Alasan Mulia Robeto Mancini Menggantikan Penjaga Gol di Akhir Perlawanan Ketika Menentang Wales

Pengurus Itali, Roberto Mancini telah bertindak di luar jangkaan pada minit akhir dalam perlawanan menentang Wales semalam apabila dia memasukkan penjaga gol simpana, Salvatore Sirigu pada minit ke-89, menggantikan Gianluigi Donnarumma.

Ketika pertukaran dilakukan, Itali sedang mendahului lawan menerusi gol jaringan Matteo Pessina pada separuh masa pertama, di samping mempunyai kelebihan seorang pemain selepas Ethan Ampadu dibuang padang pada minit ke-55.

Dengan perlawanan berbaki satu minit, Mancini melakukan pertukaran yang kelima dan terakhir buat Itali dalam perlawanan, dengan mengeluarkan Donnarumma dan menggantikan penjaga gol utamanya dengan Sirigu.

Sesetengah penyokong di media sosial berasakan tindakan tersebut adalah tidak berasas dan tidak patut dibuat oleh Mancini.

Sebuah portal sukan terkenal, FourFourTwo, telah menjalankan undia di Twitter, bertanyakan sama ada keputusan untuk membawa masuk Sirigu adalah satu keputusan untuk menaikkan semangat pasukan atau mengarut.

Keputusannya, mereka yang berpendapat bahawa itu adalah tindakan untuk menaikkan semangat berpasukan tidaklah berbeza jauh dengan jumlah mereka yang merasakan itu adalah tingakan mengarut.

Sirigu, yang kni berusia 34 tahu, bermain untuk Torino di Serie A, bagaimanapun tidak sempat menyentuh bola dalam penampilan cameo tersebut dan perlawanan tamat dengan Itali berjaya mengekalkan kelebihan satu gol.

Sebenarnya Mancini mempunyai alasannya tersendiri di atas tindakan tersebut.

Mancini merupakan seorang penyerang ketika dia bergelar pemain professional dan dia merupakan sebahagian daripada pemain yang dibawa untuk mengharungi kempen Piala Dunia pada tahun 1990 di tanah air sendiri.

Pun begitu, malang buat Mancini apabila dia tidak mendapat tempat di dalam pasukan dan langsung tidak diturunkan oleh jurulatih, Azeglio Vicini.

Menurut seorang penulis bola sepak Itali, Nicky Bandini, Mancini pernah berkata bahawa penyesalan teragung dirinya adalah dia tidak berpeluang untuk bermain walau seminitpun di Piala Dunia.

Dengan pasukan kendaliannya sudahpun menempah tiket ke pusingan 16-pasukan, dan menjuarai kumpulan, Mancini memberikan peluang kepada Sirigu untuk menyedut udara Euro di atas padang.

Penampilan Sirigu tersebut mungkin hanya beberapa minit, tetapi sekurang-kurangnya dia mempunyai satu memori dan kenangan yang boleh diceritakan kepada anak cucu nanti.

Lagi pula, Sirigu sudah boleh berkongsi gambarnya memakai jersi Itali di tengah padang di group WhatsApp dan juga di laman sosialnya. Sudah tentu dia akan mendapat banyak likes.

Selain Sirigu, Gaestano Castrovilli, Francesco Acerbi, Bryan Christane dan Giacomo Raspadori turut membuat penampilan dari bangku simpanan. Dengan kemasukan Sirigu tersebut, Mancini kini sudah menurunkan 25 daripada 26 pemain yang didaftarkan dalam kempen Euro kali ini.

Hanya Alex Meret, penjaga gol ketiga Itali, masih belum sempat diturunkan, dan tidak mustahil Mancini akan membawanya masuk di minit akhir dalam perlawanan selepas ini, dengan syarat pasukannya sedang selesa mendahului.

Selepas pasukannya berjaya mengekalkan rentak kemenangan dan merekodkan 11 perlawanan tanpa bolos, Mancini memuji para pemainnya yang cukup berkobar dan bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.

“Saya rasa gembira sebab ni kerana kami tukar lapan pemain dan bermain permainan yang bagus.

“Identiti pasukan masih kekal dan saya rasa itu sangat penting.

“Saya anggap pertukaran pemain tu tidak akan mengubah apapun sebab semua orang tahu apa yang perlu mereka buat, dan hasilnya tidak berubah.

“Hari ni mereka menunjukkan bahawa mereka semua layak untuk berada di kesebelasan utama.

“Itu adalah satu perlawanan yang kami nak menang walaupun tak perlu, tapi kejayaan adalah apa yang bermain di fikiran, tak mudah tau.”

Berita : Givemesport

BACA:  EURO 2020: Itali 3-0 Switzerland