Wayne Rooney: ‘Jika Saya Pengurus, Saya Tak Akan Turunkan Trent Dan Buang Bowen’

Bekas kapten Manchester United, Wayne Rooney mengutuk Trent Alexander Arnold sebagai tidak layak bermain di bahagian tengah England.

Dia juga menegaskan bahawa dia akan membuang nama Jarrod Bowen dari senarai skuad England ke Jerman itu. Kerana pemain itu bermain di posisi yang sudah ramai pemain lebih bagus daripadanya.

Sebelum ini laporan menyebut bahawa Trent Alexander Arnold kini menjadi pilihan utama untuk dipasangkan dengan Declan Rice dan Jude Bellingham di bahagian tengah.

Dan pemain Liverpool itu diberikan jersi no.8 oleh Southgate. Rooney juga meramalkan pemain sebangsa Scouser dengannya itu akan dipilih sebagai pemain utama di bahagian tengah.

Rooney menjadi antara orang pertama menentang pemilihan Arnold sebagai pemain tengah walaupun kejohanan masih belum bermula.

Menurut Rooney, bintang Liverpool itu agak dungu ketika bertahan. Dan jika Rooney adalah pengurus England dia tak akan menurunkan Trent Alexander Arnold di mana mana posisi di tengah kerana itu akan menyusahkan pasukan.

Dia berkata: “Saya rasa Gareth Southgate akan memilih Trent di bahagian tengah. Dia mungkin pemain paling berbakat dengan bola di kakinya. Namun ketika bertahan dia kucar kacir. Dia tak boleh bertahan.

“Saya tak akan meletakkan dia di mana mana posisi di bahagian tengah itu.”

Rooney merasakan bahawa tempat terbaik untuk Trent Alexander-Arnold adalah di bangku simpanan bagi posisi bek kanan. Kerana posisi kesebelasan utama untuk dua bek tersebut diisi oleh Kieran Trippier dan Kyle Walker.

Seterusnya Rooney juga membantah idea untuk menjadikan Jude Bellingham sebagai no.10 di belakang Harry Kane. Kerana menurutnya, lebih baik meletakkan sahaja Phil Foden di posisi tersebut.

“Kamu harus membina pasukan ini berasaskan Phil Foden. Dia harus menjadi nombor 10 dan Bellingham bermain di bawah sedikit. Saya rasa orang ramai mulai meletakkan harapan tinggi pada Jude Bellingham ketika ini.

“Bagi Foden, musim ini adalah langkah terbesar dalam kariernya. Kamu kurang pemain tengah yang baik digandingkan dengan Declan Rice,” kata Rooney lagi menyindir idea menggandingkan Arnold dengan Rice.

“Jadi saya rasa, letakkan sahaja Jude di tengah itu, kerana itu posisinya di Madrid. Dia lebih bagus bermain di posisi tengah. Bagi saya itulah posisi terbaik dia,” jelas Rooney lagi.

Seterusnya Wayne Rooney juga tak setuju dengan pemilihan Jarrod Bowen ke dalam kem England berbanding Jack Grealish. Kerana menurutnya, jika dia pengurus England, dia akan membawa Grealish bukannya Bowen.

Rooney berkata: “Bowen bermain di kanan. Kamu ada Bukayo Saka, Cole Palmer boleh bermain di situ. Untuk lebih keseimbangan saya akan singkirkan Bowen dan bawa Grealish dalam pasukan ini.”

BACA:  Rooney Namakan Empat Pemain Yang Bakal Bantu Pengurus Baru Bangunkan Semula Man Utd