Adik Mbappe Lemparkan Jelingan Maut Ke Arah Messi

Ethan Mbappe Lottin yang merupakan adik kandung kepada pemain bintang PSG, Kylian Mbappe Lottin telah melemparkan satu renungan maut ke arah Lione Messi yang disambut bak wira selepas kembali berlatih.

Peminat bola sepak nyata terhibur dan ketawa selepas melihat Ethan Mbappe memberi jelingan penuh ‘kejahatan’ kepada Lionel Messi yang diberikan penghormatan dengan Guard of Honour.

Bintang Argentina itu akhirnya mendarat di Perancis selepas dua minggu berehat berikutan kemenangan perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di penentuan penaltiyang berlangsung di Qatar.

Ketika dia tiba di latihan pada pagi Rabu, barisan kawalan kehormatan telah disediakan untuknya sebelum sesi sebelum dia diberikan trofi kecil oleh pengarah sukan Luis Campos, sambil dia mendapat tepukan gemuruh di padang latihan.

Rakan sepasukannya kelihatan gembira melihat Messi kembali, hampir kesemuanya, namun adik Mbappe, Ethan Mbappe yang berusia 16 tahun, kantoi dan dirakam telah memberi ‘pandangan maut’ kepada penyerang itu.

Abangnya gagal dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar di kaki Messi – walaupun selepas menjaringkan hatrik dan memaksa perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Peminat hanya mampu ketawa kerana terhibur selepas melihat wajah yang ditarik anak muda itu ketika Messi berjalan melalui padang latihan.

Dari pandangan Ethan Mbappe rata-rata pengguna media sosial menyatakan bahawa adik Mbappe itu merancang dan bersedia untuk membalas dendam lantaran jelingan penuh amarahnya itu.

Untuk menandakan kepulangan Messi, majoriti pemain dan kakitangan di Les Parisiens memberikan pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu kawalan kehormatan atau Guard of Honour dan penyerang Perancis Kylian Mbappe tidak hadir pada hari pertamanya kembali, menurut L’Equipe.

Dipercayai kebanyakan pemain skuad Paris Saint-Germain diberi cuti sehari berikutan kekalahan mengecewakan 3-1 kepada Lens pada hari Ahad.

Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi ketika ketibaan Lionel Messi sudah berada di New York bagi menikmati cuti mereka selepas kembali ke PSG usai tamat Piala Dunia.

Jika Mbappe ada bersama adiknya dia pastinya juga akan tergelak melihat renungan maut dari adiknya nya itu.

Pada 24 Disember yang lalu, Ethan Mbappe yang baru berusia 16 tahun mencipta sejarah dalam kariernya apabila telah dipanggil untuk berlatih bersama pasukan utama PSG.

Buat pertama kalinya, Kylian dan Ethan Mbappe telah berlatih bersama-sama di pasukan utama PSG dan perkara ini telah membuatkan ramai teruja.

Ethan mengikut jejak langkah abangnya dengan menyertai pasukan tempatan AS Bondy pada 2015. Selepas dua tahun bersama AS Bondy, Ethan Mbappe menyertai gergasi Perancis Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017 di usia 11 tahun.

Perpindahan ini terjadi dalam jendela perpindahan yang sama yang menyaksikan kelab itu membawa abangnya Kylian secara pinjaman. Ethan menjaringkan gol pada penampilan sulungnya untuk pasukan bawah 12 tahun.

Ethan Mbappe menandatangani kontrak baharu tiga tahun dengan PSG pada Jun 2021. Pada 16 Disember 2022, pada usia 15 tahun, dia membuat penampilan sulung bersama pasukan senior kelab itu dalam kemenangan persahabatan 2–1 ke atas Paris FC.

Ethan Mbappe merupakan pertama baru PSG dan Perancis yang dalam proses untuk digilap, tidak seperti abangnya Kylian yang merupakan seorang penyerang yang terkenal dengan rentaknya yang sepantas kilat, Ethan ialah pemain tengah berkaki kiri penuh teknikal.

Ethan Mbappe telah mendapat panggilan untuk menyertai pasukan bawah 16 tahun Perancis pada November 2021 dan sosok tubuhnya tidak seperti remaja berusia 16 tahun dan fizikal yang sangat bagus untuk pemain bola sepak.

BACA:  Sikap Terpuji Lionel Messi Menjaga Dan Mengutamakan Isterinya Berhak Untuk Dikagumi