6 Impian Sergio Ramos ‘Kempunan’ Selepas Sah Tinggalkan Real Madrid

Tiada siapa akan mempersoalkan status legenda Sergio Ramos sebagai pemain Real Madrid. Namun kesedihan Ramos meninggalkan kelab tersebut selepas 16 tahun bersama-sama boleh difahami.

Ramos, 35, mahukan perjanjian baru dua tahun untuk kekal di Madrid tetapi sumber memberitahu ESPN bahawa Perez tidak bersedia untuk melanggar polisi kontrak hanya satu tahun kepada pemain yang berusia lebih dari 30 tahun.

Walaupun telah meraih pelbagai gelaran dan rekod besama Real Madrid, berikut adalah enam impian pemain pertahanan itu yang tidak akan kesampaian selepas sah meninggalkan Real Madrid.

1. Pemain dengan penampilan terbanyak

Ramos hampir pasti akan memecahkan rekod sebagai pemain dengan penampilan terbanyak bersama sekiranya memutuskan untuk memperbaharui kontrak bersama Real Madrid.

Buat masa ini, Ramos berada di kedudukan keempat dengan 668 perlawanan untuk penampilan terbanyak sepanjang zaman bersama Los Blancos.

Di hadapan beliau, ialah Raul (741 perlawanan), Iker Casillas (725 perlawanan), dan Manolo Sanchis (710 perlawanan). Untuk memecahkan rekod tiga pemain tersebut, Ramos sekurang-kurangnya perlu beraksi selama setahun setengah lagi bersama Real Madrid.

2. Pemain Real Madrid dengan jumlah musim terbanyak

Pemain pertahanan tengah ini juga menghampiri rekod untuk musim terbanyak dengan jersi Real Madrid.

Buat masa sekarang, Ramos telah melengkapkan 16 musim bersama Los Blancos.

Beliau perlu kekal selama dua musim lagi di Estadio Santiago Bernabeu untuk menyamai rekod 18 musim oleh Paco Gento dan Miguel Angel.

3. Pemain paling banyak kejuaraan

Rekod ini pula boleh menjadi milik Sergio Ramos tanpa beliau menandatangani kontrak baharu. Namun beliau perlu membantu Real Madrid muncul juara Champions League dan La Liga Santander pada musim ini untuk berbuat demikian.

Ramos dan Marcelo kini masing-masing memiliki 22 kejuaraan utama sejak menyertai Real Madrid. Hanya Paco Gento memiliki kejuaraan yang lebih banyak dengan 23 kejuaraan.

Ramos juga masih mampu menjadi pemain Real Madrid dengan gelaran kejuaraan Champions League terbanyak sekiranya kekal bersama pasukan itu. Beliau memiliki empat kejuaraan Champions League setakat ini, dan ketinggalan dua kejuaraan eropah berbanding Gento.

4. Musim terbanyak bergelar kapten

Gelaran kapten paling lama di dalam sejarah Real Madrid juga milik Gento, yang memakai lilitan kapten sebanyak sembilan musim.

Chendo pula berada di belakang selama lapan musim, dan diikuti oleh Felix Quesda dan Raul yang memakai lilitan kapten selama tujuh musim.

Ramos sudah bergelar kapten Real Madrid untuk enam musim, namun perlu memperbaharui kontrak bersama Los Blancos sehingga 2024 untuk memecah rekod tersebut.

Buat masa ini rekod ini tampak seperti sukar untuk dicapai.

5. Minit terbanyak dalam La Liga

Buat masa ini Sergio Ramos adalah pemain kelima dengan minit terbanyak yang beraksi di La Liga Santander.

Beliau telah beraks selama 43,900 minit dan hanya kurang 99 minit berbanding rekod yang dimiliki Raul.

Pemain lain yang memiliki minit perlawanan lebih banyak dari Ramos ialah Casillas (45,684), Francisco Buyo (48,717) dan Andoni Zubizarreta (55,746).

Ramos perlu beraksi sekurang-kurangnya dua musim penuh bersama Real Madrid untuk memecah rekod milik Zubizarreta.

6. Menjadi kapten di Estadio Santiago Bernabeu yang baharu

Estadio Santiago Bernabeu bakal menjadi arena kebanggaan baharu Real Madrid dan Ramos boleh menjadi kapten pertama memimpin Real Madrid di stadium yang telah dinaiktarakkan itu.

Jika Ramos memilih untuk pergi pada penghujung musim ini, ia bermakna Ramos bakal terlepas peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setia Los Blancos, selepas wabak global menghadkan kehadiran penyokong ke stadium.

Dengan sumbangan yang pernah diberikan beliau selama ini, Ramos berhak mendapat penghargaan sewajarnya dari Real Madrid.

Penutup

Berbalik kepada kontrak di Real Madrid. Ramos mahukan kontrak baharu 2 musim dan sanggup untuk menerima sebarang kenaikan pada kadar gajinya.

Carlo Ancelotti sebelum ini menyatakan bahawa beliau masih sedia untuk bekerjasama dengan Ramos jika pemain itu kekal. Namun nampaknya tidak ada reunion antara mereka.

BACA:  Van Dijk: Ramos Bukan Pemain Pertahanan Terbaik Dunia