Isteri Casemiro Bengang Suaminya Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Perkerja Kedai Cokelat

Anna Mariana yang merupakan isteri kepada pemain tengah Manchester United Casemiro menafikan suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja kedai cokelat yang juga merupakan seorang model.

Pemain kelahiran Brazil berusia 31 tahun itu sedang menikmati kehidupan dengan isterinya Anna di Cheshire sejak melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Real Madrid.

Merupakan tunjang utama skuad kendalian Erik Ten Hag di jentera tengah Red Devils, Casemiro membantu Manchester United menjuarai Piala Liga dan layak ke Champions League musim hadapan selain muncul naib juara Piala FA.

Di sebalik kejayaan itu, timbul beberapa dakwaan liar di Brazil Casemiro sebenarnya curang terhadap isterinya.

Dakwaan tersebut mendedahkan skandal kepada Casemiro menetap di Brazil dan mereka telah bersama sejak lima tahun yang lalu.

Kedua-duanya bagaimanapun dikatakan tidak berhubung di antara satu sama lain sejak penghujung 2022 yang lalu.

Wanita dikenali sebagai Sinttya itu dikatakan bekerka di sebuah cawangan francais Lindt Chocolate sehingga 2017, sebelum berhenti bekerja selepas diyakinkan oleh Casemiro.

Khabar angin tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Anna yang mempertahankan suaminua di media sosial.

“OH ye ke? Lebih baik awak siasat dulu sumber gosip itu. Saya perhatikan saja dan saya tahu lelaki itu bukan dia [Casemiro],” tulis Anna di Instagram yang berkongsi beberapa kepingan gambar yang tular.

Sehingga kini Casemiro enggan melayan khabar angin tersebut dan terus berdiam diri.

BACA:  Video: Casemiro Minta Izin Kepada Carlo Ancelotti Untuk Sengaja Dapatkan Kad Kuning