Apa Itu Klausa Istimewa ‘Argentina’ Yang Ada Dalam Kontrak Messi Bersama PSG

Kontrak Lionel Messi bersama Paris Saint Germain mengandungi klausa Istimewa yang akan menjadikan Argentina sebagai keutamaan.

Selepas berita pengumuman yang Messi akan meninggalkan Barca dibuat, Paris Saint Germain dengan segera memulakan langkah untuk mendapatkan pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu.

Ia merupakan satu tamparan yang hebat untuk Barca kerana kehilangan bintang terhebat dunia yang sudah 21 tahun menabur bakti bersama mereka.

Lionel Messi telah menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama Paris Saint Germain, menjadikan beliau akan tinggal di ibu kota Perancis itu sehingga 2023.

Beliau juga turut diberikan tawaran lanjutan kontrak selama satu tahun seandainya mahu terus bersama PSG selepas tamat dua tahun perjanjian asal.

Pelbagai laporan yang menyatakan tentang kontrak Messi bersama PSG dan ada yang melaporkan bahawa Messi akan menerima €35 juta setahun (lepas cukai).

Ia bermaksud Messi akan menerima €2.91 juta sebulan atau lebih tepat lagi €729,000 seminggu, kurang dari apa yang beliau terima ketika bersama Barca, namun lebih tinggi dari tawaran baru Barcelona sebelum ini.

Media Argentina, TyC Sports telah mendedahkan tentang apa lagi yang terkandung dalam kontrak Messi bersama Paris Saint Germain.

Mereka menyatakan yang Messi akan lebih mengutamakan skuad kebangsaan Argentina jika ada perlawanan rasmi atau perlawanan persahabatan berbanding kelab.

Selepas kejayaan beliau membantu skuad kebangsaan Argentina untuk memenangi gelaran Copa America pada musim panas lalu, Messi komited untuk terus beri yang terbaik pada negaranya.

Beliau mahu terlibat dengan skuad Piala Dunia dan tentunya Messi akan sedaya upaya untuk membantu skuad kebangsaan Argentina menjulang Piala Dunia tahun hadapan.

Beliau juga menetapkan syarat yang PSG sama sekali tidak boleh menghalangnya jika beliau dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina.

Tambahan lagi, kedua-dua pihak telah bersetuju yang staff dari skuad kebangsaan Argentina akan dapat kebenaran untuk menggunakan segala kemudahan yang ada pada PSG.

Messi akan menjadi pemain Argentina keempat yang ada dalam skuad Paris Saint Germain ketika ini bersama Angel Di Maria, Leandro Paredes dan Mauro Icardi.

Messi bersama jersi bernombor 30 yang akan beliau pakai di Parc des Princes

Messi dilaporkan telah ditawarkan nombor 10 yang dipakai oleh sahabatnya, Neymar pada ketika ini, namun beliau menolak dengan baik dan membiarkan bekas rakan sepasukannya itu terus memakai nombor tersebut.

Messi akhirnya memutuskan untuk memakai jersi bernombor 30 yang mana ia merupakan nombor yang beliau pakai ketika debutnya bersama Barcelona sebelum ini.

Menariknya lagi, peraturan Ligue 1 sebelum ini telah menegaskan yang hanya penjaga gol sahaja yang akan dibenarkan memakai nombor tersebut, namun mereka telah membuat pengecualian hanya untuk Messi.

Atas alasan yang hampir sama jugalah menyebabkan Barcelona tidak mampu untuk ‘retire No.10’ di Nou Camp bagi menghormati pemergian legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu.

Bintang berusia 34 tahun itu akan melakukan debutnya ketika beraksi bertemu Strasbourg pada hujung minggu ini, dengan peminat sudah tidak sabar untuk melihat aksi Messi ketika menyarung jersi PSG.

Paris Saint Germain pada jendela perpindahan musim panas ini, mereka telah berjaya melakukan penandatanganan paling berbaloi dalam sejarah dunia bola sepak.

PSG berjaya menandatangani Sergio Ramos, Wijnaldum, Donnarumma dan Lionel Messi secara percuma sahaja, selepas kesemua pemain itu meninggalkan pasukan masing-masing sebagai pemain berstatus free ejen.

Kesemua pemain itu juga merupakan pemain berprofil tinggi dan tidak keterlaluan untuk menganggap kesemua mereka merupakan yang terhebat di dunia di posisi masing-masing.

Tidak mengejutkan andai PSG akan berjaya untuk menjulang gelaran Champions League pertama mereka pada musim hadapan, selepas mereka bakal membariskan pemain berkelas dunia dalam skuad utama nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Maradona: Messi Bukan Seorang Pemimpin, Dia Ke Tandas 20 Kali Sebelum Perlawanan