5 Rekod Yang Boleh Dipecahkan Cristiano Ronaldo Ketika Beraksi Bersama Juventus

Kapten Portugal yang merupakan pemain bola sepak handalan dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan segala desas desus mengenai masa depannya dengan menyertai Juventus dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai €100 juta.

Real Madrid sehabis daya untuk memujuk Ronaldo supaya kekal bersama Los Blancos dan sanggup membayar gaji kasar sekitar €55 juta setahun menyamai gaji yang bakal dibayar oleh Juventus tetapi Ronaldo nekad untuk pergi.

Kontrak Ronaldo bersama Real Madrid sebelum ini dianggarkan kira-kira €38.5 juta setahun berada di belakang Lionel Messi yang menikmati gaji tahunan sebanyak €73.6 juta dan Neymar dibayar PSG sebanyak €66 juta setahun.

Meskipun klausa pelepasan Ronaldo dari Rela Madrid adalah €1 bilion tetapi Real Madrid sanggup menerima bayaran 10 peratus sahaja dari klausa itu bagi digunakan sebagai modal untuk meneruskan kelansungan pasukan yang dibarisi pemain yang semakin berusia.

Sudahkah anda mengisi borang keahlian untuk menjadi peminat Juventus ?

Ramai tidak menyangka terutamanya peminat setia Los Blancos Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid secara tiba-tiba dan tergesa-gesa tetapi apakan daya, kemahuan pemain menentukan segala-galanya.

Jika sebelum ini Ronaldo telah memecahkan pelbagai rekod sepanjang 9 tahun bersama Los Blancos, beliau mempunyai peluang untuk memecahkan lebih banyak rekod apabila menyarung jersi Bianconeri di Serie A musim hadapan.

Berikut adalah senarai rekod yang boleh dipecahkan Ronaldo dengan membabi buta.

1. Pemain Pertama Memenangi Serie A, La Liga dan Liga Perdana Inggeris

Tiada pemain dalam sejarah bola sepak pernah memenangi liga domestik di England, Sepanyol dan Itali di dalam karier bola sepak mereka. Ronaldo dilihat tiada masalah untuk menjadi pemain pertama dan mungkin terakhir.

Ingatkan nak balik Manchester United huhu

Memandangkan Juventus telah memenangi Serie A untuk 7 musim berturut-turut, rekod ini mungkin yang pertama akan dipecahkan Ronaldo musim depan.

2. Memenangi Liga Juara-Juara Eropah Bersama 3 Kelab Berlainan

Rekod ini mungkin tidak dipecahkan tetapi Ronaldo berpeluang untuk menyamai pencapaian Clarence Seedorf yang berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama 3 kelab berlainan. Beliau melakukannya ketika bermain untuk Ajax, Real Madrid dan AC Milan (2 kali).

Ronaldo berjaya menjulang UCL sebanyak 4 kali bersama Real Madrid dan sekali ketika bersama Manchester United. Tetapi harus diingat sudah 22 tahun sejak kali terakhir Juventus menjuarai kejohanan tersebut.

3. Memenangi Liga Juara-Juara Eropah Sebanyak 6 Kali

Ronaldo sudah berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 5 kali sepanjang kariernya. Hanya seorang pemain yang memenangi kejohanan Eropah lebih banyak dari Ronaldo iaitu legenda Real Madrid suatu ketika dahulu, Paco Gento.

Gento mempunyai 6 kejuaraan Eropah bermula dari tahun 1956 sehingga 1965 tetapi sekiranya Ronaldo berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Juventus musim depan, Ronaldo akan menyamai rekod yang dipegang oleh Gento.

4. Ballon d’Or Ke-6

Maafkan admin The Sukan kerana rekod ini mungkin yang pertama akan dipecahkan Ronaldo sekiranya beliau diumumkan sebagai pemenang Ballon d Ór 2018 dalam majlis yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Inikalilah

Memandangkan Salah dan Messi gagal mempamerkan prestasi yang cemerlang di Piala Dunia 2018, Ronaldo dianggap calon pilihan untuk mengekalkan anugerah yang digondolnya tahun lalu.

Beliau juga bakal menjadi pemain Juventus pertama yang memenanginya anugerah tersebut sejak Pavel Nedved memenanginya pada tahun 2003.

5. Kasut Emas Eropah Ke-5

Sepanjang kerjaya sebagai pemain bola sepak, Ronaldo sudah memiliki 4 Kasut Emas Eropah dimana kali pertama beliau memenangi anugerah tersebut ketika bermain untuk Manchester United power pada musim 2007-2008.

Kalau Messi mampu, aku juga mampu !

Rival utama Ronaldo, Lionel Messi merupakan pemegang rekod dengan 5 Kasut Emas Eropah. Memandangkan Juventus mendominasi saingan Serie A dengan mudahnya kebelakangan ini, Ronaldo dijangka menjadi pencabar utama untuk memenangi anugerah tersebut musim hadapan seterusnya menyamai pencapaian Messi.

BACA:  Dybala Akui Pernah Membenci Cristiano Ronaldo