Wout Weghorts Tak Muat Frame Kamera Kerana Terlalu Tinggi

Pemain penyerang Manchester United, Wout Weghorst tidak muat untuk untuk berada dalam frame kamera kerana terlalu tinggi selepas cuba ditemuramah selepas perlawanan ketika kalah kepada Arsenal.

Dalam perlawanan ini rentak tanpa tewas Manchester United telah dihentikan Arsenal dan hajat mereka mahu menghadirkan kekalahan kedua buat Arsenal di Premier League juga tidak kesampaian.

Ketika Manchester United hampir saja mencuri mata dari Arsenal dan menggugatkan sedikit kedudukan mereka di puncak Adik Sado, Eddie Nketiah hadir dengan gol kemenangan lewat permainan menyempurnakan kebangkitan sensasi Arsenal yang menang dengan ciri-ciri pasukan juara.

Perlawanan itu merupakan perlawanan kedua Wout Weghorst bersama Setan Merah sejak tiba secara pinjaman sehingga tamat musin dari Burnley melalui Besiktas dan debut di Premier League.

Pemain antarabangsa Belanda itu berdiri tegak rapat ke dinding pada ketinggian enam kaki lima inci, menjadikannya salah seorang pemain tertinggi kelab sepanjang zaman.

Ukuran ketinggiannya terikat dengan Zlatan Ibrahimovic di tempat kedua tetapi ketinggalan satu kedudukan berbanding penjaga gol legenda, Edwin van der Sar.

Seorang wartawan cuba menemuramah dengan Weghorst di terowong Stadium Emirates selepas perlawanan tetapi mendapati sukar untuk mendapatkan rakaman video dalam bingkai penuh kamera.

Dia cuba untuk mengubah posisi dengan memusing-musingkan kamera sebelum menoleh ke arah lelaki berusia 30 tahun itu dan bertanya: “Bolehkah awak lebih jauh? Awak memang tinggi!”

Wout Weghorst dengan patuh melangkah lebih jauh untuk membantu sebelum wartawan memutuskan untuk memusingkan kameranya dan merakam secara potret. Masalah moden memerlukan penyelesaian moden. Ternyata setting biasa digunakan wartawan itu tidak boleh digunapakai ke atas Weghorst.

Sejak berpindah ke Old Trafford,Wout Weghorst dengan pantas menjadi pemain kegemaran peminat kerana kekerapan dia terlibat dalam keseluruhan permainan Manchester United dan ketika di Burnley dia terkenal sebagai raja pressing.

Dia menjaringkan gol pertamanya dalam kemenangan 3-0 Rabu ke atas Nottingham Forest dalam Piala Carabao dan menikmati peluang kedua di Liga Perdana selepas mengharungi pengalaman buruk bersama Burnley. Weghorst menjelaskan:

“Ya, saya menikmatinya [masa saya di kelab], ia berjalan dengan pantas. Ia sudah tiga perlawanan dimainkan dan tidak banyak masa untuk menikmati segala-galanya.”

Kenali Wout Weghorst

Dia juga dikenali sebagai pemburu gol atau poacher dengan penyudah yang baik dalam kotak penalti dan kerap turun ke bawah untuk membantu menghidupkan permainan.

Pada musim 2021–22 di Premier League, Weghorst mencatatkan purata pressing setiap 90 minit lebih banyak berbanding pemain lain. Ciri yang dimahukan oleh Erik Ten Hag. Gaya permainannya telah dibandingkan dengan Edin Dzeko.

Wout Weghorst memulakan karier bola sepak remajanya bersama kelab tempatan RKSV NEO dan DETO Twenterand sebelum menyertai pasukan Eredivisie, Club Willem II pada 2011.

Walaupun berpeluang untuk masuk ke dalam pasukan utama, dia tidak berjaya melakukanny dan hanya tampil beraksi untuk pasukan simpanan. Dia menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab Eerste Divisie Emmen pada 2012.

Selepas dua tahun bersama Emmem, Wout Weghorst membuat 66 penampilan dan menjaringkan 21 gol membolehkannya beraksi di liga teratas Belanda bersama Heracles Almelo.

Selepas cemerlang bersama Heracles Almelo, Weghorst diikat Alkmaar Zaanstreek atau AZ Alkmaar dengan kontrak 4 tahun dengan pilihan lanjutan setahun.

Wout Weghorst berjaya merasai aksi Europa League dan telah dilantik sebagai timbalan kapten pada musim kedua yang cemerlang apabila menjaring 27 gol dalam 37 penampilan. Di Eredivise dia menjaringkan 18 gol dan 6 assist lalu mendapatkan panggilan dari skuad Belanda pada 2018.

Pada 26 Jun 2018, Wout Weghorst mengembangkan kariernya ke Bundesliga apabila diikat Vfl Wolfsburg dengan kontrak 4 tahun membuat 144 penampilan dan menjaringkan 70 gol.

Burnley telah membeli Weghorst pada jendela perpindahan Januari bagi menyelamatkan mereka dari tersingkir ke liga bawahan dengan harga £12 juta dan gagal memberi impak.

Wout Weghorst dilabel flop dan Burnley tersingkir ke Championship dan untuk musim terbaik dia dipinjamkan ke Besiktas dengan menjadi pemain tonggak apabila menjaringkan 9 gol dalam 18 perlawanan.

Bersama Belanda Wout Weghorst mendapat 19 caps dan menjaringkan 5 gol (1 gol EURO 2020 dan 2 gol Piala Dunia 2022) dan menjadi pemain Belanda untuk EURO 2020 dan juga Piala Dunia 2022.

Dilihatkan kepada perjalanan karier dan usianya kini, Wout Weghorst boleh dikatakan sebagai pemain yang average atau biasa-biasa saja namun ini peluangnya untuk membuktikan kehebatan di peringkat tertinggi bersama kelab besar.

BACA:  Manchester United Berminat Dapatkan Wout Weghorst