Penyang juara Kejohanan Eropah, Portugal, membuka kempen edisi pada tahun ini dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan tuan rumah, Hungary, 3-0.
Pertembungan kedua-dua pasukan ini merupakan perlawanan pembukaan kumpulan maut iaitu kumpulan F di mana aksi perlawanan kumpulan ini ditunggu ramai peminat bola sepak.
Bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Puskas Arena, Budapest memberi semangat tambahan kepada Hungary.
Dengan kapasiti 67,000 penonton, Puskas Arena merupakan satu-satunya venue perlawanan Euro 2020 yang mempunyai kapasiti penuh penonton.
Hungary menampilkan permainan bertahan penuh berdisiplin dari awal permainan dengan permainan berpasukan memadatkan pemain dikawasan sendiri ketika Portugal datang.
Pada minit ke-4, Portugal hampir menjaringkan gol pendahuluan apabila penyerang Liverpool, Diogo Jota, melepaskan satu rembatan kencang ke arah pintu gol Hungary, namun cubaannya ditepis mudah oleh Gulácsi.
Ketika rembatan dilakukan, kapten pasukan, si Ronaldo sudahpun melakukan larian di ruang kosong di dalam kotak penalti Hungary, dan jika dia menerima bola kebarangkalian untuk jaringan pertama Portugal akan terhasil boleh dikatakan setinggi 90 peratus peluang.
Tindakan Jota yang melepaskan rembatan terus ke arah gol tersebut ternyata mengecewakan Ronaldo dan dia kelihatan agak marah di situ.
Pada minit ke-40 Diogo Jota melepaskan rembatan kencang dengan satu sentuhan disusuli putaran dengan rembatan selepas menerima hantaran Nelson Semedo.
Penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi telah bersedia dengan melakukan satu hadangan.
Ketika ini juga Jota sebenarnya mempunyai peluang untuk meleretkan bola kepada Bruno Fernandes yang sudah sedia menunggu di sebelahnya, dengan ruang terbuka luas ke arah gol.
Namun sekali lagi Jota memilih untuk mencuba menjaringkan gol, tetapi gagal.
Cristiano Ronaldo melepaskan peluang keemasan apabila voli beliau meliar ke langit. Bagaimana Ronaldo boleh terlepas peluang sebegitu dan Ronaldo sendiri tampak tidak percaya.
Tamat separuh masa pertama kedudukan terikat seri tanpa jaringan dengan Portugal menguasai 64 peratus perlawanan hanya mampu menghadirkan 2 sahaja percubaan tepat daripada 6 percubaan.
Shots: 1-5
Shots on target: 1-2
Tackles made: 9-16
Possession: 33%-67%
Pass accuracy: 72%-87%
Duels won: 28-30#EURO2020— Squawka Football (@Squawka) June 15, 2021
Sebelum bermula separuh masa kedua, ketika para pemain Portugal sedang berjalan masuk ke padang di dalam terowong stadium, jurukamera dengan tidak sengaja telah merakam sesuatu yang menjadi perbualan umum.
Dalam klip video tersebut, Ronaldo pada mulanya melihat ke arah Diogo Jota dan selepas itu dia dilihat menggelengkan kepala sambil buat muka tak puas hati.
Tindakannya itu terus mengundang cakap-cakap belakang di alam maya di mana para pengguna Twitter berspekulasi yang si Ronaldo meluat dengan Jota.
The way he looks back at Jota skshdhejjs he’s fuming pic.twitter.com/phFNAMs1qH
— 🇵🇸 4 ❦❀ (@nabydeco08) June 15, 2021
Pengguna Twitter dengan nama @nabydeco08 membuat andaian;
“Cara dia tengok belakang kat Jota tu skshdhejjs dia bengang.”
Satu lagi pengguna Twitter, @PubitySportIG pula berkata;
“Cristiano Ronaldo tak gembira dengan Diogo Jota di dalam terowong.”
Cristiano Ronaldo wasn’t happy with Diogo Jota in the tunnel 😬
Ps- Bernardo Silva aired in the background 😂 pic.twitter.com/UwzWWc1NGI
— Pubity Sport (@PubitySportIG) June 15, 2021
@YanksRanks pula berspekulasi dengan mengatakan;
“RONALDO PUN TAHU JOTA TAK PATUT ADA SITU.”
EVEN RONALDO KNOWS JOTA SHOULDN’T BE OUT THERE! #POR pic.twitter.com/OpHGHC9r60
— Yanks Ranks (@YanksRanks) June 15, 2021
Memandangkan ada orang yang memulakan sesi kata-mengata dan caci-mencaci Diogo Jota ni, maka ramailah yang tambah kuah ke dalam nasi. Korang bacalah sendiri kat bawah ni.
The stupid MF that is Jota just needs to look up sometimes when he has the ball. A bit of awareness. Rabiot was the same in the France game. Compare it to Mbappe who didn’t think twice before sliding the ball to the better placed Benzema while 1 on 1 with the keeper.
— Surinder Raj Singh (@Rajplayer) June 15, 2021
Well the match is not about Jota. It's a team sport. And Jota should have passed. Simple. As soon as he leaves,they score 3.
— Sanket (@FALCONG07) June 16, 2021
Begitulah perangai manusia. Bila ada peluang mengutuk, kemain lagi ambil kesempatan.
Sebenarnya tindakan Jota merembat bola ke arah gol tu tak salah pun, cuma yang jadi isu adalah bilamana bola tak masuk. Cuba kalau bola tu masuk, kan?
Dalam video tu pula, rasanya Ronaldo bukanlah berbulu pun dengan Jota. Kalau kita tengok betul-betul, Ronaldo tu nampak macam ditanya sesuatu, lepas tu dia geleng kepala.
Mentang-mentang la Ronaldo ni muka berlagak, terus orang buat spekulasi.
Tam famham amkum.