1992-2021: Tujuh Center Forward Paling Agung Manchester United. Siapakah Yang Terbaik?

Siapakah penyerang Manchester United yang paling terkenal dan paling power sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) dijenamakan semula pada 1992.

Berikut adalah penyerang kelab paling agung di muka bumi ini mengikut turutan garis masa.

1992-1995, Mark Hughes (264 penampilan/87 gol)

Musim pertama EPL (1992), liga ini berjaya menarik penajaan paling besar dalam sejarah sukan di British berbanding pada musim-musim sebelumnya. Skysport dan BBC sports menaja sebanyak £304 juta.

Pada musim juga Sir Alex Ferguson membeli Eric Cantona dari Leeds United pada harga £1.8 juta yang kemudiannya menjadi fenomena di kelab itu.

Malah remaja di Malaysia juga terjebak dengan gaya kolar ke atas Cantona dan juga tidak ketinggalan dengan seluar sekolah jenama Cantona7 yang menjadi kebanggaan para pelajar sekolah satu masa dahulu.

Cantona membantu penyerang utama Mark Hughes yand sedang berada di musim ke-4 di Old Trafford selepas meninggalkan Barcelona pada musim 1988/89.

Hughes tampil 153 kali dan menjaringkan 50 gol sepanjang 3 musim sebelum kehadiran Cantona.

Pada 3 musim seterusnya Hughes tampil 111 kali dan menjaringkan 37 gol lagi selama 3 musim seterusnya bersama Cantona. Inilah penyerang utama Manchester United pada era awal EPL.

1994-2002, Andy Cole (274 penampilan/120 gol)

Setahun sebelum Hughes dijual, Ferguson membeli penyerang sensasi dari Newcastle United Iaitu Andy Cole dengan nilai perpindahan sekitar £9.6 juta.

Cantona membantu Cole menjadi lebih power walaupun dia sudah terbukti power di St James Park. Andy kekal disana selama 8 musim dan bermain sebanyak 274 kali dalam semua pertandingan.

Cole mengumpul 93 gol di liga dan 27 gol dalam pertandingan lain. Jumlah jaringan Cole adalah 120 gol iaitu lebih power dari Hughes.

Disini Cantona tidak ditakrifkan sebagai penyerang (center forward) kerana dia lebih berfungsi dibelakang Hughes dan Cole.

1995-2006, Dwight Yorke (152 penampilan/66 jaringan)

Bermula musim 1995/96 Ferguson sangat agresif membeli penyerang. Mereka membawa masuk Ole Gunnar Solskjaer (1995), Teddy Sheringham (1996) dan Dwight Yorke (1997).

Diantara 3 pemain itu Solskjaer paling bertahan apabila kekal di Old Trafford selama 11 musim.

Dalam tempoh tersebut Solskjaer hanya mempunyai 4 musim sebagai pemain utama dan bakinya hanya sekadar pemain simpanan.

Dwight Yorke dibeli pada harga £19.25 juta untuk menggantikan Cantona yang bersara pada musim 1997/98.

Gabungan Sheringham, Solskjaer, Yorke dan Cole membentuk serangan paling padu di Manchester United. Kuartet ini berjaya membantu kelab memenangi Liga Juara Eropah (champions league).

Sepanjang berada di sana, Solsjaer tampil 366 kali dan menjaringkan 126 gol. Namun Solskjaer tidak terlalu dikenang kerana majoriti kariernya disana bukanlah sebagai pemain utama.

Teddy Sheringham pula tampil153 kali dan menjaringkan 46 gol sepanjang 4 musim disana dan yang terakhir Yorke paling 152 penampilan dan 66 gol.

Era ini lebih dikenali sebagai era Andy Cole dan Dwight Yorke.

2001-2006, Ruud Van Nistelrooy (220 penampilan/150 gol)

Pada tahun 2001 Ferguson telah membeli 2 penyerang bernilai tinggi. Pengurus kelahiran Scotland itu melabur sebanyak £39.5 juta bagi mendaratkan Ruud Van Nistelrooy dan Diego Forlan dari Indepidiente.

Pada ketika itu ia merupakan satu angka yang besar. Karier Forlan dipenuhi dengan kegagalan, penyerang ini tidak pernah mempunyai 1 musim sebagai pemain utama walaupun berada disana selama 4 tahun.

Dia hanya tampil 98 kali dan menjaringkan 17 gol. Forlan akhirnya dijual ke Villarreal pada harga jauh lebih rendah iaitu £3.2 juta sedangakan Manchester United berhabisan £8 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Berbeza dengan Van Nistelrooy, dia mempunyai 4 musim sebagai penyerang utama dan 1 musim direhatkan kerana mengalami kecederaan panjang.

Selepas 5 musim (2001-2006) dengan catatan padu, Nistelrooy dijual ke Real Madrid, £32 juta. Lebih tinggi dari apa yang mereka bayar ketika mendapatkannya -£28.5 juta.

2002-2017, Wayne Rooney (559 penampilan/235 gol)

Semusim sebelum kedatangan Rooney, United membeli 2 penyerang yang akhirnya agak ‘jahanam’ iaitu Louis Saha dan David Bellion dengan harga sekitar £20.5 juta.

Namun ia tidak memberi kesan buruk kepada pasukan kerana Nistelrooy masih berada di sana.

Sementara itu Wayne Rooney sempat bersama Nistelrooy selama 2 musim sebelum baton penyerang utama diserahkan kepadanya.

Pada akhirnya Rooney memecahkan rekod Solskjaer sebagai penyerang paling lama bermain di Old Trafford -13 musim.

Pada beberapa tahun terakhir Rooney disana dia mula diberi peranan lebih ke bawah berbanding sebagai penyerang atas.

Sumbangan Rooney kepada Manchester United cukup besar. Sepanjang 13 musim dia disana, Rooney merupakan pemain utama pasukan dalam 12 musim.

Purata penampilan Rooney sangat tinggi iaitu lebih 40 perlawanan semusim (pada 10 musim pertama) dan tidak kurang 35 penampilan semusim pada 3 musim terakhir.

Pemain yang dibeli dari Everton ketika berusia 16 tahun ini tampil 559 kali dan meninggalkan 253 koleksi jaringan dalam semua pertandingan bersama Red Devils.

2006-16, Robin van Persie (110 penampilan, 48 jaringan)

Dalam era panjang Rooney di Manchester United, Ferguson telah membeli 10 penyerang lagi dan nama Robin Van Persie paling mendapat perhatian.

Diantara nama besar hadir ialah Henrik Larsson dan Carlos Teves yang dibawa masuk dengan terma pinjaman.

Federico Macheda dan Danny Welbeck pula merupakan penyerang pertama yang dipromosi dari akademik kelab oleh Ferguson.

Michael Owen datang secara percuma. Manucho dan Mame Biram Diuof merupakan 2 pembelian yang gagal serta merta.

Dimitar Berbatov juga menjadi penyerang berbaloi, tampil 4 musim dengan 148 kali bermain dan 50 gol.

Tetapi dia tidak mampu menandingi populariti Van Persie. Van Persie mencetak 48 jaringan dalam 110 penampilan sepanjang 3 musim.

Dalam tempoh tersebut terdapat juga nama Javier Hernandez namun dia hanya penyerang simpanan sepanjang 6 musim di sana.

Pada musim 2013/14, Ferguson bersara dan mencadangkan David Moyes menggantikannya.

Sepanjang Moyes membimbing Manchester United dia tidak membeli sebarang penyerang habaru. Moyes hanya menggunakan Rooney, Welbeck, Van Persie dan Hernandez.

Tidak sampai 2 musim Moyes akhirnya dipecat.

2014-2019, Romelu Lukaku (77 penampilan/42 jaringan)

Louis Van Gaal meminjam masuk Radamel Falcao dari Monaco dengan yuran pinjaman sebanyak £7.6 juta. Penyerang ini gagal teruk di Old Trafford. Tampil 29 kali dan hanya menjaringkan 4 gol.

Marcus Rashford pula muncul penyerang ke-3 dipromosi dari akademi sejak 1992. Tahun lepas merupakan musim paling kerap pemain ini bermain dengan 36 penampilan.

Sementara itu Zlatan Ibrahimovic lebih baik berbanding Falcao tetapi hanya sempat bermain semusim lebih dan kemudiannya mengalami kecederaan teruk.

Zlatan mencatat 28 gol pada musim pertama dan menambah 5 jaringan pada musim seterusnya sebelum cedera.

Apabila Jose Mourinho tiba di Old Trafford pada musim 2016/17, pengurus ini tidak membeli penyerang pada musim pertamanya.

Selepas dia memecahkan rekod kelab ketika membeli penyerang dengan harga paling mahal.

Romelu Lukaku tiba dengan tanda harga £84.7 juta yang kemudiannya dijual kepada Inter Milan dengan harga sekitar £65 juta.

Walau bagaimanapun Lukaku menjadi penyerang terakhir Manchester United yang boleh dianggap bagus. Lukaku merekod 17 jaringan pada musim pertama dan 15 jaringan di musim ke-2.

Pada hari ini Anthony Martial terus gagal menjadi pemain no.9 kelab sehingga memaksa Ole Gunnar Solskjaer membawa masuk Edinson Cavani yang agak berusia. Namun kemasukannya memberi nafas kelegaan buat Manchester United dalam memperbaiki unit serangannya.

Siapa pemain no.9 Manchester United terbaik yang pernah anda saksikan?

BACA:  Penyerang Sensasi Jerman Lebih Berminat Menyertai Manchester United Dari Liverpool