Willian Lega Dapat Tinggalkan Arsenal Walaupun Terpaksa Korbankan Jutaan Dollar

Pemain yang hampir menjadi legenda Arsenal iaitu Willian menyatakan bahawa dia lebih sanggup hilang berjuta dollar daripada terus murung bermain untuk Arsenal.

Willian menyatakan betapa dia menyesal menyertai Arsenal hanya selepas 3 bulan. Willian terus meminta ejennya untuk membantu dia keluar dari kelab yang bernama Arsenal.

Selepas 7 musim yang cemerlang di Chelsea, Willian akhirnya membuat keputusan yang mengejutkan keturunannya, kerana dia sanggup menyertai Arsenal. Selepas dia menikmati segala piala di Chelsea.

Pelbagai pujuk rayu daripada Chelsea agar Willian terus kekal bersama mereka. Namun pemain berambut kembang itu sanggup menodai sucinya cintanya kepada Chelsea dan menyertai Arsenal.

Ibarat Hanafi yang sanggup curang walaupun rambut sikat tepi. Bercakap dalam siri bual bicar bersama legenda Manchester United, Rio Ferdinand, jejaka yang berusia 33 tahun itu dan menggemari patin tempoyak, menegaskan bahawa, dia sudah tak sanggup untuk terus kekal di Arsenal.

Setiap hari dia terasa malas nak pergi berlatih. Walaupun pada awalnya dia sangat percaya dia membuat keputusan yang tepat. Dan lebih gila, Willian tanpa perasaan malu menyatakan dia mahu membantu Arsenal memenangi EPL dan UCL.

Willian menerima tawaran Arsenal ketika itu dan menipu peminat Arsenal dengan menyatakan dia mengagumi Arsenal sebagai kelab yang power.

Sebenarnya, Willian ke Arsenal pun sebab nak merembat gaji yang besar, di mana Arsenal dengan membabi buta sanggup mambayar Willian £200,000 seminggu dengan kontrak 3 tahun.

Chelsea yang menyedari Willian sudah semakin tua, tak mungkin kelab yang bijak sanggup menawarkan kontrak besar untuk 3 tahun kepada pemain yang hanya perform semasa kontraknya nak berakhir.

Akhirnya Arsenal terpedaya dan Willian menikmati wang yang banyak. Namun perasaan itu tidak kekal lama, kerana menurut Willian, wang ternyata bukan segalanya.

Willian sanggup mengorbankan jutaan dollar, asalkan dia dapat tinggalkan Arsenal.

Willian hanya beraksi 37 penampilan untuk The Gunners dalam semua pertandingan dan hanya menjaringkan satu gol dan mencatatkan tujuh bantuan gol.

Kebanyakan gol dan assistnya ketika dia mula mula beraksi dengan Arsenal. Lama kelamaan Willian semakin tak betul dan tidak menunjukkan prestasi terbaik.

Willian kemudian menyalahkan Arsenal sebagai punca dia tak beraksi cemerlang. Menurut Willian, Arsenal gagal menyediakan suasana yang menyeronokkan, maka dia pun muram dan tak perform.

Kemudian Willian menyuruh ejennya mengusahakan juga agar dapat meninggalkan kelab yang tidak pernah memenangi Liga Juara Juara Eropah itu.

Dan akhirnya Arsenal setuju, Willian sangat gembira.

Willian berkata: “Saya tidak happy di Arsenal, itulah sebabnya prestasi saya tidak begitu bagus.”

“Saya tidak mahu menjelaskan secara terperinci, tetapi saya tidak gembira. Awalnya saya gembira, sangat bermotivasi. Saya pun beraksi dengan baik bersama kelab baru, rakan baru dan projek baru.”

“Dan selepa 3 bulan, saya menyesal dan memberitahu ejen saya, tolonglah, saya nak blah dari sini.”

“Saya tak mahu bercakap benda yang tidak baik tentang kelab ini kerana ini kelab besar,” kata Willian membodek peminat Arsenal sekali lagi.

“Tetapi ia masih tidak berjaya, sudah tentu ketika itu, ianya fasa yang sangat sukar dalam karier saya.”

“Ianya sejumlah wang yang sangat besar saya korbankan untuk meninggalkan pasukan Arsenal. Wang bukan benda paling penting dalam hidup. Kerana anda perlu bergembira, dan berseronok. Bangun pagi dan terasa seronok nak berlatih.”

“Bagi saya, adalah tidak adil untuk terus kekal di tempat yang anda tidak mahu tinggal hanya semata mata kerana wang.”

Ditanya, sama ada beliau menyokong Arsenal dan Chelsea, Willian pastinya yakin dia sudah kembali ke pangkal jalan dan memilih Chelsea.

BACA:  Arsene Wenger Tidak Akan Letak Jawatan, Yakin Mampu Ubah Keadaan