Video Trailer Perlawanan Liverpool VS Atletico Yang Super Hebat

Liverpool mungkin sekali lagi akan melakukan comeback yang bakal tercatat dalam sejarah bola sepak Eropah.

Skuad The Reds bertekad mahu memenangi perlawanan menentang Atletico untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara.

Liverpool adalah sebuah pasukan yang paling terkenal dengan kebolehan mereka untuk melakukan comeback sejak dahulu lagi.

Antara detik comeback terbaik mereka dalam saingan Liga Juara-Juara adalah seperti ketika menentang AC Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara tahun 2005.

Mereka comeback dari ketinggalan 3-0 kepada 3-3 seterusnya menewaskan AC Milan dengan penentuan sepakan penalti. Peristiwa itu masih segar di ingatan semua peminat Liverpool.

Seterusnya The Reds sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melakukan comeback ketika menentang pasukan Barcelona diperingkat separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Selepas ketinggalan 3-0 pada perlawanan pertama di Now Camp, anak buah Jurgen Klopp bangkit semula menewaskan Barcelona pada perlawanan kedua di Anfield dengan kemenangan 4-0.

Dalam kata lain tiada yang mustahil boleh dilakukan oleh pasukan Liverpool dalam pertandingan peringkat tertinggi begini.

Walau ketinggalan 0-1, namun ketika beraksi di Anfield pemain Liverpool akan mempamerkan aksi luar biasa yang mampu menewaskan semua pasukan yang datang.

Anfield adalah neraka bagi pasukan yang datang bertandang. Pasukan pelawat memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat untuk turun beraksi di Anfield.

Liverpool gagal mencipta sebarang cubaan tepat ketika perlawanan pertama di Madrid. Mereka tewas disana hasil jaringan tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh Saul Niguez.

Atletico bakal turun ke Anfield dengan bekalan satu gol. Jadi secara logiknya, Liverpool hanya perlu menang dengan jaringan 2-0 untuk melayakkan pasukan mereka ke peringkat suku akhir.

Untuk memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 ketika beraksi di Anfield bukanlah hal yang susah untuk pasukan terhebat di dunia.

Tetapi dengan kemantapan barisan pertahanan Atletico, Liverpool mungkin perlu berusaha lebih keras untuk menang.

Atletico pastinya bakal turun dengan penuh keyakinan dengan bekalan gol yang mereka bawa.

Namun itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ketika beraksi di Anfield mendahului 4-0 pon tidak akan pernah mematahkan semangat anak-anak buah Jurgen Klopp.

Sebenarnya pemain Liverpool agak keletihan dengan jadual yang padat. Dek kerana itu lah mereka tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini dan mempamerkan aksi tidak konsisten.

Tekanan yang paling kuat dirasai oleh Liverpool bukanlah bekalan gol pasukan Atletico. Tetapi tekanan paling besar yang mereka hadapi adalah untuk memastikan Liga Juara-Juara masih milik The Reds musim ini.

Video Trailer Penuh Epik Dari Peminat Liverpool

Salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan itu adalah dengan mengimbau kembali kejayaan yang mereka pernah capai sebelum ini.

Bertapa hebatnya the Reds menakluki pentas Eropah. Aura itu akan memberi semangat positive kepada para pemain untuk memberikan aksi terbaik mereka.

Nah sebagai pembakar semangat sebelum sepak mula perlawanan Liverpool menentang Atletico, peminat pasukan The Reds ada menyediakan satu video trailer untuk perlawanan awal pagi nanti.

Video hasil ciptaan dari RLFComps sudah pastinya membuatkan segala bulu penonton berdiri dan menyedari bertapa besar makna Liverpool itu.

Dengan memaparkan aksi lagenda Gerrard menjaringkan gol screamer menentang Olympiacos dan jaringan Dejan Lovren yang menanduk padu ketika menentang Borussia Dortmund dan pelbagai lagi detik kebangkitan Liverpool ada dalam Video itu.

Saksikan trailer yang bakal membuat penonton beremosi.

Didalam dunia bola sepak ini, tiada tempat yang setanding dengan kemeriahan Anfield. Percayalah, apa pun keputusan perlawanan pada malam ini, para penyokong Liverpool akan terus teguh bersama pasukan kebanggaan mereka.

Diego Simeone harus memperkukuh barisan pertahanannya untuk menghadapi jentera serangan Liverpool yang sudah bersedia untuk merobek gawang mereka.

Tiada yang pasti dalam bola sepak. Tetapi untuk berhadapan dengan sebuah pasukan yang hebat bersama penyokong yang luar biasa, Atletico harus bersedia untuk menghadapi mimpi buruk di Anfield.

BACA:  Kane Yakin Mampu Atasi Salah Dalam Persaingan Merebut Kasut Emas EPL