Anthony Martial Pemain United Pertama Jaringkan Hatrick Selepas Era Alex Ferguson

Penantian selama tujuh tahun oleh Manchester United untuk melihat pemain mereka menjaringkan hatrik dalam premier league akhirnya terlerai.

Kemarau berpanjangan selama tujuh tahun itu berjaya ditamatkan oleh Anthony Martial dalam perlawanan menentang Sheffield United awal pagi tadi.

Martial menjadi pemain pertama setan merah mencipta hatrick sejak tahun 2013 dalam saingan premier league atau lebih tepat sejak era Sir Alex Ferguson berakhir di Old Trafford.

Ini juga merupakan hatrick pertama Anthony Martial dalam kerjaya profesional beliau di pentas premier league untuk pasukan Manchester United.

Martial musim ini cemerlang menjadi nadi utama dalam sistem serangan Ole Gunnar Solskjaer serta beliau sangat serasi bergandingan dengan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

Sama seperti situasi yang berlaku dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Anthony Martial menjadi watak penting dalam kemenangan besar United menewaskan Sheffield.

Seawal minit ke-7 perlawanan, Anthony Martial telah berjaya untuk membuka tirai jaringan dengan satu sentuhan pantas di hadapan gol hasil hantaran daripada Marcus Rashford.

Pujian harus diberikan kepada Rashford yang bijak membuat hantaran deras ke arah near post sebelum ditolak masuk oleh Martial menggegar gawang gol Sheffield.

Beberapa siri percubaan berjaya dilakukan oleh United pada 15 minit awal perlawanan dan keputusan masih lagi setan merah mendahului 1-0.

Pada minit ke-44, Anthony Martial sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk United hasil hantaran daripada Aaron Wan Bissaka.

Situasi yang hampir sama dengan gol pertama, Martial menjaringkan gol hasil sentuhan pantas selepas mendapat lorongan bola yang kemas dari AWB.

Separuh masa pertama tamat dengan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer mendahui Sheffield dengan keputusan 2-0.

Bermula babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan melakukan beberapa siri berbalas serangan, namun tiada sebarang gol berjaya dijaringkan.

Anthony Martial hampir sahaja mencatatkan Hat-Trick selepas mendapat peluang hasil dari kepintaran Paul Pogba menggelecek beberapa pemain Sheffield tapi sayangnya cubaan beliau meliar.

Pada minit ke-74, hasil umpanan daripada Marcus Rashford, Anthony Martial akhirnya berjaya menjaringkan gol ketiga untuk setan merah sekali gus berjaya untuk mencipta Hat-Trick pertama dalam kariernya.

Pemain Manchester United yang terakhir mencipta hatrick sebelum ini adalah Robin Van Persie yang melakukannya pada tahun 2013.

Van Persie mencatatkan hatrik tersebut 7 tahun dan 63 hari yang lalu ketika menentang Aston Villa pada tahun 2013. Ianya adalah 263 perlawanan EPL yang lalu.

BACA:  Golden Boy Yang Pernah Dianggap 'Next Henry' Hampir Pasti Tinggalkan Old Trafford Januari Ini