Bagaimana Kebijaksaan Pep Guardiola Menukar Taktikal Pasukannya Ketika Perlawanan Berlangsung

Dalam perlawanan bola sepak kita sering melihat pengurus atau ketua jurulatih menjerit dari kawasan teknikal. Ada juga yang menggunakan isyarat tangan atau bercakap dengan pemain di tepi garisan.

Ini adalah pemandangan biasa.

Apabila Pep Guardiola mendapat idea, dia cukup berminat untuk melaksanakan dengan segera dengan harapan perubahan taktikal dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasukannya.

Perubahan taktikal itu biasanya mengubah bentuk (shape) atau perubahan dalam pendekatan permainan. Kerumitan untuk menyampaikan memberi maklumat kepada pemain menyebabkan Guardiola perlu menunggu sehingga rehat separuh masa.

Namun, jika ada peluang untuk menyampaikan mesej kepada pemain, Guardiola akan menggunakan kesempatan itu. Ia boleh berlaku ketika permainan berhenti kerana kecederaan, ketika pertukaran pemain bahkan ketika bola keluar dan lontaran ke dalam.

Guardiola mahir menyampaikan mesej dengan cara yang mudah dihadam oleh para pemainnya. Dia akan memberitahu apa yang perlu diubah untuk pemain melaksanakannya dengan berkesan di atas padang.

Berikut adalah beberapa contoh bagaimana ia berfungsi.

Mei 2023; lawan Newcastle

Pada Mei lepas ketika City menjadi tuan rumah kepada Newcastle, Guardiola memberitahu sesuatu kepada pemainnya ketika lontaran kedalam. ia berlaku ketika lontaran ke dalam.

Bentuk awal City ketika mereka menguasai bola dalam perlawanan itu adalah lopsided 4-2-3-1 dengan Kevin De Bruyne melakukan bebanan (overloading) di bahagian kiri mereka. Lopsided bermaksud satu bahagian berada lebih rendah berbanding satu bahagian lain.

Masalah yang dihadapai oleh City pada awal permainan ialah Joao Cancelo yang beroperasi sebagai bek-kanan tidak naik ke kawasan atas. Ia bermakna pertahanan Newcastle boleh memberi fokus kepada bahagian De Bruyne atau dimana bola itu berada.

13 minit selepas perlawanan dimainkan, Guardiola menangkap Cancelo di garisan tepi dan membuat isyarat dengan tangannya yang mungkin membayangkan dia mahu Cancelo melakukan larian yang lebih agresif di bahagian satu pertiga-atas (final third).

Selepas detik Guardiola memberitahu sesuatu kepada Cancelo, pemain itu kelihatan berada lebih tinggi di kawasan lawan dan Raheem Sterling bergerak masuk ke bahagian-dalam.

Beberapa detik kemudian, hantaran lintang dari De Bruyne di sebelah kiri diserang oleh Cancelo. Kedudukan Sterling yang berada ke kawasan tengah telah mengheret bek-kiri lawan, Matt Targett.

Perubahan itu telah membuka ruang kepada Cancelo untuk melepaskan satu percubaan (tersasar).

Dalam larian dibawah, ia telah membuahkan hasil apabila Cancelo membantu Sterling untuk menjaringkan gol pertama. Keputusan akhir perlawanan ini adalah 5-0.

Dalam pembinaan (build up), Cancelo berada di sebelah kanan sedang meminta bola dari Ilkay Gundogan tetapi pemain Jerman itu memilih untuk memberinya kepada Jack Grealish yang berada di sebelah kiri.

Apabila Grealish mengembalikan bola kepada Gondugan, Cancelo terus membuat larian (arched run) untuk menyerang ruang bahagian dalam Targett. Sterling pula berada di posisi tengah.

Hantaran Gundogan (chipped pass) menemui Cancelo dan dia menanduk bola melintasi gawang untuk Sterling menolak bola masuk ke dalam gawang Newcastle.

Ini bukanlah perubahan (taktikal) besar dalam pendekatan permainan tetapi telah membantu City sepanjang perjalanannya untuk memenangi Liga Perdana kedua berturut-turut.

Oktober 2022; lawan Brighton

Ini salah satu lagi contoh detik Guardiola memberitahu sesuatu kepada pemainnya di garisan tepi padang.

Dalam kemenangan 3-1 ke atas Brighton, Guardiola menggunakan peluang menyampaikan sesuatu kepada pemainnya.

Ia dilakukan apabila perlawanan dihentikan oleh pengadil perlawanan. Ketika itu City sedang berhadapan dengan lawan yang menggunakan pendekatan man marking.

Ketika dalam penguasaan bola, City menggunakan bentuk 3-1-3-3 dengan Bernardo Silva berada di bahagian tengah dari 3 pemain-tengah.

Masalah yang dihadapai City adalah, mereka tidak dapat menghantar bola ke kawasan atas kerana man marking Brighton cukup berkesan.

Selepas hanya tujuh minit permainan dimulakan, Guardiola memanggil Erling Haaland, Bernardo, Ruben Dias dan penjaga gol Ederson untuk menyampaikan penyelesaian.

“Kami tahu mereka (Brighton) boleh melakukan man to man, tetapi sejujurnya kami tidak menjangkakannya ia sebaik itu.”

“Selepas lima minit permainan kami menyedari bahawa mereka akan mengikut kami ke mana-mana terutamanya di bahagian tengah,” kata Bernardo

“Jadi Pep mengubah sedikit permainan dengan apa yang dia rasa lebih baik. Perubahan itu membuatkan saya lebih dekat dengan Rodri untuk menarik pemain lawan kepada saya dan cuba bermain dengan Erling di between the line.”

“Ia bertujuan untuk memberi lebih banyak ruang kepada Erling, kerana jika saya dekat dengan Erling saya akan mengambil ruangnya.”

“Mendekatkan diri saya dengan Rodri dan rakan pertahanan ia akan menarik lebih ramai pemain lawan, kemudian memberi ruang yang lebih besar kepada pemain hadapan kami untuk melakukan larian.”

Perubahan yang dilakukan oleh Guardiola cukup berkesan. City berjaya menjaringkan gol pembukaan selepas 15 minit ia dilakukan.

Bernardo turun lebih kebawah dan mengheret pemain lawan yang menandanya. Kemudian Ederson melakukan hantaran-panjang ke ruang di belakang pertahanan Brighton untuk mecari Haaland yang terpencil dari rakan sepasukannya.

Robert Sanchez meluru keluar untuk menghalang Haaland namun penyerang itu berjaya menewaskannya.

Walaupun perubahan kecil itu membantu City berada di hadapan namun City cukup menderita dalam perlawanan tersebut.

Ederson hanya berjaya menyempurnakan 3 dari 21 hantaran-panjang. City mengakui mereka tidak biasa dengan corak permainan sedemikian.

“Cara mereka bermain menuntut sesuatu yang kami melakukan sesuatu yang tidak biasa untuk kami,” kata Guardiola selepas perlawanan.

“Tetapi sudah tentu, apabila kami berdepan dengan banyak pasukan yang bermain dengan cara ini, kami akan bertambah baik. Kami akan berlatih, kami akan faham apa yang perlu kami lakukan.”

Ogos 2023; lawan Burnley

Selepas banyak berdepan lawan yang menggunakan pendekatan man to man marking sepanjang musim 2022-23, Guardiola dan pemainnya lebih bersedia untuk menghadapi situasi itu pada musim ini.

Seawal perlawanan pertama City sudah berhadapan dengan pasukan yang bermain cara itu. Tanpa bola, Burnley membina bentuk 5-3-2 untuk menentang 3-2-4-1 City.

Bentuk City dalam pembinaan (build up) berubah dengan Rico Lewis naik lebih tinggi dan Julian Alvarez berada di kedudukan lebih central tetapi Burnley dapat menyesuaikan diri dan memastikan mereka menanda pemain yang bebas.

Dalam gambar dibawah, bek-tengah sebelah-kanan, Ameen Al-Dakhil memberi isyarat kepada rakan pemain-tengah, Josh Cullen untuk turun menanda Alvarez. Al-Dakhil bergerak ke hadapan untuk menekan Lewis. Burnley juga mengekalkan situasi 3 lawan 3 di bahagian atas padang.

“Kami bernasib baik kerana membunuh perlawanan lebih awal melalui gol daripada Erling,” kata Guardiola.

“Tetapi selepas itu, kami sendiri yang mencipta masalah dengan bermain hantaran menentang man to man (Burnley). Itu tidak betul.”

Kecederaan yang dialami De Bruyne pada minit ke-21 membolehkan Guardiola berbincang dengan pembantunya, Juanma Lillo sebelum mengumpul pemain untuk menyampaikan idea.

Apabila permainan disambung semula bentuk City ketika bersama bola telah berubah. Lewis berada di posisi bek kiri, Bernardo berpindah ke bahagian-tengah bersama Kovacic dan Alvarez menjadi pemain sayap kiri dalam formasi 4-3-3.

Ideanya adalah Lewis dan Kyle Walker akan push forward ke bahagian atas padang, bek sayap Burnley akan disematkan ke belakang.

Sementara itu di bahagian tengah, Alvarez dan Phil Foden akan berkeliaran dan bertukar posisi untuk mewujudkan situasi sukar kepada pertahanan-tengah Burnley untuk mengikut mereka.

“Ia merupakan momen (sekitar) 30 minit (atau) 35; iaseperti, Bernardo: turun, Mateo: turun, Julian: turun dan Phil: turun dan kami menyerang melalui bek-sayap. Cipta banyak, banyak, banyak hantaran dan itulah kuncinya,” kata Guardiola selepas perlawanan.

Perubahan dalam pendekatan permainan itu telah membantu City meningkatkan penguasaan bola dan kedudukan yang rapat Foden dan Alvarez menjadikan mereka lebih sukar untuk dijejaki oleh pemain lawan.

Gambar dibawah, sebelum gol kedua City terhasil, kita boleh melihat Alvarez bebas di belakang bahagian-tengah Burnley. Foden ditanda oleh Vitinho dan Walker bersedia menyerang ruang di belakang Burnley.

Selepas City mengedarkan bola, Foden turun kebawah untuk menawarkan pilihan hantaran. Vitinho berada agak jauh dari Foden dan apabila Vitinho cuba mendapatkannya, Foden melihat Walker berlari di ruang di belakang yang ditinggalkan oleh pertahanan Burnley itu.

Apa yang berlaku selepas itu, Alvarez yang bermain lebih kebawah berbanding Haaland telah berada jauh dari mana-mana pemain Burnley.

Ia memberi masa kepadanya untuk bermain bersama Haaland yang kemudiannya disempurnakan oleh penyerang Norway itu.

Pada babak kedua, City terus mengeksploitasi man marking Burnley dengan menjarakkan pemainnya dengan Haaland. City bermain hantaran-panjang, menghantar bola terus kepada Haaland.

Ketepatan hantaran-panjang Ederson telah meningkat jika berbanding ketika pertemuan dengan Brighton pada musim lalu. Dia menyempurnakan 16 daripada 28 long pass.

1 daripada 3 jaringan City berpunca dari hantaran-panjang, Ederson melakukan hantaran-panjang kepada Haaland dan pemain itu dijatuhkan. Dari sepakan percuma yang diperolehi, City kemudiannya menjaringkan gol.

Kesimpulan

Seorang pengurus atau jurulatih melakukan perubahan melalui perbincangan singkat ketika perlawanan dihentikan bukanlah sesuatu yang hebat. Situasi ini sentiasa berlaku dalam mana-mana perlawanan.

Tetapi keberkesanan dalam perubahan permainan itu lah menjadi sesuatu yang mengagumkan – bagaimana pemain memahami idea yang diberikan dan melaksanakannya dengan cepat.

Sumber: Ahmed Waled

BACA:  Aksi Mo Salah Bertemu City Membuktikan Beliau Yang Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini