6 Pemain PSG Mengadu Kepada Presiden Kelab Mengenai Mbappe

Enam pemain Paris Saint-Germain (PSG) telah mengadu kepada kepada presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi berkaitan komen yang dilakukan oleh pemain itu dalam satu temubual baru-baru ini.

Mbappe ditemubual oleh media terkenal bola sepak Perancis, France Football dan pada ketika itu pemain tersebut melabel PSG sebagai kelab yang ‘berpecah belah’ dan hanya ‘menarik gosip’.

Kapten skuad kebangsaan Perancis itu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada peminat kini mulai tidak peduli akan sumbangannya, dan Mbappe menjelaskan bermain untuk PSG langsung tidak membantu.

Malah Mbappe turut berkata pencapaian PSG kini sudah maksimum dan tidak akan berjaya di Champions League.

Dia juga berkata perkara itu perlu dijelaskan oleh mereka yang membina pasukan tersebut sejak beberapa musim lalu.

Mbappe kemudian menambah semua pemain termasuk dirinya sudah memberikan sehabis baik dan melakukan apa yang mereka boleh lakukan untuk memburu pencapaian di pentas Eropah itu selama ini.

Musim lalu PSG tersingkir di pusingan 16 pasukan terbaik kepada Bayern Munich selepas tewas dengan agregat 3-0.

Temubual itu sebenarnya dilakukan pada bilan lalu tetapi hanya disiarkan pada Sabtu. Perkembangan terkini mengenai masa depan pemain itu di Parc des Princess turut menghangatkan tembual tersebut.

Pada bulan lalu Mbappe menulis sepucuk surat kepada pengurusan PSG memaklumkan dirinya tidak berminat untuk meneruskan pilihan sambungan kontrak sehingga 2025 – walaupun akan terus beraksi bersama kelab Ligue 1 itu semusim lagi.

Al-Kgelaifi pada awal minggu ini berkata Mbappe tidak akan dibenarkan pergi secara percuma pada jendela perpindahan musim panas ini.

Al-Khelaifi turut memberikan tempoh dua minggu untuk Mbappe membuat keputusan sama ada untuk menandatangani kontrak baharu untuk terus bersama PSG atau pun dijual kepada kelab yang berminat untuk mendapatkannya.

“Kami mahu dia kekal di sini kerana Mbapee adalah pemain yang hebat, seorang lelaku budiman,” kata Al-Khelaifi.

“Jika dia pergi secara percuma ia akan melemahkan kelab terbesar di Perancis, bukannya dia.

“Apabila saya mendapat perkhabaran [Mbappe enggan kekal], saya sangat terkejut dan kecewa sekali.

Al-Khelaifi kemudiannya berkata Mbappe diberikan masa dua minggu untuk menentukan masa depannya.

“Ia terpulang kepada dia untuk membuat keputusan minggu hadapan, atau maksimum dua minggu akan datang,” tambah Al-Khelaifi.

“Dan jika dia enggan menandatangani kontrak baharu, pintu keluar sentiasa terbuka. Demikianlah yang akan berlaku kepadanya dan pemain lain juga.

“Tiada pemain yang akan menjadi lebih besar/utama daripada kelab. Begitu juga dengan saya. Ia sangat jelas.”

BACA:  Pochettino Boleh Kekal di PSG Selepas Mendapat Restu Kylian Mbappe