Ia merupakan malam yang tidak akan dilupakan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand walaupun perlawanan menentang Iraq berlangsung dalam keadaan yang bosan tanpa sebarang jaringan.
Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan sudah pon mengesahkan tempat mereka dalam pusingan kalah mati dalam saingan Piala Asia 2019 selepas mengutip 6 mata.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan 0-0 dengan Iran muncul juara kumpulan D dan Iraq di tempat ke-2.
Walaupun perlawanan agak bosan, Alireza mencuri perhatian umum apabila membaling bola dengan jarak yang agak jauh ketika Iran sedang melancarkan counter-attack.
Jika anda masih ingat, Alireza juga mencuri tumpuan dunia ketika Piala Dunia 2018 lalu apabila beliau muncul penjaga gol pertama menyelamatkan penalti dari pemain Portugal sepanjang sejarah Piala Dunia.
Tambah mengagumkan, beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh kapten Portugal yang tidak lain dan tidak bukan, Cristiano Ronaldo.
Tidak cukup dengan itu, Alireza sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila melontar bola dengan sangat jauh mencari rakannya di kawasan Iraq dalam usaha beliau melancarkan serangan balas pantas.
Ada yang beranggapan ia merupakan lontaran paling jauh yang pernah dilihat dan juga memecahkan rekod dunia.
Anda rasa ada lagi yang lebih jauh dari Alireza ?
He has gone from sleeping rough on the streets of Tehran to performing brilliantly in the World Cup and last night young Ali Beiranvand saved a penalty from @Cristiano with the eyes of the World watching #Immortality pic.twitter.com/HiuwHNVWOC
— Joe Morrison (@joefooty) June 26, 2018
Iran’s goalkeeper Alireza Beiranvand ran away from home, grew up homeless, and slept outside his local team's football stadium. People gave him change because they thought he was a beggar. Tonight he's just saved a penalty against Cristiano Ronaldo in the World Cup.
— Mootaz Chehade (@MHChehade) June 25, 2018