Arteta Mengamuk VAR Memalukan, Namun Dulu Dia Minta Liverpool Respect VAR

Mikel Arteta mengggunakan sidang media selepas perlawanan sebagai medan melepaskan geram kepada VAR. Ini selepas VAR tidak membatalkan gol Anthony Gordon yang dianggap tidak sah.

Arteta menjelaskan sebenarnya ada banyak insiden yang membuatkan gol itu harus dibatalkan. Selain daripada bola yang sudah melintasi garisan, Arteta yakin ada kekasaran dibuat ke atas pertahanan beliau.

Arteta juga menyatakan dia malu dan marah dengan apa yang berlaku pada hari semalam.

Arsenal kalah 1-0 di tangan Newcastle di St James Park. Bekas bakal juara EPL musim lalu itu tampil dominan namun ditipu oleh VAR.

Gol tunggal Anthony Gordon minit ke-64 membuatkan Arsenal kini menelan kekalahan pertama mereka musim ini.

Arteta berkata: “Kita harus bercakap tentang keputusan kerana kita juga harus bercakap tentang neraka bagaimana gol itu boleh diberikan? Luar biasa sekali.”

“Saya merasa sangat malu, namun saya harus berada di sini sebagai seorang yang bertanggungjawab mempertahankan kelab saya. Ianya sesuatu memalukan apabila gol itu diberikan.”

Arteta kemudian ditanya kenapa dia menggunakan istilah memalukan, dia berkata: “Sebab gol itu tak sah. Ada banyak insiden di dalamnya yang membatalkan gol itu, sekurang kurangnya lebih 1.”

“Saya malu sebab selepas 20 tahun saya berada di negara ini, apa yang berlaku hari ini jauh daripada standard Liga Perdana Inggeris sebagai liga terbaik di dunia.”

“Saya harus memuji pemain pemain saya di atas cara mereka bermain. Untuk melalui permainan seperti ini, ianya membuatkan saya sakit.”

Kemarahan Arteta kepada VAR itu membuatkan peminat mengorek kenyataan Arteta sebelum ini yang menyatakan bahawa dia sentiasa hormat kepada VAR sebagai teknologi yang sentiasa membuat keputusan terbaik di atas padang.

Arteta memberikan komen insiden melibatkan Luis Diaz ketika menentang Spurs. Arteta meminta Liverpool tak perlu merungut tentang VAR sebaliknya hormati mereka.

Menurut Arteta: “Dia macam ni la, VAR ni mereka cuba membuat keputusan terbaik di atas padang. Dan kita harus faham bahawa kesilapan seperti itu boleh berlaku.”

Arteta menyeru agar semua pihak menghormati pengadil dan VAR yang sudah berusaha untuk mengadili perlawanan dengan sebaiknya.

Arteta menambah: “Dah tentu, akhirnya kamu nak keputusan pengadil seperti yang sepatutnya. Kamu nak mengurangkan kesilapan yang kamu tak boleh elakkan dalam kerja seharian kamu. Semua orang sudah cuba sedaya upaya untuk kekal bersih dan jujur dalam perlawanan.”

“Namun pada akhirnya, kamu juga berhak menang berdasarkan peraturan dan undang undang yang ditetapkan.”

BACA:  Arteta Tak Sengaja Dedah Pemain Arsenal Hidup Bahagia Berkongsi Rumah Dan Isteri