Pemain Atletico Madrid, Yannick Carrasco tidak melepaskan peluang untuk troll pemain Real Madrid, Eden Hazard yang gagal membawa Los Blancos mengekalkan kejuaraan La Liga.
Yannick Carrasco dan Eden Hazard kini telah bersama-sama hadir ke kem latihan Belgium untuk membawa saingan negara mereka di EURO 2020.
Walaupun melalui musim sukar bersama Real Madrid, Eden Hazard tidak berdepan masalah untuk turut disenaraikan oleh Roberto Martinez.
11.5 million Belgians. 26 names. 1 goal. 🔥🇧🇪 #EURO2020 pic.twitter.com/DYK7pYPz9j
— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) May 17, 2021
Yannick Carassco merupakan antara tonggak Belgium di Piala Dunia 2018 yang mendapat tempat ketiga, cemerlang bersama Atletico Madrid yang menjadi juara La Liga sudah pasti menjadi pilihan Belgium.
Walaupun kini bersama Eden Hazard untuk tugasan antarabangsa, Yannick Carassco tidak melepaskan peluang untuk troll dan menganjing Hazard.
Ketika Eden Hazard dirakam dalam satu ditemuramah oleh media, Yannick Carassco terus datang mencelah dan menyanyi depan muka Hazard:
“Campeones! Campeones!”
Carrasco interrumpiendo la entrevista a Hazard para recordarle algo.
Es Dios 🤣🤣 pic.twitter.com/rIPiiUW7xW
— 91minutosAtleti (@91minutosAtleti) June 3, 2021
Namun Hazard yang masih mampu bersukaria dan bergelak tawa selepas Real Madrid tewas kepada Chelsea di Champions League dengan tenang membalas:
“Sangat bagus, sangat bagus. Tahniah, sobat luar biasa.” Sambil gelak tak ikhlas.
Carlo Ancelotti membuat kepulangan kembali bersama Real Madrid apabila dilantik sebagai pengurus baharu Real Madrid menggantikan Zinedine Zidane yang meletakkan jawatan.
👋 #WelcomeBackAncelotti
👉 @MrAncelotti pic.twitter.com/yY5NKF5tsd— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) June 1, 2021
Dengan perlantikan ini bermakna secara automatiknya kontrak Carlo Ancelotti bersama Everton tamat serta merta.
Pemburuan Los Blancos mencari pengganti Zinedine Zidane tidak mengambil masa yang lama mungkin kerana mahu membentuk pasukan yang kembali bersaing hebat dan menakluk.
Masa depan Hazard bersama Real Madrid sebelum ini telah dilaporkan telah tamat selepas mencetuskan kontroversi yang dianggap memalukan selepas tersingkirnya Real Madrid di kaki Chelsea di pusingan separuh akhir Champions League.
🔥💣 "¡¡HAZARD NO puede SEGUIR ni un SEGUNDO MÁS en el R. MADRID!!" 💣🔥
😡 ¡@jpedrerol, más ENFADADO que NUNCA en #ChiringuitoHazard! 😡 pic.twitter.com/RsoHw6FoXs
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) May 5, 2021
Selepas tewas, Eden Hazard dilihat bergelak ketawa bersama bekas rakan sepasukannya seolah-olah tiada apa yang terjadi yang membuatkan ramai panas hati.
Tindakan Hazard itu telah menerima kecaman hebat dari peminat yang melabelkan kelakuan Hazard itu bukan sahaja tidak profesional malah memalukan.
Lantaran itu media Sepanyol yang rata-ratanya pro Real Madrid telah beranggapan bahawa karier Hazard bersama Los Blancos telah pun berakhir.
"It was not my intention to offend the Real Madrid fans. It has always been my dream to play for Real Madrid and I came here to win."
Eden Hazard apologizes after he was seen laughing with Chelsea players after yesterday's loss. pic.twitter.com/F8WFlOWQWR
— ESPN FC (@ESPNFC) May 6, 2021
Menyedari kesilapannya itu Eden Hazard telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat Real Madrid di atas kelakuannya itu.
Permohonan maaf itu telah dibuat melalui Instagram Story, Hazard menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak berniat untuk menyakiti hati para penyokong Real Madrid.
Lantaran itu Real Madrid sedia mengalami kerugian besar dan sanggup melepaskan Eden Hazard dengan harga semurah £43 juta. Lelong! Lelong!
Kepulangan dan penyatuan semula, Carlo Ancelotti bersama Los Blancos mungkin akan menjadi penyelamat karier Hazard yang mungkin memperoleh peluang kedua seperti yang dinyanyikan oleh Kak Nab.
Carlo Ancelotti: “I’ve a great relationship with Cristiano Ronaldo, I love him… but it’s not correct to talk about Cristiano as he’s under contract with Juventus”. 🇵🇹
“Eden Hazard? He’s a top player, he’ll show his skills. Hazard and Bale can be so important for us”. ⚪️
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 2, 2021
Carlo Ancelotti ketika ditanya mengenai Eden Hazard telah memberi jawapan yang positif dan percaya bekas pemain Chelsea itu masih boleh memainkan peranan penting untuk Real Madrid.
“Hazard merupakan pemain yang hebat, beliau berdepan dengan masalah kecederaan dan masih lagi tidak menunjukkan prestasi dan potensi sebenar.”
“Sudah pasti Hazard sangat mahu buktikan kehebatannya.”
Eden Hazard tiba di Santiago Bernabeu pada musim panas 2019 dengan reputasi yang sangat gah dan dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.
ON THIS DAY: In 2019, Real Madrid announced the signing of Eden Hazard from Chelsea for £88m.
Eden Hazard became the 8th €100m player in football history and Chelsea’s record sale. 🤑 pic.twitter.com/WguyLPf0Gc
— Squawka Football (@Squawka) June 7, 2020
Bersama Chelsea tidak perlu diceritakan lagi kehebatan Hazard dan berjaya membantu Belgium mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di rusia.
Namun langit tidak selalu cerah, selepas dua musim di Sepanyol, Hazard hanya bermain dalam 37 perlawanan sahaja dan gagal untuk konsisten.
Semua ini kerana 11 kecederaan yang dialami sejak tiba dan Hazard juga berdepan dengan masalah berat badan yang jelas menunjukkan beliau tidak serius menjaga disiplin.