Bagaimana Manchester City Muncul Sebagai Raja Pembangunan Dan Penjual Pemain

Pemain sayap Manchester City, Carlos Borges dilaporkan semakin hampir menyertai Ajax. Kelab dari Belanda itu bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak £17.2 juta.

Sama seperti ketika Romeo Lavia dijual ke Southampton pada musim sebelumnya, City juga memasukkan klausa buyback option dan sell on sebanyak 20% dimana City boleh membelinya semula pada masa hadapan dan sebarang jualan ke kelab lain, 20% nilainya akan menjadi milik City.

Pada awalnya pemain berusia 19 tahun itu dijangka akan menyertai West Ham sehinggalah Ajax datang membelinya. Hari ini Burges akan pergi melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memuktamadkan perpindahannya ke kelab Eredivisie itu.

Borges merupakan pemain akademi City yang belum mendapat tempat dalam pasukan senior. Pada musim lepas dia bermain di PL2, sebuah liga simpanan yang dimainkan oleh pasukan B21 tahun. Borges menjaringkan 29 gol dalam 33 penampilan dan muncul sebagai penjaring terbanyak liga tersebut.

Borges bakal menjadi pemain akademi ketiga yang berjaya dijual oleh City pada jendela kali ini. Sebelum ini City telah menjual Shea Charles kepada Southampton pada harga £10.5 juta, angka tersebut boleh meningkat sehingga £15 juta.

Selepas itu City menjual James Trafford kepada Burnley pada harga £19 juta. Trafford merupakan satu kisah kejayaan dengan cara berbeza – dalam kebijaksaan City membuat duit dari pemain akademinya.

Trafford dipinjamkan ke League One selama dua musim kemudian dia mendapat 78 perlawanan utama di divisyen tersebut. Angka tersebut cukup baik bagi seorang pemain berusia 20 tahun dan Burnley hadir dengan pakej tawaran £19 juta.

Harga Trafford meningkat kerana kecemerlangannya membantu England B21 tahun menjuarai kejohanan Eropah (2023). England tidak melepaskan sebarang gol sepanjang kejohanan tersebut. Penjaga golnya ialah Trafford.

Melalui 3 pemain akademi yang belum mendapat penampilan senior di City, kelab ini berjaya mengutip hasil sebanyak £46.7 juta, angka ini masih boleh ditingkatkan melalui klausa sell on (20%).

City meraih banyak wang dari klausa ini, sebagai contoh ketika Manchester United membeli Jason Sancho dari Borrusia Dortmund, mereka mendapat bahagiannya sekitar £10 juta. City meraih wang sebanyak £7.2 juta ketika Pedro Porro berpindah ke Spurs dari Sporting CP.

Pada musim lepas City telah berbelanja besar untuk membawa masuk Erling Haaland dan Kalvin Phillips. Mereka juga membeli Manuel Akanji, Sergio Gomez dan Maximo Perrone. City mengeluarkan wang sebanyak £128 juta untuk kesemua pemain diatas.

Namun sejak beberapa musim lepas, City juga dikenali sebagai penjual yang hebat. Ketika mereka membeli sebanyak £128 juta, dalam masa sama mereka juga menjual sebanyak £180 juta, dimana hampir £40 juta darinya datang dari pemain akademinya.

Corak ini berterusan pada musim ini, malah City sudah mendapat lebih dari musim lepas – hasil jualan pemain akademinya.

Di England, pada hari ini Akademi City dan Chelsea adalah yang terbaik. Pemain akademinya mempunyai harga tinggi sama seperti ketika Manchester United ketika era Sir Alex Ferguson.

Tommy Doyle (21 tahun), Taylor Harwood-Bellis (21) dan Callum Doyle (19) boleh dijual dengan nilai tujuh angka. Josh Wilson-Esbrand (20), Luke Mbete (19). ) dan Finley Burns (20) dipinjam keluar untuk mendapatkan minit permainan dan nilai mereka akan terus meningkat.

Jika kesemua pemain ini berjaya dijual pada harga purata £10 juta seperti jualan pemain mudanya sebelum ini, ia akan membawa hasil sebanyak £60 juta untuk City pada masa hadapan.

Inilah nilai sekumpulan pemain yang menjuarai PL2 selama 3 musim berturut-turut. City sekarang adalah pengeluar pemain muda bernilai tinggi, sama seperti Chelsea.

Senarai juara Premier League 2 (B21)
Senarai juara Premier League B19
BACA:  Kenali Micah Hamilton, Budak Milo Di Etihad Yang Menjadi Bintang Baharu Man City