Raphael Varane Disambut Penuh Meriah Di Old Trafford Sebelum Sepak Mula United Bertemu Leeds

Penandatanganan musim panas Manchester United, Raphael Varane disambut penuh meriah di hadapan para penyokong setan merah sebelum sepak mula bertemu Leeds United.

Manchester United melayan kunjungan Leeds United ke bumi Old Trafford untuk aksi perlawanan pertama saingan premier league musim 2021/22.

Pemain berpengalaman yang pernah menjulang empat kali gelaran Champions League sepanjang kariernya itu telah melengkapkan perpindahan bernilai £42 juta dari Real Madrid ke Old Trafford.

Beliau telah menyelesaikan medical pada awal minggu ini di Carrington sebelum diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United di Old Trafford hari ini.

Beliau telah menandatangani perjanjian selama empat tahun bersama setan merah dan telah diumumkan sebagai pemain United sebelum sepak mula bertemu Leeds.

Dengan rekod pernah membantu Real Madrid memenangi pelbagai kejuaraan termasuk tiga kali gelaran La Liga, pemain centre-back Perancis itu tentunya akan membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dengan pengalaman yang beliau miliki.

Bintang berusia 28 tahun itu telah membuat 79 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis dan turut membantu negaranya memenangi gelaran Piala Dunia pada tahun 2018.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand turut mendedahkan yang beliau sangat menggemari Varane, namun turut mempunyai sedikit keraguan adakah bintang Perancis itu mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak Inggeris.

“Dia perlu faham yang permainan bola sepak Inggeris berbeza. Kamu perlu berdepan dengan Burnley dan pasukan seperti itu.”

Jelas Rio di saluran Youtube miliknya.

“Kadang kala ia laju kadang tidak, corak permainan dalam saingan Premier League sangat berbeza dengan permainan beliau pernah main sebelum ini. Boleh dia biasakan diri? Itu persoalan yang dia perlu jawab.”

“Bola akan selalu berada di kawasan dia jadi dia kena selalu beri tumpuan, hantaran silang datang dari pelbagai arah, dan saya rasa dia tak pernah berdepan situasi seperti itu di Sepanyol.”

“Jadi dia tentunya akan diminta untuk bermain dengan cara yang berbeza dan di situlah dia perlu tunjukkan kemampuan sebenar dia. Tapi bolehkah dia biasakan diri? Itu persoalan sebenar.”

“Saya secara jujurnya percaya dia ada kemampuan untuk lakukan semua itu.”

Bekas pemain Manchester City dan England, Danny Mills percaya yang Varane memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam saingan Premier League.

Ini bukanlah kali pertama Mills bercakap tentang bagaimana Varane mahu menyesuaikan diri dalam saingan Premier League.

Dalam satu temu bual berdama talkSPORT, legenda berusia 44 tahun itu pernah mempertikaikan sama ada Varane mampu atau tidak beraksi dalam saingan bola sepak Inggeris.

“Jika semua pasukan dalam saingan Premier League menjadi semakin bagus, mereka juga mungkin boleh mencuri mata ketika bertemu Manchester United.”

Jelas bekas pemain full-back Manchester City itu.

“Rekod bermain di tempat lawan mereka, Manchester United sangat bagus ketika beraksi di tempat lawan, betul kan? Saya tak rasa mereka akan kekalkan rekod itu pada musim baru ini.”

“Kamu tahu Varane memang seorang pemain yang bagus, tapi sekali lagi, kita tak akan tahu macam mana aksi dia nanti, bagaimana dia bermain dalam premier league nanti.”

Sumber: SB

BACA:  Penyokong Manchester United Serang Instagram Raphael Varane, Merayu Sertai Syaitan Merah