Bagaimana Rancangan Kewangan Hebat Manchester United Sehingga Mereka Mampu Berbelanja Besar Tahun Ini

Bila sebut Manchester United, pasti kita akan terbayang satu kelab yang mana para penyokongnya tak sudah-sudah ber-throwback cerita di zaman kegemilangan kelab tersebut ketika di bawah kendalian Alex Ferguson, atau lebih mesra disapa Pak Alex.

Zaman selepas Pak Alex, kelab ini bagaikan limbo prestasi mereka – terhuyung-hayang tanpa hala tuju yang jelas, sehinggalah lagenda kelab dilantik menduduki kerusi pengurus pasukan utama mereka.

Walaupun sendu tanpa memenangi piala, kelab Syaithon Merah ini masih mampu berbelanja dengan besar, terutamanya pada musim panas ini di mana mereka telah membeli pemain sayap dari Borussia Dortmund, Jadon Sancho, serta pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane.

Jumlah yuran perpindahan kedua-dua pemain ini adalah £108.9 juta, dan jumlah ini bukanlah sedikit.

Seteru utama mereka, Liverpool, pada musim panas ini hanya mampu berbelanja sebanya £36 juta membeli Ibrahim Konate dari RB Leipzig.

Ketika ditanya oleh wartawan sebelum perlawanan menentang Norwich City tempoh hari, pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyatakan bahawa dia pun hairan bagaimana United mampu berbelanja besar pada tahun ini.

“Kita semua tahu situasi di Chelsea dan [Manchester] City dan Paris Saint-Germain,” ujar Klopp.

“Apa yang United buat, aku tak tahu macam mana deme buat macam mana.

“Kami ada cara kami sendiri untuk buat ni. Kami dibenarkan untuk belanja duit yang kami dapat, seperti mana yang selalu kami buat.

“Tapi tahun ni kami belanja sebelum kami dapat duit masuk dengan membeli Konate sebab selepas musim lepas, kami tak boleh nak ambil risiko dalam posisi ni [merujuk kepada kecederaan di kalangan pemain pertahanan Liverpool].

“Aku tak pernah terkejut dengan kuasa kewangan pasokan Chelsea, City atau United – aku dah ada kat sini lama dan tahu yang deme  tu tahu macam mana nak buat.”

Kalau ikutkan, Liverpool perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya tiga pemain kerana rata-rata tonggak pasukan mereka sudahpun mencecah usia 30-an dan usia ini adalah usia yang boleh dikatakan sebagai fasa akhir dalam bola sepak.

Lagi pula, pada usia begini para pemain yang mengalami kecederaan terpaksa mengambil masa yang sedikit lama untuk pulih seperti biasa.

Jadi persoalannya, kenapa kelab yang tak power seperti United boleh belanja lebih, berbanding Liverpool yang power?

Bila kita bercakap tentang perbelanjaan pembelian pemain, kita ketepikan terlebih dahulu dua kelab – Manchester City dan Chelsea – kerana kedua-dua kelab ini mendapat suntikan kewangan daripada pemilik kelab setiap kali mereka terjun masuk ke pasaran pemain.

Berbeza dengan United, mereka mendapat pemilik yang bukan membantu salurkan kewangan kepada kelab, tetapi mentakedarah hasil daripada kelab.

Kalau tengok rekod kewangan United sekarang ini, mereka merekodkan prestasi yang jauh ke depan berbanding gergasi lain di Eropah.

Barcelona kini mendapati mereka berada dalam keadaan sukar dengan hutang pasukan sudahpun mencecah €1.35 billion sehingga terpaksa melepaskan lagenda dan kapten, Lionel Messi, yang baru sahaja menyertai Paris Saint-Germain secara percuma.

Seteru mereka, Real Madrid, pada awal tahun ini memperlihatkan akaun mereka yang berhutan sebanyak €901 juta. Demi ‘Projek Mbappe’, mereka terpaksa melepaskan dua bintang pertahanan mereka.

Sergio Ramos dilepaskan kerana ingin mengosongkan sedikit ruang dalam bajet pembayaran gaji, manakala Varane pula dijual untuk mendapatkan tunai segera.

Bagaimana United masih mampu berbelanja besar?

Covid-19 telah menyebabkan United hilang £150 juta daripada jangkaan pendapatan dengan punca utamanya adalah para penyokong yang tidak dibenarkan hadir ke stadium dan juga rebat dalam pembayaran hak penyiaran.

Tetapi keuntungan komersial telah membantu pasukan ini mendapat pulangan yang cukup untuk membantu operasi kelab.

Secara keseluruhannya keuntungan United direkodkan sebanyak £509 juta, dengan Liverpool pula sebanyak £489.9 juta.

Manchester City mencatatkan keuntungan £478.4 juta dan Chelsea £407.4 juta.

Dengan jumlah pendapatan kelab yang hanya berbeza £20 juta, tak pasti Klopp memaki dalam diam atau tidak terhadap pembesar kelab kerana tidak diberikan bajet yang besar untuk berbelanja pada musim panas ini.

Sebelum ni United telah berbelanja besar di mana mereka membeli Harry Maguire pada nilai £80 juta dan Bruno Fernandes yang berharga £47 juta.

Pembelian kedua-dua pemain ini tidaklah dibayar secara terus totalnya, dan mereka membayar secara ansurans. Ini membolehkan kelab masih mempunyai baki kewangan yang cukup untuk meneruskan operasi.

Begitu juga dalam cerita pembelian pemain tengah, Donny Van De Beek yang dibeli pada harga £40 juta. Sehingga kini United difahamkan masih ada hutang £10 juta dengan Ajax Amsterdam.

Dalam cerita pembelian Varance dan Sancho, mereka dijadualkan untuk membayar jumlah keseluruhan yuran perpindahan secara ansuran dalam tempoh lima tahun.

Dari segi keuntungan pula, United berjaya membawa masuk duit sebanyak £62.6 juta dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember 2020, susut 11.3 peratus berbanding tahun sebelumnya namun masih dikira sebagai jumlah yang besar.

Lagi pula, United bakal mendapat £3.4 juta daripada perpindahan Romelu Lukaku ke Chelsea dari Inter Milan, selepas mereka meletakkan klausa khas ketika pemain itu berpindah dari Old Trafford ke Serie A.

Pada masa yang sama, Aston Villa juga dikenakan bayaran untuk meminjam Axel Tuanzebe selama semusim.

Dengan lebih banyak pendapatan dijagka dapat dijana oleh kelab, ada sumber dalaman mengatakan bahawa Ole Gunnar Solksjaer akan membawa seorang lagi pemain baru ke Old Trafford.

Pemain tersebut adalah Ronaldo. Dengan kuasa pembelian yang power dengan pemain handalan dunia, Manchester United bermain seperti mahu merebut tempat di zon penyingkiran.

Akhirnya Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan dicanang-canang akan menjadi kembali hebat di bawah Ralf Rangnick.

Andai musim ini United masih gagal merekodkan sebarang kejuaraan, sekurang-kurangnya mereka sudah pun menjadi juara dalam liga kewangan, ye dak?

Sumber : TheAthletic

BACA:  Manchester United Terciduk Lagi Dan Laluan Ke Champions League Makin Sukar