[VIDEO] Gol Bertaraf Puskas Dari Produk Akademi Chelsea Yang Kini Merumput Di Wigan

Bagi kebanyakan penyokong Chelsea, sudah tentu mereka tidak mengenali pemuda yang bernama Reece James yang kini dipinjamkan kepada Wigan.

James merupakan produk akademi Chelsea dan kini berusia 19 tahun. Beliau bermain sebagai bek kanan dan pernah menganggotai skuad England Bawah 20-Tahun ketika 2017 Toulon Tournament.

Orang cakap dia memang laju. Laju betul bola tu pergi

Seperti kebanyakan pemain remaja Chelsea yang lain, beliau terpaksa menerima hakikat peluang untuk menembusi skuad utama adalah tipis.

Bagi membuktikan keupayaan beliau kepada Maurizio Sarri, James berpindah ke Wigan secara pinjaman bagi musim 2018-2019 yang kini beraksi dalam Liga Kejohanan.

Keputusan James untuk menimba pengalaman bersama Wigan nyata membuahkan hasil kerana beliau adalah antara pemain yang menyerlah bersama pasukan tersebut.

Dalam perlawanan liga semalam, James berjaya menghasilkan gol cukup padu dari luar kotak penalti untuk meletakkan pasukannya di hadapan.

James menerima bola dari garisan tengah seterusnya berlari ke arah pintu gol pihak lawan. Bagaikan dirasuk semangat Cristiano Ronaldo, James melancarkan sepakan padu dari luar kotak penalti yang tepat menuju ke penjuru kanan pintu gol Bristol.

Gol James bagaimanapun tidak mampu memberi 3 mata berharga kepada Wigan kerana Bristol bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh 4 minit.

Pengganti Azpilicueta ?

Mujurlah, pemain tengah Nathan Bryne berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada waktu kecederaan untuk memastikan Wigan tidak pulang dengan tangan kosong.

Kehebatan jaringan James tersebar dengan begitu pantas dalam kalangan peminat Chelsea. Ada di antara mereka yang mula membandingkan James dengan pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold.

Kedua-duanya berada dalam lingkungan umur yang hampir sama dan jikalau James mampu mengekalkan prestasi yang cemerlang bersama Wigan selepas ini, tidak mustahil untuk Sarri memasukkan nama beliau dalam skuad utama The Blues musim hadapan.

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 1-2 Chelsea