Costa Rica jarang menarik perhatian dunia apabila kita bercakap mengenai sukan permotoran tetapi minggu ini negara tersebut berjaya berbuat demikian berikutan satu insiden yang berlaku ketika perlumbaan sedang berlangsung !
Dua pelumba motosikal dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun gara-gara berkelahi ketika perlumbaan sedang berlangsung ketika perlumbaan Kejuaraan Motosikal Costa Rica.
Jorge Martinez dan Marion Calvo merupakan pelumba yang terbabit dalam insiden pergaduhan di tengah litar lumba.
Martinez dan Calvo dirakam saling tolak menolak selepas kedua-dua motosikal terbabas akibat tindakan Calvo yang masuk ke jalan Martinez secara tiba-tiba.
Akibat perbuatan tersebut, Martinez hilang kawalan terhadap jentera beliau dan motornya ‘melekat’ kepada motor Calvo.
Martinez terpaksa melepaskan motornya ketepi litar dan berpaut kepada motor Calvo bagi mengelakkan dirinya terjatuh di atas landasan. Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku dalam sejarah permotoran melihat seorang pelumba berpaut pada motor pelumba lain.
Namun apa yang bakal berlaku selepas itu lebih menyeronokkan untuk dilihat.
Sebaik sahaja Calvo memberhentikan motornya, Martinez melayangkan satu tumbukan terhadap helmet Calvo, sehingga pelumba terbabit jatuh terduduk.
Calvo yang berang dengan tindakan tersebut mengejar Martinez lalu menolaknya dan mengajak Martinez untuk bertumbuk namun tidak dilayan.
Costa Rica Motorcycle Championship contenders Jorge Martinez and Marion Calvo were in for a rough ride at this weekend's race pic.twitter.com/TP47Un7THp
— TRT World Now (@TRTWorldNow) March 25, 2019
Martinez dilaporkan cuba untuk meneruskan perlumbaan selepas itu tetapi pihak penganjur membuat keputusan untuk menghentikan perlumbaan buat seketika bagi menghalang Martinez dan Calvo dari terus berlumba.
Aksi luar biasa itu menyebabkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) cawangan Amerika Latin mengenakan hukuman penggantungan 24 bulan kepada dua pelumba terbabit disebabkan pergaduhan pelik mereka.
This is WILD ?
During the first round of Costa Rica's National Motorbike Championship, Marion Calvo's clashed with Jorge Martinez.
Once Calvo stopped his bike, Martinez started throwing punches and the race was red flagged.
Both riders have been banned for two years. pic.twitter.com/ZFIBGMpCFl
— Metro (@MetroUK) March 25, 2019