Usaha Dan Kebaikkan Marcus Rashford Sungguh Berinspirasi Dan Layak Dipuji

Pada 2 April 2020, setiausaha kesihatan, Matt Hancock telah meminta kesemua pemain dari saingan Liga Perdana Inggeris untuk memainkan peranan mereka dengan menerima pemotongan gaji bagi membantu golongan yang memerlukan.

75 hari kemudian, selepas memaksa Boris Johnson mengubah keputusannya dan mengeluarkan dana £120 juta untuk makanan percuma kanak-kanak sekolah, Marcus Rashford telah memainkan peranan yang lebih dari sepatutnya.

Bintang Manchester United dan England itu benar-benar berjuang berhabisan dalam urusan membantu masyarakat dan beliau betul-betul bertekad untuk membantu kanak-kanak sepenuh hatinya.

Marcus Rashford mahu memastikan kanak-kanak menerima bantuan makanan percuma sementara ibu bapa mereka keluar bekerja untuk mencari nafkah untuk keluarga.

Perkara ini telah diumumkan pada hari Selasa lalu bahawa akan ada makanan percuma untuk 1.3 juta kanak-kanak sekolah dan keluarga yang kurang bernasib baik.

Berita itu tersebar sehari selepas Boris Johnson menolak rayuan untuk mempertimbangkan keputusan supaya beliau memperpanjang sistem pemakanan percuma untuk kanak-kanak sekolah.

Rashford tidak menyerah dengan keputusan itu dan beliau terus memperjuangkan hak kanak-kanak sekolah untuk menerima bantuan makanan percuma tersebut.

Kementerian kesihatan dan kebajikan negara dalam keadaan tertekan selepas menerima asakan dari seorang pemain bola sepak yang mahu memperjuangkan hak untuk kanak-kanak dan mereka yang kurang berkemampuan.

Akibat keputusan itu dibatalkan, Rashford, yang juga telah membantu mengumpulkan sekitar 20 juta poundsterling untuk memberi makanan percuma kepada kanak-kanak semasa pandemik COVID-19.

Tidak hanya meningkatkan kesedaran akan masalah yang dihadapi oleh ramai kanak-kanak setiap hari, tetapi beliau juga telah membantu memberi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia.

Semua kanak-kanak sekarang diberikan makanan percuma sewaktu kesukaran di England sekarang dan semuanya kerana semangat, kerja keras dan usaha darinya.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya cakapkan.”

Jelas Rashford sebaik tersebarnya berita berkenaan.

“Cuba lihat saja apa yang boleh kita lakukan apabila kita semua bersatu, Ini adalah England pada tahun 2020.”

Apa yang menariknya, selain usaha Rashford untuk memberi kanak-kanak makanan percuma pada musim panas ini, beliau turut banyak menyumbang kepada tabung kebajikan masyarakat sewaktu kesukaran seperti sekarang.

Tahun lalu beliau telah melancarkan kempen Christmas box untuk membantu golongan gelandangan di sekitar bandar Manchester.

“Krismas lalu saya menyedia dan memberikan kotak hadiah di sekitar bandar Manchester untuk mereka-mereka yang benar memerlukan dengan bantuan dari ahli keluarga saya.”

“Ini adalah salah satu detik yang paling menggembirakan tahun ini, jadi ketika merancang aktiviti tersebut, saya berasa sangat yakin bahawa kami akan menjangkau lebih banyak orang dengan cara yang lebih berkesan. “

Sebelum ini juga, Marcus Rashford pernah bersetuju untuk menjadi juri menilai dalam sebuah pertandingan puisi di sebuah sekolah pekak.

Beliau menerima sepucuk surat dari salah seorang peminat ciliknya dan mengundangnya ke sekolah tersebut untuk menjadi juri pertandingan itu.

Apa yang menariknya lagi adalah, pemain kebangsaan England itu sanggup menghabiskan masa untuk belajar bahasa isyarat supaya beliau boleh berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut.

Rashford sebenarnya memberi inspirasi kepada ramai pihak dan segala usaha yang beliau lakukan wajar dipuji dan dia selayaknya menjadi model ikutan remaja seluruh dunia.

Marcus Rashford bukan hanya seorang pemain bola sepak terbaik. Beliau memberi inspirasi kepada semua orang. Beliau menggunakan kedudukan dan kebolehan yang dimiliki untuk membantu masyarakat.

BACA:  Kenapa Kejadian Rashford Disiku Dipandang Sepi Oleh VAR?