Wijnaldum Merendah Diri, Dakwa Liverpool Bukan ‘Invincible’

Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum berkata para pemain tidak berasa ‘Invincible’ walaupun masih belum tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mengharungi 16 perlawanan.

Liverpool muncul satu-satunya pasukan dalam liga domestik England yang belum tewas musim ini, dan kini unggul di tempat teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 42 mata, satu mata di hadapan juara bertahan, Manchester City.

Wijnaldum seorang yang tawaduk dan meninggi diri walaupun Liverpool gah di tempat teratas

Menjelang pertemuan penting menentang seteru tradisi, Manchester United hujung minggu ini, Wijnaldum percaya beliau dan rakan sepasukannya yang lain perlu terus bekerja keras jika mahu meneruskan rekod tanpa kalah mereka ketika ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu juga percaya Manchester United mampu memberikan masalah kepada Liverpool dalam pertemuan yang ditunggu-tunggu itu Sabtu ini.

“Tidak terkalah [invincible] ? Tidak, tidak. Kami tahu banyak perkara yang perlu kami lakukan untuk tidak tewas dan lebih banyak kerja keras jika kami mahu menang.”

“Kami tahu kami perlu beraksi baik setiap minggu untuk meneruskan rekod tanpa kalah ini. Saya tidak rasa pasukan ini adalah ‘Invincible’. Dan jika kami berasa seperti itu, kami mempunyai Jurgen Klopp yang boleh membuatkan kami berpijak di bumi yang nyata.”

Lawan Liverpool pada hujung minggu ini adalah pasukan yang menghuni tangga ke-6 liga dan ketinggalan 16 mata di belakang mereka. Anak buah Jose Mourinho juga baru sahaja mengalami kekecewaan semalam apabila tewas di tangan Valencia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Masih banyak kerja keras perlu dilakukan untuk capai tahap Invincibles

Namun begitu, Wijnaldum percaya Manchester United cuma mengalami sedikit penurunan prestasi dan berada pada kedudukan yang tidak sepatutnya mereka berada.

“Perkara macam ni boleh berlaku, setiap pasukan boleh melalui musim yang buruk.”

“Saya rasa, tahun sebelum saya tiba di sini, Liverpool menamatkan musim di tempat ke-8. Jadi perkara macam ni memang boleh berlaku. Tetapi itu tidak bermakna mereka bukan pasukan yang bagus kerana Manchester United juga memiliki beberapa pemain yang bagus.”

Menduduki tangga ke-6 tidak bermakna Man United pasukan yang lembik. Benar-benar rendah diri Wijnaldum ni

“Musim lepas, dengan pemain yang sama, mereka menamatkan musim di tempat ke-2. Akan ada musim yang bagus, dan akan ada juga musim yang sukar.”

“Itu tidak bermakna mereka mempunyai pasukan yang lembik. United mempunyai beberapa pemain yang bagus, pengurus yang bagus. Mereka juga tahu bagaimana untuk memenangi perlawanan, atau untuk tidak tewas.”

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami.”

BACA:  Alasan Mengapa Matic Tak Pakai Bunga Merah Dekat Dada Macam Pemain Lain