Penyokong Manchester United Serang Instagram Raphael Varane, Merayu Sertai Syaitan Merah

Tidak dapat disangkal lagi bahawa pemain Perancis, Raphael Varane adalah antara pertahanan terbaik di dunia yang ada pada hari ini, selain Virgil van Dijk, Harry Maguire dan Aidil Zafuan.

Dia mula mencipta nama pada musim 2010-11, ketika berusia 18 tahun beraksi bersama kelab kerdil di Perancis, Lens. Walaupun muda, corak permainannya yang matang dan keras menjadikan pemain ini menjadi sasaran beberapa kelab terkemuka di dunia.

Antara pasukan yang berhajat untuk mendapatkannya pada ketika itu adalah Manchester United, Real Madrid, Bercelona, Juventus dan selepas mempertimbangkan tawaran, akhirnya Varane memilih untuk berkelana ke ibu kota Sepanyol dan menyertai Real Madrid.

Keputusan ini ternyata satu keputusan yang bijak dan berbaloi di mana dia digandingkan bersama lagenda kelab, Sergio Ramos di benteng tengah pertahanan pasukan dan membawa berpuluh piala ke Stadium Santiago Bernabeu.

Sebut sahaja apa jenis piala โ€“ La Liga, Copa del Rey, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan juga Kejohanan Kelab Dunia FIFA โ€“ kesemuanya sudah dirasai pemain yang kini berusia 28 tahun itu.

Bersama negaranya pula Varane berjaya menggapai impian setiap pemain bola sepak โ€“ menjulang Piala Dunia, pada tahun 2018.

Mungkin hanya ada satu piala sahaja yang belum disentuh tangan pemain ini โ€“ Liga Europa. Namun piala ini mungkin akan berjaya dijulangnya andai dia melakukan perpindahan ke England pada musim panas ini.

Dengan kontraknya bersama Real Madrid akan tamat pada musim panas tahun depan dan pada masa yang sama berlakunya ketidakstabilan politik dalam pasukan, Varane dikatakan mahu meninggalkan pasukan naib juara La Liga 2020-21 tersebut selepas Euro 2020 nanti.

Terdapat khabar angin yang bertiup kencang di benua Eropah yang mengatakan bahawa pemain ini berminat untuk menyertai naib juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa โ€“ Manchester United.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa United sedang bergelut untuk menjadi juara England semula selepas kali terakhir melakukannya hampir 10 tahun yang lalu.

Sejak melantik bekas pemain, Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus, United telah berbelanja besar untuk membeli pemain termasuklah pertahanan termahal di dunia, Harry Maguire.

Selepas Maguire sertai United, rekod pertahanan mereka dilihat sedikit meningkat, namun yang menjadi perhatian para penyokong adalah pasangannya โ€“ Victor Lindelof โ€“ yang dilihat tidak mampu bermain di tahap yang diharapkan, sekaligus membuatkan para penyokong memasang angan-angan bahawa pengarah teknikal yang baru dilantik, John Murtough, akan membawa masuk Raphael Varane untuk digandingkan dengan Maguire.

Menurut laporan awal, United dikatakan telah melakukan bidaan bernilai ยฃ50 juta kepada Real Madrid, namun ditolak mentah-mentah oleh Florentino Perez yang mahukan ยฃ80 juta untuk pemain ini meskipun kontraknya hanya berbaki 12 bulan sahaja lagi.

Memandangkan United mempunyai ramai penyokong di serata dunia, maka secara automatiknya mereka mempunyai tentera bawang yang ramai.

Dua hari lalu, Varane telah memuatnaik sekeping gambarnya di akaun Instagram, yang memaparkan dia sedang menuruni tangga kapal terbang sambil memakai cermin mata hitam, pelitup muka Perancis dan meletakkan head phone di lehernnya, serta menayangkan urat yang tebal di lengan tanda kegagahan, sambil tangan kiri berada di dalam poket seluar โ€“ kira dah habis candid dah tu.

Tidak meletakkan kapsyen yang bermotivasi tinggi seperti peniaga produk timbang kilo di Malaysia, Varane sekadar menulis โ€˜Bucarestโ€™, dengan maksud ingin memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia sudah tiba d ibu negara Romania tersebut menjelang perlawanan pusingan 16-pasukan Euro 2020 menentang Switzerland pada hari Isnin nanti.

Sebaik gambar tersebut dimuatnaik, tentera bawang Manchester United tanpa segan silu terus berkampung di bahagian komen dan merayu supaya pemain ini sertai pasukan kesayangan mereka.

Bagaikan sudah mendapat kepastian, tentera bawang Syaitan Merah meninggalkan komen seperti โ€˜Selamat Datang ke Manchester Unitedโ€™, โ€˜Datanglah ke Unitedโ€™ dan juga meletakkan pin lokasi Manchester United.

Itu baru sebahagian daripada komen-komen merayu kepada bintang Perancis tersebut. Kalau tengok di gambar tersebut, ada banyak lagi komen yang meminta Varane tinggalkan Madrid dan menyarung jersi merah yang mempunyai logo Teamviewer pada musim hadapan.

Difahamkan Varane hanya akan menerima lamaran United jika mereka mampu memenuhi permintaan gajinya bernilai ยฃ400,000 seminggu โ€“ lebih tinggi daripada Paul Pobga yang merupakan penerima gaji tertinggi di kelab tersebut bersama David de Gea.

Jika rundingan dengan United tidak membuahkan hasil, Varane mempunyai pilihan sama ada menyertai Paris Saint Germain ataupun Chelsea.

Tapi harapnya Varane pergi ke Old Trafford lah. Orang dah merayu tu. Tak elok mainkan perasaan orang macam tu.

BACA:ย  Raphael Varane Ke Man United: Kepantasan Memuktamadkan Rundingan Yang Mengejutkan Dunia