Vinicius Jr Terlepas Peluang Terhidang Luas

Vinicius Jr telah menjadi bualan dunia bola sepak apabila telah terlepas peluang terhidang seluas-luasnya ketika perlawanan Real Madrid menentang Sevilla di aksi La Liga.

Kejadian tidak diingini ini terjadi pada seawal minit ke-4 perlawanan apabila Vinicius Jr telah berjaya menghadang sepakan penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou.

Bola lantunan itu hampir masuk ke gawang namun sempat dikeluarkan oleh pertahanan Sevilla dengan satu tandukan lemah.

Cubaan Yassine Bounou untuk menangkap bola itu gagal dan menjadi satu aksi kelakar apabila boleh jatuh dan melantun ke tanah.

Vinicus Jr pula betul-betul berada dihadapan bola dan cuba melepaskan rembatan namun entah bagaimana boleh tersasar dan Yassine Bounou berjaya menangkap bola itu akhirnya.

Aksi tangkapan angin yang kelakar dari Yassine Bounou sekelip mata ditutup dengan aksi tidak masuk akal Vinicius Jr.

Mujur Real Madrid berjaya menewaskan Sevilla 1-0 dalam perlawanan ini hasil jolokan Vinicius Jr namun dikira sebagai gol sendiri apabila bola tertampan kaki Yassine Bounou.

Agak malang nasib Yassine Bonou dalam perlawanan ini namun segalanya ditutup dengan kegagalan yang bukan-bukan dariapada Vinicius Jr.

Pemain berusia 20 tahun itu telah membuat 15 penampilan bersama Los Blancos musim ini dan telah menjaringkan tiga gol.

Ternyata kegagalan Vinicius Jr ini menjadi bahan jenaka warga maya yang gagal mencari jawapan yang logik dan masuk akal bagaimana peluang itu tersasar.

“Lagu mana aku nak yakinkan cucu-cicit aku, Vinicius Jr telepas.”

Patut la sebelum ini, Karim Benzema meminta Ferland Mendy supaya tidak menghantar bola kepada Vinicius Jr ketika perlawanan menentang Borussia Monchengladbach di Champions League.

Tindakan Benzema itu telah kantoi dengan rakaman video dari kamera stadium dan terus menjadi topik hangat beberapa minggu lalu.

Rakaman itu diambil di terowong pemain Borussia-Park. Benzema dilihat berbicara dengan Ferland Mendy di dalam Bahasa Perancis.

“Jangan bermain dengan dia. Atas nyawa ibu saya, dia [Vinicius] bermain menentang kita.”

Video tersebut didedahkan oleh Telefoot selepas perlawanan pada awal pagi tadi yang menunjukkan pemain Real Madrid sedang keluar dari bilik persalinan menuju ke terowong pemain untuk memulakan babak kedua perlawanan.

Benzema telah membuat permohonan maaf selepas kantoi dengan insiden tersebut dan mungkin juga telah insaf.

BACA:  Hazard Akui Berbelah Bahagi Sama Ada Untuk Memilih Real Madrid Atau Chelsea