Bale Pemain Pertama Menjaringkan Gol Dalam Setiap Perlawanan Peringkat Kumpulan Sejak Nistelrooy Melakukannya Pada 2004

Gareth Bale menggegar jaring lagi. Dengan jaringan itu bukan sahaja meletakkan Bale sebagai penjaring terbanyak Euro 2016 setakat hari ini tetapi Bale muncul pemain pertama sejak Milan Baros dan Rud Van Nistelrooy yang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan Eropah itu.

Jaringan Bale itu melengkapkan malam gemilang Wales menewaskan Russia 3-0 dan muncul sebagai juara kumpulan B dengan 6 mata setelah England hanya seri 0-0 bertemu Slovakia.

bale-cipta-rekod

Pemain berusia 26 tahun ini telah menempa nama dalam senarai pemain yang menjaringkan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan di Kejohanan Eropah itu. Bale sebelum ini telah menjaringkan dua gol menerusi sepakan percuma cantik ketika menentang Slovakia dan England.

Pemain yang pernah melakukan rekod ini termasuklah Michel Platini (1984), Hristo Stoichkov (1996), Alan Shearer (1996), Savo Milosevic (2000), Milan Baros dan Van Nistelrooy merupakan pemain terakhir yang melakukannya pada 2004.

Menewaskan Russia 3-0 seolah-olah dendam Wales keatas Russia 12 tahun lalu telah terbalas. Pada perlawanan Play-Off Euro 2004, Wales tewas ditangan Russia menyaksikan mereka terlepas peluang beraksi di Euro 2004.

BACA:  Rooney Enggan Di Ingati Sebagai Kapten Yang Gagal