Adidas Memperkenalkan Boots ‘El Retorno’ Tanda Menghargai Legasi Lionel Messi

Adidas meraikan legasi Lionel Messi dengan melancarkan boots edisi istimewa yang berinspirasikan +F30 dan dikenali sebagai ‘El Retorno’.

Boots terbaru Adidas X Speedflow, pertamanya telah diinspirasikan oleh ciri warna khas F50 yang digilai peminat dengan warna hitam metallic dan oren pekat.

‘El Retorno’ juga menampilkan ciri khas model Adidas keluaran 2005, F30 Tunit yang dipakai oleh Messi ketika aksi bertemu Getafe dalam saingan Copa del Rey.

Messi pada ketika itu telah menjaringkan gol tercantik sepanjang kariernya dan kerana itulah ‘El Retorno’ menampilkan ciri khas F30 Tunits.

Masih ingat jaringan Messi ketika bertemu Getafe? Saksikan di bawah.

Boots yang sungguh cantik dan menakjubkan ini juga tampil dengan membawa personaliti Messi sendiri dengan menunjukkan ciri serta pengenalan diri legenda Argentina itu.

MESSI +10 tertera di lidah boots tersebut dengan bendera Argentina diletakkan di bahagian kiri dan di sebelah kanan pula diletakkan ciri khas F50 yang menampilkan logo tiga jalur.

Carbitex Speedframe telah digunakan untuk membantu ketika pemain itu mahu bergerak dengan lebih pantas dan selesa di atas padang.

Satu lagi ciri khas boots ini adalah ia membantu untuk keselesaan dan memberi cengkaman yang lebih kukuh.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu akan memakai boots tersebut untuk aksi Copa America yang dijadualkan akan bermula pada 13 Jun nanti.

Para peminat begitu teruja melihat boots istimewa keluaran Adidas itu dan tak sabar untuk melihat bagaimana hasilnya apabila dipakai oleh Messi sendiri nanti.

Cantik, menarik, kemas, teliti dan hasil yang sungguh menakjubkan dalam usaha Adidas untuk menghargai legasi pemain terhebat sepanjang zaman, Lionel Messi.

Messi ketika ini sedang bersama skuad kebangsaan Argentina untuk persiapan menghadapi Copa America yang akan dilangsungkan hujung minggu hadapan.

Messi juga baru-baru ini telah menyambut kedatangan sahabat karibnya, Sergio Aguero di Nou Camp dengan mereka berdua akan bergandingan bersama untuk Barcelona pada musim baharu nanti.

Apa pandangan anda semua berkait ‘El Retorno’? Bincangkan di ruangan komen.

BACA:  Reaksi Angel Gomes Ketika Messi Meminta Jersinya Sungguh Priceless