Video Ini Bukti Casemiro Mempunyai Mentaliti Elite Tahap Dewa

Satu video kini tular dikalangan peminat Manchester United yang mengagumkan para pembenci yang menjadi bukti bahawa Casemiro merupakan seorang pemain yang mempunyai mentaliti elit tahap dewa 19.

Sikap dan sifat Casemiro itu sendiri merupakan kunci kepada kejayaannya yang baru memulakan karier di Premier League dengan begitu bagus dan berimpak tinggi.

Casemiro sekali lagi cemerlang ketika menentang juara bertahan Premier League, Manchester City dan menyumbang kepada kemenangan Manchester United di Old Trafford.

Pemain Brazil itu mempunyai keinginan yang tidak berbelah bahagi untuk menang. Dia memberikan segalanya setiap kali dia berada di atas padang dan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan pasukannya muncul juara dalam setiap perlawanan.

Rakaman dari peminat telah muncul menjadi bualan daripada perlawanan menentang Manchester City yang menunjukkan mentaliti elitnya yang mahu terus berjuang tanpa membazirkan sesaat pun waktu.

Pada minit ke-89, dengan Manchester United mahu berpegang kepada kemenangan 2-1, Casemiro terjatuh kerana cedera dan terpaksa dikeluarkan. Dia langsung tidak gembira tentang itu.

Casemiro tidak menghargai fisio Manchester United yang mengheretnya ke tepi padang ketika dia menepis tangan fisionya. Bukan kurang ajar tetapi rakan-rakan di padang memerlukannya untuk menahan asakan City.

Dia kemudian dilihat menjerti-jerit sambil menepis-nepis tangan fisio mahu memberitahu pengadil dia mahu masuk dan membenarkannya untuk kembali semula ke padang.

Apabila dia mendapat isyarat, pemain berusia 31 tahun itu menyerbu semula ke dalam kotak supaya dia boleh membantu menangkis serangan City. Dengan aksi, mentaliti dan semangat seperti ini tidak hairanlah Casemiro dengan pantas menjadi pemain kegemaran peminat.

Casemiro telah mempamerkan aksi yang cemerlang sejak membuat perpindahan bernilai £60 juta dari Real Madrid ke Manchester United pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Apa yang diberikan oleh Casemiro adalah kestabilan di bahagian tengah dengan memberi perlindungan awal kepada pemain pertahanan supaya mendapat masa yang cukup untuk melawan jika dia terciduk.

Selain bertahan, Casemiro juga sangat proaktif dalam menjana serangan dengan hantaran-hantaran yang jahat serta mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol.

Natijahnya, dengan kehadiran Casemiro untuk 15 perlawanan, Manchester United mencatatkan 11 kemenangan dan 8 perlawanan tanpa bolos.

Ketika perbincangan akhir untuk mendapatkan Casemiro, Manchester United panik dan cuak apabila mereka dibelasah Brentford yang masih mentah di Premier League dengan 4 gol tanpa balas.

Keputusan yang buruk ini menjadi kebimbangan dan cukup untuk meyakinkan Casemiro yang berstatus juara Eropah itu membatalkan perbincangan tentang perpindahan.

Pada ketika itu Casemiro berada di rumah menonton perlawanan yang sangat memalukan itu, tamat perlawanan Casemiro telah menghantar mesej kepada ejennya:

“Beritahu mereka, saya akan perbaikinya.”

Sejak kehadiran Casemiro secara purata Manchester United melakukan 64.1 hantaran ke final third untuk setiap perlawanan berbanding tanpa Casemiro yang hanya mencatatkan purata 51.3 hantaran per game.

Statistik hantaran silang dari permainan terbuka, penguasaan bola dan ketepatan hantaran Manchester United juga naik dengan begitu ketara ketika Casemiro beraksi.

Sebelum itu peranan yang dimainkan Casemiro kini telah diletakkan kepada gandingan Fred dan Scot McTominay yang semua tahu dan akan kalimah ‘Masya Allah’.

Mentaliti elit Casemiro ini ditunjukkan ketika latihan di mana dia merupakan salah seorang pemain yang akan tiba paling awal dan pulang terpaling lewat. Dia selalu datang awal untuk bersarapan bersama David De Gea dan Bruno Fernandes.

Casemiro juga dilaporkan sentiasa akan mengkaji pemain lawan dari aspek kekuatan dan kelemahan mereka secara terperinci sebelum perlawanan. Semua ini menjurus kepada mentaliti kelas atasan yang dimiliki pemenang 5 kali Champions League itu.

BACA:  Casemiro Luah Kekesalan Sertai Kelab Bermasalah Seperti Man Utd