Willian Kini Dalam Perundingan Menyertai Liverpool

Willian kini sedang dalam sesi rundingan bersama Liverpool dan mungkin akan berlaku perpindahan sensasi untuk beliau meninggalkan Stamford Bridge.

Pemain sayap Brazil yang kini berusia 31 tahun itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Tottenham.

Jika dilihat pada kontraknya, Willian mempunyai baki kontrak sehingga Jun ini sahaja dan beliau masih belum menerima sebarang tawaran baru dari The Blues.

Menurut sumber laporan dari Sport Witness, Willian kini dalam sesi rundingan untuk melengkapkan perpindahannya ke Liverpool.

Menurut laporan sama, Chelsea sangat berminat untuk menandatangani bintang tidak menjadi Barcelona, Philippe Coutinho yang kini sedang dipinjamkan ke Bayern Munich.

Oleh kerana itu, mereka mungkin tidak akan menawarkan kontrak baru kepada Willian dan bercadang untuk melepaskan saja pemain kebangsaan Brazil itu.

Willian dilaporkan lebih memilih untuk menyertai Liverpool kerana menurutnya perundingan yang sedang berjalan menunjukkan potensi yang lebih positif.

Beliau turut melihat bahawa perjanjian bersama Liverpool lebih menguntungkan berbanding dari tawaran lain yang beliau terima.

Willian menyertai Chelsea pada tahun 2013 apabila the blues mengeluarkan dana sebesar £30 juta untuk mendapatkannya dari kelab di Rusia, Anzhi Makhachkala.

Pemain sayap Chelsea itu sebelum ini juga hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona kira-kira dua tahun yang lalu.

Beliau sudah membuat lebih dari 300 penampilan bersama Chelsea dan telah berjaya membantu skuad the blues itu memenangi dua kali gelaran premier league.

Willian turut berjaya menjulang kejuaraan Piala FA, League Cup dan Europa Cup sepanjang tujuh tahun kariernya bersama Chelsea.

Jurgen Klopp turut dilihat berminat untuk menambah kekuatan di bahagian serangan Liverpool setelah melalui dua musim yang cemerlang.

Musim ini sebelum liga digantung, Liverpool sedang mendahului saingan liga dengan kelebihan 25 mata mengatasi Manchester City yang berada dikedudukan kedua.

Willian sendiri mengakui bahawa Liverpool sedang melalui musim yang cemerlang dan rahsia kejayaan mereka adalah semangat sepasukan yang tinggi.

“Saya rasa selain semangat berpasukan rahsia mereka adalah kesinambungan”

“Pengurus mereka, Klopo, sudah bersama pasukan selama lima tahun. Bila kamu tidak menyerah, kamu pasti berjaya.”

“Mereka mempunyai deretan kemenangan yang luar biasa, itu menunjukkan kematangan mereka dalam berpasukan.”

“Untuk sesebuah pasukan itu berjaya mereka memerlukan masa, pengurus Liverpool selain mendapat masa yang cukup, beliau turut mempunyai falsafah yang cemerlang.”

Jelas Willian tentang pandangannya terhadap kejayaan Liverpool.

Sepertinya perundingan Willian untuk sertai Liverpool berjalan dengan lancar dan mungkin musim hadapan beliau akan menyarung jersi the reds.

BACA:  Premier League Siasat Chelsea Dakwaan Salur Dana Kepada Entiti Rahsia Rusia