Aksi ‘Joga Bonito’ Vinicius Jr Bantu Real Tewaskan Bilbao

Joga Bonito merupakan bahasa Portuguese yang membawa maksud ‘main bagus/ bermain dengan cantik’ dan itulah apa yang telah dipamerkan oleh Vinicius Jr ketika membantu Real Madrid menewaskan Athletic Bilbao.

Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan turut melakukan beberapa skill yang luar biasa dasyat sepanjang perlawanan tersebut.

Real Madrid berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Bilbao hasil jaringan dari Karim Benzema pada akhir babak pertama permainan.

Walau bagaimanapun, nama Vinicius Jr yang disebut-sebut selepas tamat perlawanan tersebut, kerana beliau telah mempamerkan aksi dan skill-skill yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini.

Oscar De Marcos tersungkur, tersembam, terbaring di merata padang kerana dipermain-mainkan oleh pemain kebangsaan Brazil yang sangat lincah itu.

Vinicius mempamerkan skill dengan kemahiran kakinya yang menakjubkan dan ditambah pula dengan kawalan bola serta kepantasan beliau yang sukar untuk ditandingi.

Pada awal aksi babak kedua, beliau melakukan dummy dan terus memintas pemain lawan dengan sungguh kemas hingga menyebabkan bintang Bilbao, Oscar De Marcos tersungkur mencium tanah.

Tidak lama selepas itu, pemain kebangsaan Sepanyol itu sekali lagi berdepan waktu yang sukar dalam hidupnya, dengan beliau diperbodoh-bodohkan oleh Vinicius.

Vinicius Jr melakukan sentuhan pertama dan melepasi Oscar De Marcos dengan mudah dan menyebabkan pemain pertahanan Bilbao itu sekali lagi tersembam mencium tanah.

Pemain penyerang Real Madrid itu kemudiannya membawa bola menuju ke kawasan Bilbao, dengan beliau melakukan flick yang cukup cantik untuk memperdaya Iker Munian.

Dua pemain sekaligus diaibkan oleh Vinicius Jr dan aksi hebat yang beliau pamerkan menaikkan mood pengulas yang seolah-olah bergembira melihat skill-skill tersebut.

Nilai €46 juta yang Real Madrid bayar untuk mendapatkan khidmatnya jelas sekali sangat berbaloi selepas Vinicius Jr pada musim ini mempamerkan aksi persembahan yang luar biasa mengagumkan.

Pemain berusia 21 tahun itu sudah berjaya menjaringkan 11 gol dan turut mencatatkan tujuh assists dari 20 penampilan dalam semua pertandingan.

Beliau juga cemerlang meledak gol yang cukup padu ketika membantu Los Blancos menewaskan Sevilla pada hujung minggu lalu.

Pengurus kelab, Carlo Ancelotti percaya yang Vinicius Jr pada ketika ini sedang dalam rentak persembahan terbaiknya dan hanya menunggu masa saja untuk menjadi yang terbaik dalam dunia bola sepak.

“Apa yang mengejutkan saya tentang Vinicius adalah kualiti yang dia ada untuk menjaringkan gol.”

Jelas Ancelotti menurut Daily Mail.

“Kualiti individu dia tidak mengejutkan, saya tahu dia sangat hebat dalam menggelecek, dalam situasi satu lawan satu, kepantasan, tapi dia mengejutkan semua orang dengan kualiti penyudah dia.”

“Vinicius hari ini menunjukkan kualiti yang saya sendiri rasa dia tak pernah tunjuk sebelum ini.”

“Dia hanya perlu mengambil beberapa langkah sahaja lagi untuk menjadi yang terhebat di dunia. Apa yang paling penting adalah dia beri tumpuan untuk jadi lebih berkesan. Ketika ada kesempatan, dia perlu manfaatkan.”

Ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil, Vinicius Jr turut mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan dengan menggunakan skill yang dasyat.

Vinicius Jr pamer aksi FIFA street ketika bertemu Argentina

Vinicius Jr telah mempamerkan skill yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Argentina, dalam saingan kelayakan Piala Dunia.

Beliau melakukan aksi ‘FIFA STREET’ dengan menggunakan skill ‘rainbow flick’ ketika menggelecek melepasi Nahuel Molina.

Pemain sayap Real Madrid itu merupakan antara pemain yang sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Beliau berjaya konsisten mempamerkan aksi persembahan mantap pada setiap minggu bersama Real Madrid, dan turut cemerlang ketika diturunkan bersama skuad kebangsaan Brazil.

Beliau sekali lagi membuktikan kemampuan sebenarnya ketika beraksi dalam perlawanan penting, selepas mempamerkan aksi persembahan menarik ketika terikat 0-0 bertemu Argentina.

Kedua-dua pasukan berjaya melayakkan diri untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar 2022, selepas mencatatkan rekod yang menakjubkan sepanjang pusingan kelayakan di zon Amerika Selatan.

Untuk menambah keseronokkan para penonton yang hadir, Vinicius membawa bola ke kawasan sudut tepi padang dan kemudian beliau melakukan aksi ‘rainbow flick’ untuk membawa bola melepasi Molina.

Beliau melakukan skill itu dengan sangat sempurna, baik dari segi kawalan bola, ketenangan, cara beliau mengangkat bola, flick melepasi Molina semuanya dilakukan dengan sangat sempurna.

Selepas berjaya melepasi Molina, beliau kemudiannya berdepan dengan Rodrigo De Paul sebelum segera melorongkan bola mencari Paqueta yang menunggu di dalam kotak penalti.

Sayangnya Paqueta gagal untuk memanfaatkan kesempatan tersebut, dengan percubaan beliau sekadar tersasar jauh dari gawang gol Argentina.

Seandainya bola itu berjaya menerjah jaring gawang gol Argentina, ia jelas sekali layak untuk dianggap sebagai antara assists terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Neymar gagal untuk diturunkan dalam perlawanan ini kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan, dan kerana itu jugalah Vinicius Jr diberi tanggungjawab untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bintang PSG itu.

Pemain berusia 21 tahun itu jelas sekali tidak mengecewakan para peminat, dan aksi yang beliau persembahkan jelas membuktikan beliau layak berada dalam skuad utama Brazil.

Vinicius setakat ini sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dan turut mencatatkan tujuh assists dari 16 penampilan bersama Los Blancos sepanjang musim ini.

Beliau berjaya berkembang menjadi antara pemain sayap berkelas dunia dan sedang membina gandingan mantap bersama Karim Benzema di Santiago Bernabeu.

Bekas bintang Flamengo itu telah menandatangani perjanjian sehingga 2025 bersama kelab, dengan Real Madrid kini sudah mula merancang untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang muda Brazil itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Neymar Tidak Puas Hati Dengan Rangking Rakannya Dan Anggap Ballon d'Or Bergurau