Raphael Varane Ke Man United: Kepantasan Memuktamadkan Rundingan Yang Mengejutkan Dunia

Penyokong Man United sudah biasa melihat kelabnya berunding atau bersaing dengan Real Madrid berkaitan perpindahan pemain. Dari Sergio Ramos, Cristiano Ronaldo sehingga Gareth Bale dan yang terakhir adalah Raphael Varane.

Pada dekad lepas kedua-dua bersaing sengit untuk mendapatkan Karim Benzema yang akhirnya dimenangi oleh Real Madrid. Pada awal minggu lepas, naib ketua eksekutif United Ed Woodward telah pulang dari percutian untuk memuktamadkan perjanjian pembelian Varane.

Kepantasan rundingan tersebut amat luar biasa, ia belaku selepas Matt Jugde berkata pembelian itu tidak mungkin akan terjadi. Jugde merupakan salah seorang perunding pembelian pemain di Man United.

Perjanjian dicapai pada harga £34 juta ditambah dengan beberapa klausa tambahan. Man United akan memberi kontrak selama 4 tahun kepada Varane. Varane akan meraih 5% dari yuran perpindahan tersebut.

Salah satu faktor penting kenapa rundingan tersebut dapat dimuktamadkan dengan cepat ialah kerana keinginan Varane mahu bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL). Sementara itu di pihak Real Madrid mereka sangat memerlukan wang.

Varane dijangka mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Madrid dan terbang ke Manchester pada akhir minggu ini selepas dia dan keluarganya sudah mendapat visa.

Varane perlu menjalani proses kuarantin sebelum melakukan uijian kesihatan, tetapi semua syarat peribadi telah dipersetujui dan kontrak akan ditandatangani setelah perubatan.

Berikut adalah 7 perkara tentang perpindahan Varane ke Man United

1. Mengapa Man United yakin untuk menandatangani Varane
2. Sebab-sebab Real Madrid melepaskannya
3. Apa kemungkinan masa depan bagi pertahanan tengah Man United yang lain
4. Bagaimana Varane di dalam dan di luar padang
5. Pilihan lain Man United yang mereka pertimbangkan
6. Pemain baharu seterusnya bergantung kepada penjualan pemain
7. Bagaimana Varane mengingatkan penyokong kepada Rio Ferdinand

Sikap dan respon Man United

Varane benar-benar mahu ke Old Trafford. Hasrat itu telah dikeluarkan dengan jelas oleh ejennya pada awal tahun ini. Mereka mengatakan Varane mahu bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Secara kebetulan Man United sedang mencari seorang bek tengah (center back) baru bagi menyelesaikan beberapa masalah yang mereka hadapi sebelum ini.

Setahun sebelum itu, Man United mengatakan kepada ejen bahawa mereka tidak memerlukan center back walaupun mereka hanya mempunyai Axel Tuanzebe yang kurang pengalaman di peringkat tertinggi disamping Phil Jones dan Eric Bailly yang sering mengalami masalah kecederaan.

Man United tidak ‘masuk’ dalam persaingan mendapatkan Nathan Ake, James Tarkowski dan Thiago Silva malah tidak menunjukkan minat terhadap Dayot Upamecano. Akhirnya ‘sikap’ Man United berubah.

Man United memberi perhatian serius selepas Varane sedang mempertimbangkan secara serius tentang niatnya untuk bermain di England. Varane mula dipantau dengan cermat oleh Man united. Dalam masa yang sama kelab juga memerhati Jules Kounde dari Sevilla, Pau Torres (Villarreal) dan Tyrone Mings (Aston Villa).

Ketiga-tiga pemain ini mempunyai karektor dan kemampuan yang tersendiri tetapi Man united sering merasakan Varane seperti Rolls Royce walaupun dia tidak mempunyai aksi memukau di EURO 2020.

Di Carrington pula, para jurulatih dan pemantau bakat bersetuju Varane mempunyai kepantasan yang hebat, keunggulan teknikal tinggi dan kemampuan di udara padu. Ia mungkin faedah yang diraih Varane selepas berlatih bersama dengan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

Varane mempunyai rekod kecederaan lutut tetapi statistik dia masih menyakinkan. Purata Varane bermain setiap musim bersama Real Madrid adalah 41 perlawanan sepanjang 7 musim. United merasakan cukup baik memiliki pertahanan yang mempunyai ketinggian, kepantasan dan berkemahiran tinggi.

Pengalaman Varane bermain di Liga Juara Eropah (4 medal kejuaraan) merupakan satu lagi kelebihan dan dia dianggap salah satu center back terbaik dunia. Rakan senegaranya, Patrice Evra bersetuju dengan pengiktirafan itu.

“Varane mengingatkan saya kepada Rio Ferdinand.” kata Evra

“Hebat dengan bola. Hebat di udara. Dia merupakan bek tengah yang lengkap.”

“Saya masih ingat permainan pertama saya dengan Varane dengan skuad kebangsaan Perancis dan saya sangat kagum.”

“Dia masih muda namun begitu bagus dengan bola, laju dan jangkaannya sempurna.”

“Dia tenang dengan bola dan dia boleh menjaringkan gol. Ini merupakan pembelian berprofil tinggi (top signing) buat Man United.”

Menurut akhbar terkenal Sepanyol: Kenapa Real Madrid melepaskannya?

Menurut Daid Alvarez dari El Pais, sebuah akhbar arus perdana yang dihormati di Sepanyol.

Anda tidak akan tahu sepenuhnya tentang Real Madrid dan apa yang berlaku di dalamnya tetapi penjualan Varane merupakan keputusan baik dari sudut sukan.

Disebabkan wabak pandemik Real Madrid mahu menjual pemain pada jendela perpindahan musim lepas dan musim ini. Mereka pasti menjual mana-mana pemain jika mendapat tawaran yang sesuai. Selepas ini mereka akan terus menjual.

Real Madrid menawarkan kontrak baharu kepada Varane tetapi tidak menunjukkan keinginan untuk mengekalkannya. Varane tahu tentang itu, perbincangan tidak serius itu telah dimulakan sejak 3-4 bulan lepas.

Kedua-dua pihak sedar Varane boleh pergi secara percuma pada musim hadapan, jadi lebih baik Real Madrid mendapatkan wang dengan menjualnya sekarang.

Sementara itu Lola Hernadez yang telah bekerja dengan FOXsport selama 26 tahun bercakap tentang projek masa depan Real Madrid.

Real Madrid mahukan wang untuk membeli Kylian Mbappe. Ia merupakan projek besar Florentino Perez dan dia mahukan Mbappe sejak pemain ini berada di Monaco lagi.

Sekiranya Mbappe tidak datang maka sasaran seterusnya Erling Haaland. Para penyokong tidak akan merasakan kehilangan Varane sekiranya superstar lain hadir.

Dari sudut penyokong mereka berbeza pandangan tentang Varane. Di satu pihak, ramai yang tidak pernah yakin sepenuhnya kemampuan Varane ketika digandingkan dengan Segio Ramos.

Tetapi persamaannya tentang kedua-dua pemain ini -mereka merupakan center back utama pasukan yang mencapai begitu banyak kejayaan, kedua-dua telah keluar dari pasukan pada jendela perpindahan sama.

Ia adalah kitaran akhir untuk Real Madrid dan mereka menaruh keyakinan tinggi terhadap pemain muda seperti Vinicius, Rodrygo dan Valverde.

Faktor lain, kerana tiada penyokong di dalam stadium dan kelab tidak akan mendengar bantahan secara langsung dari peminat.

Real Madrid baik dalam sudut pengurusan kewangan

Alvarez mengatakan Real Madrid sebenarnya berjaya menguruskan kewangan kelab lebih baik ketika wabak sedang melanda dunia. Ia lebih baik berbanding Barcelona.

Terdapat pihak mengatakan Real Madrid perlu menjual pemain untuk membiayai kos pembinaan stadium baharunya tetapi ia diuruskan secara berasingan.

Real Madrid berharap stadium baharunya mampu menjana pendapatan sebanyak €150 juta setahun selepas siap nanti. Jadi Real Madrid perlu mengharungi tempoh sukar dalam 2-3 tahun ini sebelum meraih keuntungan.

Untuk rekod Real Madrid Real Madrid merupakan pasukan yang menjuarai La Liga pada 2 musim lepas dan mara ke separuh akhir liga juara eropah pada musim lalu.

Real Madrid telah melantik Carlo Ancelotti sebagai pengurus baharu bagi menggantikan Zinedine Zidane yang dipecat.

Pengurus kelahiran Itali itu mahu menggandingkan David Alaba dan Nacho di center back disamping memburu khidmat Pau Torres. Torres juga pemain yang dipantau oleh Man United sebelum mendapatkan Varane.

Pemain sasaran Man United

Apabila Man United mendengar Paris Saint Germain juga berminat mendapatkan Varane, mereka merasakan mereka akan bergelut untuk bersaing dalam sudut kewangan. Man United mula  memberi tumpuan kepada Varane.

Sasaran lain, Torres dilihat sebagai pemain yang sudah stabil manakala perkembangan Kounde telah meningkat dengan drastik tetapi masih belum berada di tahap Varane. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Varane meninggalkan Real Madrid. Terdapat beberapa sebab.

Varane tidak mungkin meraih banyak wang di Real Madrid. Varane tahu dia akan mendapat rundingan kontrak lebih besar di Man United berbanding Real Madrid. Varane juga lebih mudah menjadi bintang di Man United berbanding di Real Madrid.

Seorang lagi wartawan dari El Pais, Jordi Quixano merasakan perkara tersebut adalah penting. Walaupun Varane mendapat kepercayaan penuh dari pengurus Jose Mourinho dan Zinedane Zidane namun dia tetap berada di bawah bayang-bayang Ramos.

Quixano juga percaya Varane lebih sesuai dengan EPL berbanding apa yang disebut vertical football di Real Madrid.

“Varane suka membawa bola keluar. Kepantasan dan anticipation Varane luar biasa.” kata Quixano

“Satu-satunya kebimbangan adalah aspek fizikalnya. Dia besar dan kuat, karektornya dan dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris seperti apa yang dilakukan oleh David De Gea.”

“Varane meninggalkan Real Madrid bukan pada saat terbaik tetapi dia merupakan kejayaan besar bagi Real Madrid dan dia tidak pernah menimbulkan konflik disana.”

“Varane seorang profesional, pendiam, tidak banyak bercakap seperti Ramos yang banyak tampil di media.” kata Alvarez

Man United memiliki Victor Lindelof, walaupun dia tidak pantas namun Lindeloft dianggap seorang pemimpin yang tenang dan kurang diberi perhatian. Pada musim lepas pemain ini mempunyai musim yang baik.

Menurut salah satu sumber yang diberitahu kepada the Athltic:

“Varane memberikan kami (Man United) 3 bek tengh berprofil tinggi dan pilihan jika salah seorang dari mereka mengalami kecederaan.”

“Tidak ada masalah siapa pun yang akan digandingan di posisi tersebut, masalah akan timbul jika yang bermain berbanding 2 pemain tersebut.”

“Varane juga memberi kami pilihan untuk bermain dengan 5 pemain dibarisan bawah. Ia bukan pilihan utama kami tapi ia adalah pilihan baik.”

Ole Gunnar Solskjaer gembira

Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan signing ini dimana dia mahukan lebih pilihan. Solskjaer sememangnya mahukan 2-3 top signing pada jendela perpindahan kali ini.

Solskjaer gembira dengan perkembangan pemain muda berbakat dari akademinya namun mereka tidak akan memenangi liga dengannya pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Solskjaer perlukan pemain yang sudah bermain ratusan perlawanan di peringkat tertinggi.

Setelah mendapat khidmat Jadon Sancho, United kini memiliki Varane, salah satu pemain pertahanan terbaik dan paling menjadi tumpuan dalam bola sepak hari ini.

Kehadiran pemain baharu seterusnya akan bergantung kepada yang akan berjaya dijual oleh kelab bagi mendapatkan wang. Man telah kehilangan pendapatan sebanyak €150 juta kerana pandemik covid.

Penyokong Man United pasti gembira apabila kelab dapat membawa masuk 2 pemain utama di posisi kritikal mereka sejak beberapa musim lepas.

BACA:  Penyokong Manchester United Serang Instagram Raphael Varane, Merayu Sertai Syaitan Merah