UCL pic.twitter.com/WpNRGaPuq4
— Inter 🏆🇮🇹 (@Inter_en) December 13, 2021
UEFA ranking: 24
Kumpulan D: Naib Juara (W3 D1 L2 F8 A5)
Musim Lepas: Peringkat kumpulan
Rekod Terbaik: Juara (1963/64, 1964/65, 2009/10)
2. Sporting CP
Dari Juventus ke Manchester City
Nasib CP bersukan sama seperti Red Bull Salzburg, ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau atau terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sama je kan?
Kedua-duanya lawan yang sukar tapi mungkin bertemu Juventus lebih mudah berbanding Manchester City.
The Lions will face @ManCity at the 𝐑𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐨𝐟 𝟏𝟔 of the @ChampionsLeague ✨#UCLdraw #UCL pic.twitter.com/rHxwIAjR4f
— Sporting CP English 🏆 (@SportingCP_en) December 13, 2021
UEFA ranking: 28
Kumpulan C: Naib Juara (W3 D0 L3 F14 A12)
Musim Lepas: UEFA Europa League play-offs (L 1-4 vs LASK)
Rekod Terbaik: Suku akhir (1982/83)
1. Real Madrid
Dari Benfica ke Paris Saint-Germain
Rugi paling besar ditanggung Real Madrid. Pada awalnya diundi bertemu Benfica yang boleh dianggap sebagai makanan mana-mana pasukan pilihan dan laluan mudah terbentang.
Lawan antara terburuk ditukar dan terpaksa pula mengadap trio Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe. Real benar-benar telah dirompak.
Patut la Real Madrid melabel kontroversi ini sebagai satu skandal. Jangan sampai Florentino Perez buat gila hidupkan kembali idea Super League.
🇫🇷 Paris vs Real Madrid 🇪🇸#UCLdraw | #UCL pic.twitter.com/a3Bg6473ct
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 13, 2021
UEFA ranking: 5
Kumpulan D: Juara (W5 D0 L1 F14 A3)
Musim Lepas: Separuh akhir (L 1-3 agg vs Chelsea)
Rekod Terbaik: Juara (1955/56, 1956/57, 1957/58, 1958/59, 1959/60, 1965/66, 1997/98, 1999/2000, 2001/02, 2013/14, 2015/16, 2016/17, 2017/18)