Antony Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Pukul Dada Palsu Bekas Kekasih

Pemain sayap Manchester United, Antony sudah pun merasai impak negatif daripada tersebarnya laporan dirinya terlibat dengan insiden keganasan terhadap bekas kekasihnya, Gabriela Cavallin.

Pemain itu telah pun digugurkan daripada skuad kebangsaan Brazil baru-baru ini menjelang jendela perlawanan antarabangsa FIFA September ini.

Setelah merasakan impak negatif daripada laporan tersebut, Antony akhirnya membuka mulut buat kali pertama berkaitan dakwaan tersebut.

Ia pasti tidak mudah kerana Cavallin turut membukti bukti kekerasan dan keganasan oleh Antony yang dilakukan terhadap bekas pemain Ajax itu.

Walaupun demikian Antony menegaskan tuduhan terhadapnya itu tidak benar. Antony juga dikatakan kini berusaha untuk mengumpulkan bukti-bukti untuk menentang dakwaan tersebut.

“Untuk menghormati peminat, rakan-rakan dan keluarga, saya berpendapat saya harus bersuara secara terbuka tentan pembohongan yang dilakukan sehingga memberikan kesan kepada saya,” tulis Antony seperti yang dipetik daripada Independent.

“Sejak awal saya telah menangani masalah ini dengan serius dan menghormati penuh semua pihak dengan memberikan klarifikasi yang dipinta oleh pihak polis.

“[Saya percaya] pihak polis akan melakukan siasatan berpaksikan keadilan. Oleh karena itu saya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut,” tambahnya lagi.

Cavallin mendakwa dirinya telah dipukul di bahagian dada dalam beberapa siri keganasan didakwa dilakukan oleh pemain itu. Persitiwa itu terjadi pada Januari lalu di Hotel Manchester.

Perkara itu menyebabkan Cavallin tercedera sehingga merosakkan implan dada yang dilakukannya.

Kemudian pada Mei lalu, Anthony didakwa melempar gelas berkaca ke arah bekas teman wanitanya itu sehingga menyebabkan kecederaan di jari tangan Cavallin.

BACA:  "Tak Berakal" - Penyokong Setan Merah Dihentam Kerana Lempar Objek Ke Arah Diego Simeone