Barcelona Buat Pusingan U, Tak Jadi Jual De Jong Ke Setan Merah

Jika sebelum ini berita Ronaldo meminta dijual agak menyakitkan peminat United. Ini pula satu lagi berita yang membuatkan peminat United dan Johny Sin ehh, Erik Ten Hag terus sedih.

Di mana Barcelona tiba tiba menarik diri daripada perbincangan perpindahan De Jong.

Barcelona yang baru dapat duit 200 juta euro hasil penjualan hak penyiaran kini merasakan mereka tak ada kepentingan mahu menjual De Jong.

Manchester United dan Barcelona sudah berunding tentang perpindahan De Jong sejak bulan lalu lagi. Pemain tersebut memang tak nak pindah. Ye la, sapa je nak pindah dari kelab bermain di UCL ke kelab bermain di Liga Europa.

Namun De Jong dikatakan akur kerana Barcelona memerlukan wang dan mahu mengosongkan bil gajinya untuk membawa masuk pemain seperti Lewandowski ataupun Raphinha ataupun Bernardo Silva.

Man United menawarkan beberapa tawaran rendah. Kerana melihat Barcelona ni terdesak nak jual De Jong. Barca turut cuba mendapatkan harga terbaik sekurang kurangnya €80 juta, angka yang mereka bayar kepada Ajax sebelum ni. Mereka melihat United benar benar serius mahukan De Jong.

Namun perbincangan kedua dua kelab dikatakan berada di landasan yang betul dan masih aktif. Sudah beberapa kali United dilaporkan hampir mendapatkan De Jong.

Malangnya, Joan Laporta tiba tiba mengumumkan dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan De Jong terus kekal. Sambil menyatakan bahawa bukan Manchester United sahaja yang mahukan De Jong namun banyak lagi kelab lain.

Laporta berkata: “Saya akan melakukan segala yang saya boleh dalam kuasa saya supaya Frenkie kekal di sini, tetapi terdapat juga isu gaji dan itu perlu diselaraskan,” kata Laporta.

“Frenkie dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di dunia oleh semua pakar. Kami gembira memilikinya.”

“Ada kelab yang mahukan dia, bukan hanya United sahaja. Kami tidak berniat untuk menjualnya, dia mahu kekal.”

“Namun ada isu gaji juga yang harus kami selaraskan.”

Barcelona cuba memujuk De Jong untuk mengurangkan gajinya. Kerana Barcelona masih perlu mengurangkan bil gaji pemain untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain  seperti Andreas Christensen dengan Franck Kessie.

Berita ini pastinya tidak menggembirakan Erik Ten Hag.

Eh silap gambar, jap:

Ten Hag benar benar mahukan De Jong. Kerana pemain itu menepati kehendak taktikalnya yang bakal menggoncangkan EPL. Peminat United juga sudah ramai memuat naik video selamat datang De Jong.

Sebelum ini Ten Hag sudah melaungkan amaran sebelum Bruno Fernandes laung amaran lagi. Ketika itu Ten Hag memberikan amaran kepada Guardiola dan Klopp bahawa dia sudah tak sabar mahu menamatkan era dua pengurus itu di EPL.

Jurulatih baharu Manchester United, Erik Ten Hag akhirnya rasmi memulakan tugas di kelab terkemuka di dunia iaitu Manchester United.

Manchester United musim 2021/22 menamatkan saingan di tangga keenam. Walaupun pada awal musim selalu menganjing Arsenal, namun akhirnya mereka menamatkan kedudukan di bawah Arsenal.

Lebih perit, walaupun memiliki pertahanan termahal dunia, Harry Maguire dan pertahanan paling banyak UCL, Varane, memiliki pemain tengah terbaik dunia, Bruno Fernandes, pemain penyerang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dan pemain muda terbaik di dunia, Mason Greenwoon, Man United masih menamatkan saingan dengan 0 perbezaan jaringan.

Dibezakan 35 mata daripada Manchester City yang merupakan juara liga. Dan 11 mata di belakang Trust The Process FC.

Kini Ten Hag sudah tak sabar untuk menamatkan dominasi Klopp dan Guardiola. Dalam sidang media rasminya yang pertama sahaja, dia sudah melaungkan amaran. Ini adalah amaran pertama daripada Ten Hag kepada Klopp dan Guardiola.

Seperti biasa akan lebih banyak amaran yang bakal menyusul selepas ini.

Ten Hag mengakui dia kagum dengan Guardiola dengan Kopp. Dan menganggap 2 pengurus itu sebagai memiliki falsafah bola sepak mengujakan, sama dengan apa dia lakukan di Ajax.

Bukan itu sahaja malah dia sudah tak sabar sabar untuk menjadi pencabar kepada 2 pengurus tersebut pada musim akan datang.

Bercakap dengan wajahnya yang bengis, Ten Hag berkata:

(nota editor: sila baca dengan nada serius, ini bukan benda kelakar)

“Pada masa ini, saya mengagumi kedua-dua mereka.”

“Mereka bermain perlawanan bola sepak yang hebat, kedua-dua Liverpool dan Man City. Tetapi kita semua sentiasa melihat sebelum ini bahawa setiap era akan berakhir dan saya tidak sabar untuk menentang mereka.”

“Dan saya percaya semua kelab dalam Liga Perdana Inggeris mahu melakukannya [menamatkan era penguasaan Guardiola dan Klopp],” kata Ten Hag.

Ditanya adakah dia yakin akan dapat menamatkan dominasi Guardiola dan Klopp, pengurus baru Manchester United itu berkata: “YA!”

“Saya tidak melihatnya sebagai satu risiko. Kelab ini mempunyai sejarah yang hebat dan sekarang mari kita membina masa depan. Ia akan menjadi menarik untuk melakukannya.”

Hanya dengan memberikan amaran kepada Klopp dan Guardiola, penyokong Manchester United sudah mengiktiraf Ten Hag sebagai pengurus terbaik di dunia ketika ini.

Ditanya berapakah masa yang dia perlukan untuk menjadikan Manchester United sebagai kuasa bola sepak dunia sekali lagi, Ten Hag menyatakan dia tidak pasti. Apa yang pasti dia dan Manchester United mahu memenangi setiap perlawanan selepas ini.

“Saya tidak memikirkan perkara itu pada masa ini,” katanya. “Apa yang kami fikirkan ialah, ‘Ini adalah projek dan ia memerlukan masa’, tetapi saya juga tahu di kelab ini dan di kelab lain, seperti Ajax dan Bayern Munich, bahawa kelab kela ini tidak pernah ada masa tetapi kami mahu menang setiap perlawanan jadi kami pergi dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan kemudian kami akan lihat.”

Ten Hag berharap United dapat menyelesaikan urusan perpindahan mereka lebih awal, dengan pemain tengah, penyerang dan bek tengah berada di atas senarai keutamaannya.

Ten Hag dinasihatkan supaya tidak mengambil jawatan di Old Trafford oleh bekas pengurus United dan rakan senegaranya dari Belanda, Louis van Gaal, yang mencadangkan dia “lebih baik pergi ke kelab bola sepak” daripada “kelab komersial” seperti United.

Tetapi bekas jurulatih Ajax itu – yang telah berjanji untuk memberikan bola sepak menyerang, menghiburkan dan memberi tekanan tinggi – berkata dia telah diberi jaminan bahawa bola sepak adalah keutamaan nombor satu di Old Trafford.

“Saya telah mendengar [tentang kenyataan Van Gaal], tetapi saya membuat garis saya sendiri,” katanya.

“Saya pasti perkara ini tidak akan berlaku. Saya bercakap dengan pengarah kelab mengenainya. Bola sepak adalah nombor satu, nombor dua dan nombor tiga di kelab ini dan setiap kelab hari ini adalah komersial.”

“Setiap kelab memerlukannya, memerlukan pendapatan untuk berada di atas, untuk melakukannya adalah perlu tetapi bola sepak adalah satu, dua, tiga di kelab ini.”

“Saya bercakap dengan lebih ramai orang yang ada pengalaman dengan kelab ini, dengan pakar, tetapi saya akan membuat garis saya sendiri. Saya bercakap dengan Louis. Saya berada di tayangan perdana filemnya.”

Bilik persalinan United telah dibelenggu oleh perpecahan dan pergolakan musim ini dan Ten Hag berkata adalah penting mereka semua bersatu untuk maju.

“Di mana-mana saya berada dalam kerjaya saya, saya mempunyai permintaan yang tinggi terhadap pemain saya. Saya mengharapkan mereka berjuang dan memberi 100 peratus. Hanya yang baik sahaja [tidak] cukup baik. Kami perlu melakukan yang lebih baik dan mereka perlu memberi kerjasama. ”

“Mereka perlu bersatu, membentuk pasukan, dan melawan lawan.”

Man City dan Liverpool jauh mengatasi kelab lain dari segi mata musim ini. Man City mengakhiri musim dengan 93 mata, satu mata di depan Liverpool.

Sebagai perbandingan, Chelsea yang berada di tempat ketiga hanya mengumpul 74 mata, berada 18 mata di belakang Liverpool.

Sementara untuk Sepuluh Hag ehh Ten Hag, tugasnya di Man Utd bukanlah mudah. ‘Red Devils’ mendapat tamparan hebat musim ini kerana mereka hanya menduduki tempat keenam. Mujur West Ham tidak menang dalam perlawanan terakhir.

Biarpun pada awal musim Man Utd dipercayai akan menjadi calon juara dan mampu bersaing untuk merebut trofi kejuaraan selepas Man Utd menandatangani beberapa bintang seperti Cristiano Ronaldo, Raphael Varane, dan Jadon Sancho.

Namun sayangnya mereka tidak dapat menunjukkan persaingan yang sebenar.

Kenyataan pengurus baru itu dipuji penyokong Manchester United yang menganggap Ten Hag memiliki mentaliti raksasa.

BACA:  Maguire Beri Amaran Dan Ancam Tinggalkan Man Utd Selepas Prestasi Cemerlang Menentang Brentford