11 Pemain United Nak Berambus Sebab Tertekan Dengan Rangnick ‘Kekebalan’ Ronaldo

Situasi di bilik persalinan Manchester United kini dikatakan sedang toksik. Selepas aksi berdepan dengan Wolves, Luke Shaw dengan terbuka menyatakan bahawa ada pemain yang acuh tak acuh sahaja di atas padang.

Sebelum itu Ralf Rangnick mengkaui ramai pemain yang mahu keluar. Namun kelab tidak boleh melepaskan mereka sesuka hati kerana meimikirkan situasi covid yang melanda. Di mana kelab memerlukan saiz pasukan yang besar.

Antara pemain yang sudah dilarang untuk berpindah adalah Edinson Cavani. Seterusnya, Rangnick mengakui Martial masih tidak mengubah pendiriannya. Dia masih mahu keluar. Oleh sebab itu Martial tidak tersenarai dalam skuad menentang Wolves kerana diberikan peluang mencari kelab lain.

Rangnick berkata: “Martial jelas sekali mahu keluar, namun persoalannya, kelab mana yang mahukan dia? Dan bagaimana pula dengan syarat kami?”

Rangnick menegaskan, buat masa ini Martial masih lagi pemain Manchester United.

Koresponden, Chris Wheeler yang sebelum ini melaporkan pemain pemain Manchester United dijemur sehingga malam oleh Ragnick selagi lagi mereka masih belum faham apa taktikal gegenpressing bukannya gegirlpressing.

Wheeler kemudian melaporkan bahawa suasana di kem United sekarang sangat tertekan dengan separuh daripada skuad tidak merasa seronok lagi.

Selain itu ada beberapa pemain mulai merasakan bahawa ada bintang terkecuali dan kebal daripada peraturan pemilihan berdasarkan merit prestasi. Harry Maguire, Mason Greenwood dan Edinson Cavani antara yang mendapati bahawa Cristiano Ronaldo adalah pemain yang tidak boleh disisihkan walaupun dia main teruk sekalipun.

Pemain pemain lain harus berkorban untuk Ronaldo di atas padang bagi dia mendapatkan prestasi terbaiknya di atas padang.

Bukan itu sahaja, pemain pemain yang sebelum ini kerap disisihkan Ole, kini mendapat layanan yang sama daripada Rangnick. Mereka masih tidak melihat sinar di hujung terowong.

Antaranya, Dean Henderson, Jesse Lingard, Eric Bailly dan Donny Van De Beek. Jika mereka menganggap kepergian Ole petanda era baru buat mereka, ternyata mereka silap. Kerana di bawah Rangnick mereka masih lagi disisihkan.

Mirror melaporkan bahawa sehingga 11 pemain dalam skuad Man United ketika ini mahu meninggalkan Setan Merah kerana tidak sanggup lagi meneruskan kehidupan mereka di sana.

Para pemain tidak suka dengan corak latihan Rangnick dan juga taktikalnya. Mereka juga tidak gembira dengan kualiti staf kejurulatihan yang membantu Rangnick.

United Zone turut melaporkan bahawa ada pemain yang terbuka menyatakan bahawa kelab seharusnya mendapatkan Antonio Conte sebelum pengurus itu menyertai Tottenham Hotspur.

Dan kini mereka berharap Mauricio Pochettino akan mengendalikan kelab tersebut.

Keadaan tertekan di Man United adalah kerana pemain tak selesa dengan kaedah latihan Rangnick yang dianggap terlalu keras.

Rangnick malah mulai mengawal diet pemain di kantin untuk mengelakkan mereka pakai bedal je makanan yang mereka nampak sedangkan itu bukan keperluan nutrisi untuk mereka.

Rangnick masih akan menjadi penasihat kanan kelab apabila dia tamat menjadi interim pada musim ini.

Jadi dia masih memainkan peranan yang sangat besar dalam karier pemain pemain United.

Rangnick sebelum ini hanya bersetuju menjadi interim jika dia diberikan jawatan sebagai penasihat tersebut.

Harus diakui Rangnick sekarang ini masih dalam fasa pembentukan DNA gegenpressing. Selaku otai yang digelar dewa gegenpressing dan diklaim sebagai guru Klopp dan Tuchel, pastinya Rangnick tahu apa yang dia buat.

Para pemai  mungkin harus bersabar sedikit kerana Rangnick dalam proses pencarian best 11 untuk pasukan mereka.

BACA:  Pemain Setan Merah Didakwa Tamak Dan Pulaukan Hojlund