Amanda Staveley Kecam Liverpool Dan Spurs Antara Paling Beriya Menentang Pemilikan PIF Di Newcastle

Kelmarin sebuah konsortium yang disokong oleh kerajaan Arab Saudi telah mengesahkan bahawa mereka menarik diri daripada pemilikan Newcastle United.

Antara sebab mereka menarik diri seperti yang dinyatakan oleh PIF adalah kerana proses terlalu lama yang diambil untuk mengesahkan perjanjian tersebut oleh Premier League.

Kemudian, PIF juga menyatakan impak koronavirus juga antara sebab kenapa mereka perlu lebih bijak dalam membelanjakan wang mereka untuk perlaburan wang daripada dana berdaulat Arab Saudi.

Tidak lama selepas itu, Amanda Staveley yang mengetuai usaha peralihan pemilikan ini telah membuat kenyataan terbuka menyatakan ada 10 kelab yang telah menentang pemilikan tersebut.

Dan dua kepalanya adalah Liverpool dan Tottenham Hostpur yang dikatakan paling lantang menentang perjanjian tersebut.

Dipetik daripada The Times, Staveley sangat sedih apabila peranjian bernilai £300 juta itu dibatalkan dan ianya juga memberikan kesan kepada penyokong Newcastle.

Di mana sebelum ini mereka berimpian memiliki pasukan yang kaya raya. Ini kerana pemilik baharu itu jauh lebih kaya daripada pemilik Manchester City dan PSG.

Oleh kerana berangan itu sentiasa percuma, maka penyokong Newcastle telah berangan angan yang tidak tidak sebelum perjanjian disahkan.

Mereka sudah membayangkan, Kylian Mbappe, Gareth Bale, Kalidou Koulibaly, dan Mauricio Pochettino, antara nama yang sudah dilihat memakai jersi dengan belang putih hitam ikonik itu.

Namun perjanjian itu gagal kerana berlaku penentangan daripada pemilik lain di dalam Premier League.

Peraturan oleh Premier League, pemilik baharu dan ketua pengarah baharu perlu menjalani ujian khas dan mendapat sokongan 2/3 daripada pemilik lain.

Perkara itu gagal dilakukan oleh konsortium PIF, apabila ada 50% pasukan yang menentang pemilikan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, The Times melaporkan bahawa Mike Ashley kini mencari pembeli baharu.

Staveley mendedahkan: “Sudah tentulah, proses yang terlalu lambat ini memberikan kesan kepada semua ini.”

“Mereka memiliki masa untuk melakukannya, namun mereka menyatakan kami tidak menjawab beberapa soalan mereka. Sedangkan kami sudah melakukannya.

“Ada kelab lain di EPL yang tak mahu melihat perjanjian ini menjadi kenyataan.”

“Jelas sekali kami sangat kecewa. Kami sedih untuk para penyokong Newcastle, kerana mereka hampir melihat wang pelaburan masuk ke kelab mereka ketika berhadapan dengan krisis ekonomi daripada impak Brexit dan Covid, ini sangat penting untuk mereka.”

“Kegagalan ini adalah malapetaka buat mereka. Proses ini telah berlarutan dengan sangat lama, dan ada peluang terhidang di hadapan mata untuk membawa masuk pelabur.”

Staveley menafikan isu hak cipta penyiaran yang melibatkan beIN dan beoutQ di Timur Tengah juga menjadi isu.

Sebelum ini beIn telah meminta kesemua pemilik EPL menentang pemilikan itu kerana kerajaan Arab Saudi dilaporkan menjadi dalang kepada penyiaran haram EPL di negara mereka selepas konflik diplomasi di antara Qatar dan Arab Saudi.

Staveley kemudian menyatakan, walaubagaimanapun, mereka tetap berusaha menyelesaikan perkara itu.

Selain daripada isu hak cipta itu, PIF turut mendapat tentangan daripada Amnesty berkaitan dengan isu hak asasi manusia.

BACA:  Tipah Tertipu, Newcastle Kaji Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Milan Dan Tonali