Pertemuan di antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Ipoh pada malam ini dicemari dengan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua pasukan.
Melalui video yang dikongsi oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melalui Twitter, sekumpulan penyokong Perak FC dilihat menyerbu ke arah tempat duduk penyokong pasukan pelawat sebelum pergelutan berlaku di antara kedua-dua kumpulan penyokong tersebut.
Insiden tersebut memaksa campur tangan pihak berkuasa yang bertugas mengawal keselamatan perlawanan untuk campur tangan sebelum kedua-dua kumpulan tersebut berjaya dileraikan.
Panass!🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/7g3gXPLRi6
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 20, 2023
Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sebarang tangkapan atau kecederaan melibatkan kedua-dua kumpulan penyokong.
Insiden panas ini sebenarnya tidak mengejutkan mengambil kira provokasi yang dilakukan oleh penyokong kedua-dua pasukan di media sosial sejak beberapa hari lalu menuju perlawanan ini.
Selepas 45 minit perlawanan berlangsung, Selangor FC di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe sedang mendahului pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-0.
Ayron del Valle! 💫 @ASTROARENA pic.twitter.com/wvVAeoClfx
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 20, 2023
Selangor berada di hadapan melalui jaringan penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle yang menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-41 perlawanan.
Pasukan pelawat terus menguasai perlawanan sebelum menggandakan kedudukan melalui penyerang sayap, Faisal Halim seminit selepas perlawanan menuju masa tambahan babak pertama perlawanan.
Mukhairi Ajmal terus menambah derita Perak FC apabila menyumbat satu lagi jaringan pada minit ke-51 perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Sehingga artikel ini dituilis, perlawanan sedang memasuki minit ke-58 perlawanan.
Berita lanjut menyusul….