Willian Akui Kekalahan Berpanjangan Merupakan Salah Satu Punca Mengapa Beliau Mahu Tinggalkan Arsenal

Willian secara rasminya telah meninggalkan Arsenal dengan beliau kini bakal beraksi bersama kelab kelab pertama dalam kariernya, Corinthians.

Pemain berusia 33 tahun itu memutuskan untuk membatalkan kontrak beliau dan bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama gergasi Brazil itu.

Gunners tentunya gembira dengan berita tersebut kerana keputusan Willian telah membantu mereka menjimatkan perbelanjaan dari segi pembayaran gaji.

Bekas bintang Chelsea itu menerima gaji bernilai £240,000 seminggu di Emirates dengan beliau sebenarnya masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun.

Jadi bayangkan betapa jimatnya Arsenal selepas salah seorang pemain yang memperoleh pendapatan tertinggi mereka meninggalkan kelab tanpa meminta apa-apa.

Willian memutuskan untuk membatalkan kontrak beliau dengan tidak meminta apa-apa dari kelab dan tentunya ia berita yang sangat baik untuk Gunners.

Beliau sepertinya tidak menjadi keutamaan Arsenal pada ketika ini dengan Mikel Arteta sendiri turut tidak begitu berminat untuk menggunakan khidmatnya.

Willian mengakui yang beliau mahu meninggalkan kelab kerana mahu membantu Arsenal menjimatkan perbelanjaan dan tidak mahu sekadar makan gaji buta di Emirates.

Namun begitu, antara komennya yang paling menarik perhatian peminat adalah ketika beliau mengatakan yang dirinya mahu pergi kerana beliau tidak mahu kalah.

Ia jelas menunjukkan yang Willian memaksudkan yang beliau sebenarnya sudah penat dengan kekalahan dan sudah tidak mahu lagi berdepan dengan kekalahan demi kekalahan di Emirates.

“Sepanjang karier saya, saya sudah melakukan yang terbaik semampu saya. Saya senantiasa mahu menang dan saya rasa sukar untuk terima kenyataan yang saya tak mampu lakukan itu.”

Arsenal melalui permulaan musim ini dengan sangat teruk dan ia dianggap antara yang paling teruk dalam sejarah penubuhan kelab.

Dari tiga perlawanan awal saingan Premier League musim ini, Gunners telah mencatatkan tiga kekalahan dan kini mereka berada di kedudukan ke-20 dalam carta liga.

Tiga kekalahan dari tiga perlawanan dan lebih memburukkan keadaan lagi, mereka turut bolos sembilan dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Arsenal tewas perlawanan pertama ditangan pendatang baru Premier League, Brentford dengan keputusan 2-0 dan mereka kemudiannya tewas dengan keputusan yang sama ketika aksi bertemu Chelsea.

Lebih perit lagi, Arsenal dibelasah teruk oleh Manchester City dengan keputusan 5-0 ketika aksi perlawanan ketiga saingan Premier League minggu ini.

Selain Willian yang memutuskan untuk meninggalkan kelab atas kehendak sendiri, ada seorang lagi bintang Arsenal yang mahu pergi namun tidak dilepas oleh kelab.

Maitland-Niles sangat terdesak untuk meninggalkan Arsenal pada ketika ini namun pihak kelab tidak mahu melepaskan beliau.

Pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles telah memuat naik story di laman instagram miliknya untuk merayu pada kelab agar melepaskan beliau pergi.

Beliau mahu menyertai pasukan yang benar-benar mahukan khidmatnya dan beliau jelas terdesak mahukan minit permainan.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan telah berjaya menarik minat Everton untuk mendapatkan khidmatnya, dengan The Toffees dipercayai sudah berunding dengan Arsenal berkait urusan perpindahan melibatkan Maitland-Niles.

Walaupun Maitland-Niles jarang diberikan minit permainan, Arsenal walau bagaimanapun dikatakan telah menolak tawaran dari Everton dan hal itu menyebabkan pemain muda itu sangat kecewa.

Beliau memuat naik status di laman instagram pada petang Isnin lalu, dan dengan terbuka beliau mendedahkan tentang situasi yang beliau alami ketika ini.

Lebih mengejutkan lagi, Maitland-Niles bahkan turut menyebut nama Arsenal sendiri dalam tulisan luahan hatinya itu.

“Apa yang mahu saya lakukan adalah pergi ke mana saya diperlukan dan di mana saya boleh bermain.”

Tulis Maitland-Niles, berserta tiga emoji menangis dan beliau turut tag Arsenal di muat naik tersebut.

Everton dilaporkan mahu mendapatkan Maitland-Niles menerusi perjanjian pinjaman dan pilihan untuk pembelian tetap.

Melihat kepada aktiviti di media sosial Maitland-Niles, beliau jelas sangat berminat untuk menyertai Everton dan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

Beliau menghabiskan separuh musim lalu dengan beraksi bersama West Brom sebagai pemain pinjaman, yang mana beliau di sana lebih banyak mendapat minit permainan.

Empat bulan bersama West Brom, Maitland-Niles mendapat minit permainan yang jauh lebih banyak berbanding bermain dibawa kendalian Mikel Arteta sejak 2020.

Beliau sebenarnya pemain yang versatile yang mana Maitland boleh bermain di posisi full-back dan central defender dengan sangat bagus.

Walau bagaimanapun, beliau tetap sukar untuk dapat masuk ke dalam skuad utama Arsenal dengan Mikel Arteta tidak begitu berminat dengan gaya permainannya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Keputusan Willian Batalkan Kontrak Bernilai £240,000 Seminggu Buat Pimpinan Arsenal Terharu