Xabi Hilang Sabar Dan Mahu Jual 3 Pemain Selepas Aksi Memalukan di UCL

Xavi Hernandes telah hilang sabar dengan pasukannya dan telah membuat keputusan drastik untuk melepaskan tiga pemain utama sekaligus selepas aksi memalukan di EUFA Champions League.

Bayern Munich sekali lagi menunjukkan Barcelona jalan keluar dari Champions League, namun kali ini lebih kejam berbanding membelasah 8-2, apabila Bayern Munich menghantar Barcelona ke Europa League.

Selepas tewas 8-2 kepada Bayern Munich beberapa musim lalu, Barcelona terus huru-hara dan menjalankan proses pembersihan membuang pemain yang dirasakan tiday layak tetapi situasi mereka semakin terus.

Menurut laporan dari Sepanyol, Frenkie de Jong, Marc-Andre ter Stegen dan Sergino Dest merupakan pemain yang dikapak keluar oleh Xavi dan diletakkan dalam senarai untuk dijual.

Xavi Hernandes bermula baik selepas menggantikan Ronald Koeman dan membuat 10 syarat ketat kepada pemain dan segalanya nampak lancar sebelum mereka tewas di La Liga dan tersingkir dari Champions League.

Kedukaan berganda secara back-to-back buat Xavi yang hadir seperti seorang penyelamat. Kini sudah kedengaran suara-suara kebencian kepada Xavi.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 17 tahun gergasi Catalan itu gagal mara ke peringkat kalah mati Champions League. Sesuatu yang sangat memalukan.

Barcelona juga bergelut di dalam negara musim ini dan kini berada di tempat ketujuh dalam La Liga – 16 mata di belakang pendahulu Real Madrid. Tiada apa yang positif dari Xavi setakat ini.

Wartawan dari Sepanyol, Gerard Romero mendakwa Xavi telah hilang kesabaran dengan skuadnya dan bersedia untuk menjual Frenkie de Jong, Marc-Andre ter Stegen dan Sergino Dest.

Marc Ter Stegen, khususnya, telah berdepan kritikan kerana prestasinya musim ini selepas melakukan beberapa kesilapan berprofil tinggi di gawang.

Manakala Frenkie De Jong pula gagal memenuhi tanda harga £65 juta sejak menyertai Barcelona dari Ajax pada 2019. Main macam pikul 50kg kentang atas belakang.

Sementara itu, Sergino Dest dikatakan tidak berpuas hati untuk terus berada di Nou Camp dan sedang mencari peluang perpindahan ke Bayern Munich.

Bercakap selepas kekalahan pertengahan minggu itu, Xavi tidak cuba menyembunyikan kekecewaannya dan bercakap tentang mewujudkan “era baharu” di Barcelona.

“Bayern menguasai kami, Kami sentiasa mahu mendominasi tetapi ia adalah sebaliknya di sini. Kita mesti menuntut lebih banyak lagi. Kami Barca kot.”

“Ini mesti menjadi titik infleksi untuk mengubah dinamik dan banyak lagi perkara. Ini adalah Liga Juara-Juara, tetapi ini juga realiti kami. Itulah keadaan yang kita hadapi.”

Xavi bengang namun mengakui inilah realitinya, Champions League yang dikejar, Europa League yang dijumpai.

“Saya marah. Ini adalah realiti dan ia membuat saya kecewa. Kita perlu menanganinya secara berterusan. Tiada apa-apa lagi untuknya.”

“Era baharu bermula hari ini. Kita bermula dari sifar. Objektif kami ialah Liga Juara-Juara, bukan Liga Europa, tetapi itulah realiti kami sekarang dan kami perlu mencuba dan memenanginya.”

Kenyataan daripada Xavi ini mengingatkan orang ramai kepada kata-kata Ronaldo Koeman ‘Inilah apa yang ada’ walaupun ayat berbeza namun maksudnya sama dengan apa diujarkan Xavi iaitu ‘Ini adalah realiti’.

Namun pada ketika itu Ronald Koeman dipersalahkan diatas setiap keputusan buruk dicatatkan Barcelona namun Xavi pula dibela secukupnya dan pemain dikambing hitamkan.

Xavi berkata dia sedar tentang besarnya tugas di hadapannya ketika dia ingin memulihkan Barcelona ke tahap sebelumnya.

“Saya telah melihat betapa sukarnya realiti itu,” tambahnya.

“Saya harap kami akan bersaing dengan lebih baik. Bayern lebih baik. Itulah realitinya. Tetapi kami akan bekerja keras dan memberikan yang terbaik supaya perkara ini tidak berulang. Ia adalah perasaan tidak berdaya.

“Kami perlu mula membawa Barca kembali ke tempat mereka berada, yang bukan dalam Liga Europa. Ini juga satu tamparan hebat buat saya sebagai jurulatih.

“Kami akan bekerja keras untuk membawa Barca kembali, tetapi kami perlu banyak berubah, sudah tentu.”

Tahun 2021 menyaksikan kejatuhan yang menjunam buat Barcelona. Mereka terpalit isu hutang kelab yang mencecah 1 billion Euro, tidak dapat membeli pemain baharu, dan paling berat, mereka terpaksa berpisah dengan pemain legenda – Lionel Messi – yang telah menyertai kelab Perancis, Paris Saint-Germain.

Pada musim lalu, sebaik sahaja Ronald Koeman mengambil alih jawatan selaku ketua jurulatih, dia telah bertindak menyingkirkan beberapa pemain utama termasuk Luis Suarez yang kemudiannya menjulang kejuaraan La Liga bersama Atletico Madrid, manakala Barcelona sekadar berpuas hati di tangga ketiga.

Musim ini, selepas terperosok jauh di belakang pendahulu liga, Barcelona telah bertindak memecat Koeman dan memanggil legenda kelab, Xavi untuk mengendalikan pasukan.

Pada awalnya, pelantikan Xavi ini mendapat pujian dan perhatian para penyokong kelab Catalan ini memandangkan dia mempunyai rekod yang baik bersama pasukan di Liga Qatar, Al Sadd dan kini menjadi All Sad.

BACA:  Gol Tiki Taka Al Sadd Bukti Xavi Layak Jadi Pengurus Barcelona