Dybala Akui Pernah Membenci Cristiano Ronaldo

Paulo Dybala mendedahkan bahawa beliau pernah membenci rakan sepasukannya di Juventus Cristiano Ronaldo.

Menurut Dybala, di Argentina, kebanyakkan peminat bola sepak disana tidak menyukai Ronaldo kerana terbawa perseteruan antara beliau dengan Lionel Messi.

Dek kerana itu, segala apa perkara yang berkaitan Ronaldo, akan dicemuh oleh peminat disana dan Dybala sendiri tidak terlepas dari perkara itu.

Tetapi kini semuanya berubah untuk Dybala, beliau akui bahawa dahulu dirinya tersilap membenci orang yang salah. Mereka berdua kini menjadi sahabat baik.

Cristiano Ronaldo menandatangani perjanjian bersama Juventus selepas meninggalkan Real Madrid.

Paulo Dybala berpeluang beraksi bersama Cristiano Ronaldo untuk pasukan Juventus dan Lionel Messi untuk pasukan kebangsaan Argentina.

Dybala dalam satu temu bual, mengakui beliau pernah mendedahkan perkara ini kepada Ronaldo sendiri.

“Saya dah cakap dengan Ronaldo, di Argentina kami agak benci dia, baik dari segi sikap, penampilan, gaya dan termasuk cara dia berjalan”.

“Namun hakikat sebenarnya, selepas mengenali dia, saya sangat terkejut, Ronaldo sangat berbeza dari apa saya bayangkan.”

“Selepas mendedahkan kepada dia bahawa saya sendiri pernah tidak menyukainya, Ronaldo cuma jawab, orang seperti dia kena bersedia untuk menerima kritikan.”

“Jawapan dari dia buat saya tersentuh dan saya lebih mengagumi dia.”

Dalam sesi temu bual yang sama, Dybala kemudian menjelaskan bahawa beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dirinya pernah mengkritik Lionel Messi.

Hal itu kerana sebelum ini ada dakwaan yang menyatakan bahawa beliau sukar bermain bersama Lionel Messi dan Dybala turut mengkritik pemain terbaik dunia itu.

“Saya tak pernah terlintas atau terfikir pon untuk mengkritik rakan sepasukan. Saya cuma nak memperbaiki apa yang berlaku.”

“Saya sendiri sudah menghubungi Messi dan menjelaskan perkara itu kepadanya. Sebab utama kami sukar bermain bersama adalah kerana kami bermain dalam peranan yang hampir sama secara taktikalnya.”

Dybala dan Lionel Messi merupakan pemain yang bermain di role no 10. Jika tidak bermain di role itu mereka akan bermain di sayap kanan ataupun False 9.

Itu yang membuatkan konflik pada posisi dan taktikal. Namun mungkin jurulatih Argentina perlu untuk mencari formula meletakkan mereka berdua bersama di satu pasukan.

Misalnya, meletakkan Dybala bermain di sayap kanan dan Lionel Messi sebagai false 9, ataupun sebaliknya.

Dybala turut menjelaskan, beliau tidak pernah merungut untuk diletakkan di bangku simpanan. Beliau seorang pemain yang sentiasa menghormati keputusan jurulatihnya.

“Saya tidak dapat banyak minit permainan ketika Piala Dunia ataupun Copa Amerika. Namun saya tidak kisah, saya sentiasa menghormati keputusan jurulatih, bagi saya Argentina merupakan sebuah pasukan yang sangat berprestij.”

Bercakap tentang keadaannya selepas disahkan positif Covid-19, Dybala menjelaskan beliau mengalami gejala seperti batuk yang serius, keletihan dan kesejukan.

“Saya kerap batuk, saya menjadi letih dan mengalami kesukaran untuk bernafas, dan saya juga mengalami kesejukan terlampau ketika mahu tidur.”

“Walaupun sebenarnya sangat sakit, namun saya kena kekal bertenang dan menjelaskan semuanya kepada doktor.”

Dybala merupakan pemain yang dianggap antara yang paling berbakat di dalam generasinya. Namun kerapkali digerhanakan oleh bakat lain di dalam pasukan.

Pada jendela perpindahan Januari lalu, Dybala dikaitkan untuk meninggalkan pasukan Juventus selepas Maurizzio Sarri mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menjamin kesebelasan utama untuk pemain itu.

Setelah dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi di Eropah, Dybala akhirnya memilih untuk kekal bersama Juventus.

BACA:  Kerana Terlalu 'Koyak' Ronaldo Dilaporkan Telah Menghempas Telefon Bimbit Milik Penyokong