Alvaro Morata Tolak Tawaran Spurs Bukan Disebabkan Harry Kane

Penyerang Chelsea, Alvaro Morata menolak dakwaan Mauricio Pochettino yang mengatakan beliau menolak perpindahan ke Tottenham 2 tahun yang lepas kerana tidak mahu menjadi pilihan kedua di belakang Harry Kane.

Sebelum ini pengurus Spurs, Mouricio Pochettino berkata beliau mengadakan perbincangan dengan pihak Morata untuk menyertai Tottenham ketika pemain itu masih lagi bergelar pemain Real Madrid. Pochettino dipetik berkata dalam satu sidang media Ogos lalu:

Nasib baik x masuk kelab ayam

“Morata ada bercakap mengenai saya dimana beliau memberitahu Mauricio ada menghubungi beliau. Saya boleh dedahkan disini yang ianya berlaku dua tahun yang lepas.”

“Morate kemudian berkata kepada saya, kenapa kamu memerlukan khidmat saya sedangkan sudah mempunyai Harry Kane ?”

Akan tetapi, dalam satu temu bual eksklusif Alvaro Morata bersama Skysports baru-baru ini, penyerang antarabangsa Sepanyol ini menegaskan Harry Kane bukanlah faktor utama mengapa perpindahan tersebut gagal ketika itu.

Bukan sebabmu, Kane

“Itu tidak benar. Saya ada berbincang dengan Pochettino dan beliau mahu kami berdua bermain bersama-sama. Akan tetapi, pada masa itu, tiada sebarang peluang untuk Real Madrid melepaskan saya ke Tottenham.”

“Sudah tentu saya mahu bermain bersama Harry Kane, beliau pemain yang hebat dan salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini. Akan tetapi, pada saat itu,  saya tidak mempunyai sebarang peluang untuk meninggalkan Real Madrid.”

Morata menyertai Chelsea pada tirai perpindahan musim panas lalu dalam perjanjian bernilai hampir  £70 juta. Walaupun dibeli untuk menggantikan tempat Diego Costa yang mahu berpindah ketika itu, beliau cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di Stamford Bridge dan sudah menjaringkan 12 gol buat The Blues dalam semua pertandingan setakat ini.

Dari 10 gol liga yang dijaringkannya, 6 adalah melalui tandukan. Walaupun hebat di udara, Morata percaya masih banyak yang perlu beliau perbaiki dalam usahanya untuk terus kekal cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris.

Costa dan Morata berkawan baik

“Adalah amat penting bagi seorang penyerang bagus di udara, terutamanya apabila anda bermain di England. Tetapi saya percaya masih lagi boleh perbaiki tandukan dan sepakan saya.”

“Sepanyol dan Itali tidak seperti ini. Di England, terdapat banyak hantaran dan sudah tentu anda perlu mempunyai tandukan yang bagus.”

“Saya tahu saya boleh menjaringkan lebih banyak gol. Saya mempunyai banyak peluang dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara yang mana saya perlu perbaiki dari segi aspek tersebut.”

“Ini tahun pertama saya disini tetapi saya tahu boleh beraksi lebih baik dari itu. Saya akan selalu mencuba untuk menjadi lebih baik. Saya bukanlah sempurna. Jika ada satu aspek yang perlu saya perbaiki, saya akan berlatih setiap hari untuk memperbaikinya dan menjadi lebih baik.”

BACA:  "Bina Skuad Berdasarkan Kekuatan Inggeris" - Chelsea Mahu Beli Maguire, Kane Dan Rice