EURO 2016 : Wales Menamatkan Kemarau 57 Tahun Tanpa Kejohanan Utama

Nasib menyebelahi Wales , mara ke pusingan akhir EURO 2016 walaupun tewas 0-2 kepada Bosnia-Herzegovina , sekaligus menamatkan kemarau 57 tahun tanpa kejohanan utama.

Piala Dunia Sweden pada 1958 merupakan pentas akhir Wales di lapangan berprestij bolasepak dan ia menjadi pembakar semangat buat pengendali , Chris Coleman untuk membawa pasukannya ke Perancis tahun hadapan.

Dengan aksi memberansangkan pada kempen kali ini , hanya tewas kepada pendahulu kumpulan, Belgium , kedudukan Wales masih belum terjamin dan perlu sekurang kurangnya seri pada aksi menentang Bosnia.

Bagaimanapun kedudukan seri tanpa jaringan yang berjaya diikat di separuh masa pertama hanya memberi resah buat Wales.

Bosnia memecah kebuntuan pada minit 71 menerusi Milan Djuric sebelum Vedad Ibisevic melengkapkan kemenangan 2-0 Bosnia dengan jaringan pada hujung aksi.

Mujur satu lagi aksi Kumpulan B, menyaksikan Cyprus menewaskan Israel 2-1 dan ini menghidupkan kembali peluang Wales.

Dengan ini Belgium dan Wales menjadi wakil Kumpulan B mengesahkan slot ke Perancis sementara Bosnia ditangga ketiga dengan 14 mata.

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Belgium tewaskan Andorra 4-1, manakala Belanda tewaskan Kazakhstan 2-1 dalam saingan Kumpulan A. Di Kumpulan H, Itali tewaskan Azerbaijan 3-1.

Antara yang dinantikan, aksi Kumpulan A, Serbia yang melayan Portugal, juga aksi Kumpulan D, Jerman yang mahu tebus kecewa pada kunjungan Georgia.

Baca: Wales – Peningkatan Mendadak Kurang Empat Tahun

BACA:  EURO 2020: Wales 1-1 Switzerland